Tuesday, December 7, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku :D

Hyep!:)

hari ini,boleh dikatakan masih lagi ada sinar buat bola sepak Malaysia kerana mereka telah layak ke separuh akhir Piala AFF 2010.. :D

tapi bagi sesiapa yang tengok game Malaysia dengan Laos..korang mesti rasa lain macam kejap kan before game tamat..

ya lah,minit ke 4 kita leading,tengok2 tak sampai 10 minit Laos gol balik bagi 1-1,lepas tu,sepanjang separuh masa pertama kita asyik kena serang je..Laos lak pergi perlahankan game,dah tak macam main bola dah dorang,asyik jalan je..

sampai la beberapa minit nak rehat..amri yahyah bagi kita lagi sekali mendahului lawan.. 

bila separuh masa ke-2,nampak la sikit game tu hidup,kita asyik serang dari awal lagi..

bila jaringan dah 4-1,pengulas habullah awang cakap "nampaknya thailand mendahului indonesia 1-0",ini kerana jika thailand menang,kita keluar walaupun kita menang 100-1 dengan Laos!

tapi bila dalam 10 minit nak habis,hasbullah awang cakap "indonesia menyamakan kedudukan menurusi bambang pamungkas hasil sepakan penalti"..masa tu,berbunga2 hati ku ini!haha

lagi ar 2,3 minit nak habis,ada lak ayat "bambang menambah jaringan untuk indonesia untuk bagi mereka mendahului 2-1"..lagi la suko den!hhaha

jadi,kepada bambang pamungkas,terima kasih daun keladi!kami terima kasih sangat dengan kau,tapi jika kita berjumpa lagi..kitaorang terpaksa lupakan apa jasa kau pada kitaorang..hehe

menurut ramalan,kita bakal jumpa filipina di separuh akhir nanti..harap2 kita menang mudah sebab filipina ni tak diberi harapan sangat tapi apapun kita kena berhati2,jangan pandang mudah pada pihak lawan!

apa2 pun,ingat la sang pendekar harmau malaya,kami disini sentiasa menyokong mu..jatuh bangun kita tetap bersama! :D

sekian..jumpa lagi!:)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.