Thursday, June 26, 2014

Maafkan.

assalammualaikum dan hai semua :)


hari ini keputusan semester 2 sudah keluar, syukur semua di luar dugaan. tahniah diri, teruskan buang bangang tu lagi.

namun disebalik gembira itu, terselit jiwa derita akibat cerita yang entah siapa reka, dan kemudian nya aku menjadi mangsa keadaan. hari2 ku tiada motivasi lagi.

namun aku sedar akan silap aku walaupun ada yang bukan dari aku, tapi biarlah aku tanggung semua. maafkan aku semua.


Maafkan.


aku ini adalah manusia,
yang tiada kuasa,
yang tidak segagah Umar,
atau siapa pun yang jiwanya kental.

lemahnya aku pada semua ini,
sampai tahap aku bukakan kalian,
peluang untuk lemparkan batu kesalahan,
untuk aku tanggung seorang,
tanpa rakan perjuangan.

dan bila aku membawa beban itu,
aku pun tersadung,
jatuh semua beban itu,
dan hati aku pun berkata.

telah ku sedari,
segala silapku,
telah ku amati,
segala dosaku.

maafkanlah diri ini,
kerna terperangkap dalam lembah hina sepi,
yang tiada siapa mengerti.

jika kau,kau dan juga kau,
serta semua yang ada disini,
tahu akan sejarah ku,
mungkin semua akan faham,
apa yang dirasakan.

namun aku yakin,
tiada siapa akan akui,
kerana sudah tersiap rapi permikiran,
mengatakan aku adalah racun yang merosakkan.

berikan segala kesalahan padaku,
aku tanggung seorang.

sediakan pada fikiran,
yang aku bukanlah sebaik yang disangakakan.

baiklah, jumpa lagi.

Tuesday, June 17, 2014

Permainan.

assalammualaikum dan hai semua :)

kebelakangan ini, ada macam2 perkara yang terjadi. kadang2 kita tak sedar yang kita buat silap, kita tiada niat nak buat silap tapi dalam diam gerak kerja kita melukakan nurai orang lain. sejuta maaf aku pohon.


Permainan.


Permainan,
aku tak pernah minta main permainan ini,
yang cukup sukar untuk aku lalui,
sehingga aku terpaksa korbankan itu dan ini,
sampai masa kau pun terjebak sekali.

Kau kau dan kau,
yang membaca tulisan aku ini,
sungguh aku ingin katakan,
aku tidak pernah ada niat,
aku wujudkan permainan ini,
hakikatnya ini permainan satu pemain sahaja,
iaitu aku sendiri,
tapi dalam diam,
aku terbawa kau,
kau dan juga engkau,
masuk untuk jadi mangsa keadaan,
sedangkan aku tak niat nak jadikan kau korban,
dalam permainan yang tiada jawapan.

Untuk kau tahu semua ini,
aku sudah lama terperangkap,
dalam krisis monolog,
yang aku pada satu ketika,
pasti akan terduduk sedih,
kerana aku gagal hadapi benda yang sama,
sejak berzaman lama.

teman aku pernah berkata,
"redha itu pasrah, pasrah itu menyerah",
dan itulah aku sekarang,
aku mudah redha jika ditolak,
kau pergi pergi saja,
aku perlu terus berjalan,
jika terjumpa yang lain,
mungkin itu satu permulaan,
permulaan?
permulaan selepas permulaan?
yang tiada kesudahan?
oh Tuhan......

kepada yang terjerat pada dalam permainan ini,
bacalah apa aku tulis ini,
maafkan aku,
aku bukan tidak mahu kalian masuk dalam permainanku,
malah aku sudah jelik hendak main permainan ini,
mudah sangat terkesan,
sebab itu wujud permainan ini,
harap kalian faham.

baiklah, jumpa lagi.

p/s : dungu sungguh aku pergi pada yang tidak pasti, sedangkan ada yang sudah lama menanti. dungu sungguh aku. ya Tuhan..