Tuesday, September 27, 2011

khas untuk calon peperiksaan..

hai semua :)

nampaknya ada juganya entri baru untuk buat masa ni,bukan apa,agak sibuk sekarang dan sedikit malas juga nak update..

ok la,entri ni khas untuk mereka2 yang nak ambil exam2 besar serta exam2 yang sederhana besar iaitu PMR dan peperiksaan akhir tahun..

minggu depan,budak form 3 sibuk nak exam,PMR dorang 4 hari je,macam terkurang hari je,sebab dulu2 PMR lima hari je..hehe

jadi,lepas PMR,akan datang la minggu final exam untuk aku,aku cuak ni,mood exam tak ada lagi ni..

jadi kepada calon PMR,semoga berjaya,buatlah elok2,jangan nak fikir dulu nak pindah sekolah mana bila form 4 nanti,fokus exam tu dulu no~

ok la,entri kali ni memang simple je,sebab aku update time aku mamai,aku baru bengun tidur,hehe..

kepada "dia":semoga berjaya dala exam nanti tau :)
ok,jumpa lagi!

lagu hari ini:fikirkan boleh - metropolitan,lagu yang dikatakan oleh orang senior sebagai lagu yang digunaka untuk memberikan suntikan moral kepada pasukan badminton malaysia pada saingan Piala Thomas 1992 dimana kita menjadi juara di laman sendiri.

Sunday, September 4, 2011

Piala Malaysia 2011

hai semua :)

selamat hari raya dan selamat hari kebangsaan (maaf sebab lewat)

harini entri nak cerita tentang piala paling tua kat asia ni,walaupun mood aku tengah kat tenis,tapi bola aku masih layan..mwa ha ha

ok,tahun ni saingan dia agak suram kerana tak semua negeri bertanding antaranya melaka,pahang dn sebagainya kerana dorang ni ada yang diturunkan pangkat ke liga yang lagi teruk dan macam2 masalah,adoiyai~

ok,sejarah piala ni bermula pada 1921 dimana nama asalnya ialah Piala Malaya,then pada 1933 ia ditukar menjadi Piala HMS Malaya dan pada 1967 ia ditukar kepada Piala Malaysia yang kekal sehingga sekarang.

untuk rekod kejuaraan,disini:

paling banyak:selangor (32 kali)
pertama juara:singapura (1921)
juara semasa:kelantan (2010)
juara pertama ketika nama Piala HMS Malaya digunakan:singapura (1933)
juara pertama selepas perang dunia kedua:negeri sembilan (1948)
juara pertama ketika nama Piala Malaysia digunakan:perak (1967)
juara pertama dia abad 21:perak (2000)
pasukan paling lama untuk juara semula:negeri sembilan (1948 ke 2009) 61 tahun
pasukan paling lama untuk juara PM buat kali pertama:kelatan (89 tahun) (1921-2010)
pernah menjadi juara bersama:selangor dan singapura
kelab pertama menjadi juara:MPPJ selangor
juara pertama di staduim merdeka:perak (1957)
juara pertama di bukit jalil:perak (1999)
juara pertama di stadium shah alam:singapura (1994)
juara terakhir menggunakan peraturan gol emas:selangor (2002)

tu dia,sebenarnya,banyak lagi yang boleh diletakkan tapi malas la,korang cari la sendiri ya,hehe.

jadi,aku harap dengan mulanya sepak mula pada selasa ni,kegemilgan bola kita akan terserlah balik,harap semua pasukan bagi saingan sengit,tak nak la asyik top team je pegang kan?hehehe..

harap2 selangor juara la,sebab aku ni fans selangor..heheeh

lagu hari ini:ia bukan agu,tapi video,video perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Sabah,ni merupakan akhir yang terakhir yang menggunakan peraturan gol emas,Amri Yahyah merupakan wira selangor masa tu.

keputusan akhir:Selangor 1-0 Sabah (gol emas Amri Yahyah) Piala Malaysia 2002

ok,jumpa lagi! :)