Sunday, February 12, 2012

oh!awal tahun..

assalammualaikum dan hai semua :)

ehem2,harini hari ahad,masa aku post ni la,aku tak ada main topic nak tulis pun,saja je update suka2,mwa ha ha..

baiklah,awal tahun,hampir setiap tahun,aku alami benda yang sama,kesibukan yang terlalu menyakitkan,aku bukan nak merintih,tapi kadang2 aku penat la,penat badan aku tak kisah sangat,penat je pergi la tidur,tapi penat aku menjaga hati semua pihak,bila aku terlibat dengan itu,ada yang persoal,bila aku terlibat dengan ini,ada yang melarang,aduhai..

tapi apa yang menyukarkan lagi,tahun ni SPM,aku terpakasa buat pilihan yang paling tepat,aku terpaksa fikir dalam2,fikir di luar kotak penalti,agar aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat,dan semua bahagia dengan keputusan aku tu~

contohnya,minggu ni punya weekend aku ada gotong royong kat sekolah dan resepsi kahwin abang sedara aku~~,aku dah miss 2 resepsi sebelum ni,jadi aku nak la pergi makan free dan tak nak la kasi kecik itu sama hati pengatin la,tapi elok je aku sekolah!bagus betulah,nasib baik la gotong royong tu habis awal,kalau habis pukul 2,habislah aku..mwa ha ha

minggu depan,aku akan tersangkut lagi,aku ada merentas desa lak,hari yang sama aku ada tuisyen,aku mula2 dah buat pilihan untuk pergi ke tuisyen kerana selama 4 tahun berturut2,aku hanya jalan je untuk merentas desa,aku tak lari pun,malas~haha,tapi tiba2 cikgu aku bagi ayat makan dalam :

aku : cikgu,saya tak nak pergi merentas desa la~
cikgu : eh tak pergi ke?itu kan merentas desa terakhir awak~
aku : er...

cikgu,terima kasih atas ayat itu,aku dan kawan2 lain yang buat keputusan sama kena fikir 2,3 kali lagi,lagi pun aku ni head boy,kalau aku tak pergi apa kata orang~
aduhai,susah betul nak jaga hati orang~~~~

sudahnya,aku tengah cuba untuk manage masa aku dengan sebaik mungkin,aku nak habiskan zaman persekolahan aku dengan penuh rasa puas,bukan penyesalan,bukan dalam akedemik,tapi sukan,disiplin dan semuanya,aku merasa sudah terlalu lama tidak merasa kejayaan yang sebegitu..oh kenangan~

baiklah,aku harap hidup aku akan lebih tersusun,bukan aku je,tapi korang semua,doalah kat Allah agar hidup kita dipermudahkan segala urusan,agar tiada yang keciciran..

baiklah,jumpa lagi! :D

lagu hari ini : ku basuh luka dengan airmata - success,ambil kau!lagu jiwang,haha,aku pun tak tahu apa mimpi aku layan lagu ni,sedap gak,part korus lah,nak katakan hari2 aku nyanyi dalam kelas,ada yang naik mental dengan aku,haha,succes ni band picisan zaman rock leleh pertengahan 90an,jadi bagi yang tak suka jiwang2 ni,maafkan aku sebab tak letak lagu yang aku suka,tapi ada aku kisah?blog aku,biarkan ia~ :)

p/s : aku jejak "dia" kat pusat sumber untuk tengok dia~,bila dah dapat tengok,lari lak aku,aduhai aku ni~

Tuesday, February 7, 2012

Ulasan : Grand Slam Tennis 2

assalammualikum dan hai semua!!

akhirnya,kembali juga aku menulis di blog aku yang loser ni,setelah sekian lama,ini pun atas permintaan orang,kalau tak,tak de nya aku nak tulis~~

ya,aku dah dapat benda apa nak aku tulis,jadi harini pasal game!!!!!

haha,baiklah,jika korang main game tenis,game tenis yang popular adalah top spin,virtua tennis dan smash court tennis bukan?tapi pernah dengar grand slam tennis?tu game tennis yang baru siri kedua,yang lain2 dah sampai 4 dah..hehe

ok,grand slam tennis merupakan game keluaran EA Sports,untuk edisi pertama dia keluarkan untuk Wii sahaja pada 2009,tapi pada 2012,EA telah keluarkan Grand Slam Tennis 2 untuk versi PS3 dan Xbox 360,kira next-gen platform la..mwa ha ha

ok,GST2 ni merupakan game tenis paling hebat dari segi perlesenan kerana ada semua 4 grand slam termasuk wimbledon di england,konsep GST2 ialah membariskan wira2 tenis pada waktu sekarang dan pada waktu lepas,jadi jangan la bising kalau terjumpa pat cash dalam tu..hohoh

oklah,aku ringkas cerita pasal GST2 dalam bentuk isi,tulis panjang lah..

nama : grand slam tennis 2
pengeluar : EA Sports (EA Canada)
kategori : sukan
untuk : PS3,Xbox 360
tarikh keluar : 10 februari (eropah) 14 februari (amerika utara)

senarai pemain :

lelaki :

-roger federer
-rafael nadal
-novak djokovic
-andy murray
-jo-wilfried tsonga
-kei nishikori
-lleyton hewitt
-andy roddick

perempuan :

-maria sharapova
-venus williams
-serena williams
-ana ivanovic

lagenda :

-pat cash
-john mcenroe
-boris becker
-stefan edberg
-pete sampras
-michael stich
-bjorn borg
-martina navratilova
-chris evert
-justin henin
-lindsay davenport

kebaikan :

-grafik yang cantik
-ada pengulas,john mcenroe dan pat cash
-jeritan pemain sama seperti sebenar

keburukan :

-animasi pergerakan tidak sama dengan pemain sebenar
-suara chair umpire tidak jelas,tenggelam apabila suara pengulas dan umpire keluar serentak

jadi,hasil pemerhatian aku dari video2 di youtube,demo yang dikeluarkan mendapat ulasan yang teruk dari peminat,ini memberi persoalan kepada kepada EA yang terkenal dengan penciptaan permainan2 yang hebat2 belaka,lagi satu aku frust game tu tak ada dalam bentuk PC,jadi aku tak boleh main~ huargh~~~ :(

jadi sebagai markah permulaan,aku beri 5/10 untuk grand slam tennis 2

baiklah,sampai sini sahaja ulasan aku,maaf kalau terkurang,kita jumpa lagi ya lain masa :)

lagu hari ini : jo-wilfried tsonga vs rafael nadal,grand slam tennis 2- ni adalah contoh permainan yang dibuat berdasarkan gelanggang philippe chaterier di paris,ni sikit je dia tunjuk,dia tak tunjuk habis,korang nilaikan ea.. :)

p/s : harap game ni mantop la..harap nanti satu hari nanti muka aku ada dalam tu,bukan sebagai custom characther tapi sebagai roster dalam game tu..hoho :D