Friday, June 24, 2011

Menjelang Gelanggang Akhir Maharaja Lawak 2011

hye semua!

malam ni,malam yang ditunggu2 kerana Maharaja Lawak (ML) 2011 akan melabuhkan tirainya,dan semestinya ramai akan kesedihan kerana ML telah memberi impak yang sangat besar,kalau nak kata raing dorang lagi tinggi dari AF9 rasanya..

jadi,selepas 13 minggu dari,9 dari 13 kumpulan dah terkeluar,antaranya:

XN3,WAI (RL2 dan RL4,minggu 2)
R2(RL5,minggu 3,diundi masuk pada minggu 8 tapi terkeluar pada minggu 12)
Alex(RL4,minggu 4)
Jihan(RL3,minggu 5)
Amir(RL3,minggu 7)
Man(RL5,minggu 8)
Balas(RL5,minggu 9)

jadi,sekarang tinggal JOZAN,JAMBU,NABIL dan SEPAH je dalam perlumbaan nk jadi Maharaja Lawak,ni sedikit profile dorang:

-JOZAN:Raja Lawak 1

hasil gabungan tempat kedua dan ketiga finalis RL1 iaitu johan dan zizan,mereka pertama kali digabungkan pada minggu di RL1 yang dimana setiap peserta mesti brgabung dengan peserta lain,maka mereka bergabung dan membentuk kumpulan YoYo,jadi apabila mereka hadir ke ML,mereka tidak gugup atau kekok kerana mereka telah dipadankan sejak RL,then jadi pengacara RL2-5,jadi keserasian itu telah kuat antara mereka..

persembahan terbaik di ML (tidak kira di jelajah ML):minggu 2,4,5
persembahan terburuk di ML :minggu 1,6

-JAMBU:Raja Lawak 1

juga tergabung sejak tugasan berkumpulan di RL1,yus dan tauke bergabung lalu menjadi JoPer (Johor dan Perlis),ia dikatakan gabungan yang menjadi kerana mereka ni boleh dikatakan mempunyai genre lawak yang hampir sama iaitu lawak kasar dan lawak yang lebih menggunakan bahasa badan dari bercakap..

persembahan terbaik di ML:minggu 1,4,5,9
persembahan terburuk di ML:minggu 2

-NABIL:Raja Lawak 2

satu2 nya peserta solo dalam ML akhir ni,beliau mempunyai kreativiti yang tersendiri dan berjaya membuat lawak yang kita tak sangka dia akan pergi ke arah mana,tapi sejak akhir2 ni,dia agak turun dan sekarang cuba bangun balik,harap2 malam ni ok la ye..hehe

persembahan terbaik di ML:minggu 1,2,3,4,5
persembahan terburuk di ML:minggu 6,7,9

-SEPAH:Raja Lawak 3

trio dari johor ni saya boleh katakan kalau tak juara ni payahlah kerana dari pemerhatian saya,mereka adalah kumpulan paling konsisten dalam ML ni,kalau turun2 pun,turun sikit je,dengar kahbar malam ni kena buat muzikal komedi,rasanya sepah akan sapu punya kerana dorang memang power bab ni,masa final RL3 pun dia buat muzikal..

persembahan terbaik di ML:minggu 3,5,7,9
persembahan terburuk di ML:bukan la terburuk,tapi kuang sikit dari yang best(minggu 1)

jadi,secara peribadi saya nak sepah menang,takpun jambu,kalau jozan or nabil menang tak best,dorang ni memang dah dikenali ramai..hehe,jadi saya harap malam ni finalis semua akan buat yang terbaik dan memecahkan perut kitaorang semua..hehe

ok,jumpa lagi,bye! :)

Wednesday, June 15, 2011

Wikiam Eh Pot :'((

hai semua.. ;'(

maaf ya,harini entrinya ringkas dan amat sedih,kerana cikgu yang pernah berbakti kepada saya dan pelajar lain telah tinggalakan kami untuk selamanya..

cikgu wikiam telah meninggal ketika mengalami sesak nafas ketika hendak bersalin anak kedua.

jadi,saya sebagai salah satu dari anak muridnya,amat sedih dengan perkhabaran ini,jadi saya ingin berkata sesuatu untuk beliau..

kepada cikgu wikiam eh pot,saya ingin ucapkan terima kasih kerana:

a)ajar saya sampai terer sejarah dan geografi
b)belanja saya air jambu dekat lori tepi van polis
c)panggil saya "gitar" dan "botol" untuk adii
d)bagi peluang kat saya untuk bawa beg AF cikgu

tapi cikgu,maaf kan saya kerana:

a)tak dapatkan A untuk geografi masa PMR,tak pasal2 rosak graf cikgu
b)pernah sekali tak panggil cikgu untuk masuk kelas kerana saya terlalu malas nak panggil cikgu,saya mengaku saya sengaja tak panggil cikgu

apapun,tahniah saya ucapkan kepada cikgu kerana dapat anugerah perkhidmatan cemerlang baru2 ini,walaupun cikgu tak dapat ambil anugerah tu.

jadi,cikgu saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jikalau ada terkasar bahasa,terkasar pergerakan dan segala2 nya,dosa cikgu terhadap saya telah saya maafkan..

cikgu wikiam,semoga dapat berehat dengan aman disana,selamat tinggal.. :'(( <3

Saturday, June 11, 2011

Piala FA Malaysia 2011

hai semua.. :)

yeah,piala FA Malaysia sudah sampai ke edisi ke 22,jauh lagi kalau nak kejar Piala Malaysia,piala tu dah nak dekat seabad dah umurnya.

kita tak nak cerita pasal sejarah kejohanan,tapi nak cerita pasal aksi akhir malam ni,keputusannya:Terengganu 2-1 Kelantan..hehe

ok,ni info sedikit pasal kedua2 pasukan:

Kelantan:

jurulatih:M.Karathu
ketua pasukan:badri radzi
penjaga gol:khairul fahmi
pemain bahaya:norshahrul idlan,badri radzi,shakir shaari,nurul azwan roya

Terangganu:

jurulatih:irfan bakti
ketua pasukan:marzuki yusuf
penjaga gol:sharbinee allawi
pemain bahaya:ashari shamsuddin,manaf mamat,hadi yahya,joseph kalang

hmm,sebenarnya saya tak dapat tengok game ni betul2 sebab keluar tadi,tapi gol dapat la kecuali gol pertama terengganu,ini ulasan separuh masa:

separuh masa 1:

seimbang,terengganu pegang bola lebih banyak dari kelantan,ada satu dua percubaan bahaya dari kedua2 pasukan.

separuh masa 2:

masih lagi seimbang tetapi nurul azwan roya menjaringkan gol pertama untuk kelantan pada minit ke 75 hasil satu sepakan "chip" yang melepasi sharbinee,mati2 ingat kelantan menang tetapi pada minit akhir permainan,daudsu jamaluddin menjaringkan gol sendiri selepas cuba untuk menyelamatkan rembatan manaf mamat yang sebelumnya telah ditewaskan sedikit oleh khairul fahmi tapi bola berpotensi masuk ke dalam gol kerana jarak antara manaf,fahmi dan bola terlalu dekat dengan gol.

masa tambahan 1:

pemain kelihatan keletihan akibat bertarung gila2 pada masa sebenar,terengganu ada cuba mendapat gol menerusi rembatan jarak jauh,tapi percubaan mereka lemah.

masa tambahan 2:

masa tambahan ini digunakan oleh terengganu sepenuhnya kerana keletihan pemain kelantan,terengganu mendapat sepakan sudut pada minit ke 110 kalau tak silap,ashari mengambilnya lalu menghantar ke sudut "far post" kepada reesyafiq alwi,reesyafiq melakukan tandukan dan bola tiba2 sahaja sampai ke nordin alias,nordin terus merembat baik ke penjuru bawah gol kelantan yang hanya mampu disaksikan oleh khairul fahmi.

sebenarnya kelantan yang keletihan cuba untuk bertahan kerana mereka mungkin hanya mampu untuk bermain pada sepakan penalti sahaja,tapi nasib menyebelahi terengganu kerana dapat gol pada masa tambahan.

apa2 pun tahniah kepada terengganu kerana juara,tahniah kepada kelantan kerana mara ke pusingan akhir,saya ni penyokong selangor,jadi kira berkecuali la,hehe..

ok,jumpa lagi,bye :)