Sunday, December 26, 2010

3-0 Di Hari Pertama :)

Hyep semua!:)

saya puas sangat selepas menonton perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia..sebab Malaysia menang 3-0!hahahahaha

tapi sepatutnya kita boleh menang 6-0,pada separuh masa pertama,kita dapat 3 peluang yang masyuk..tapi tak ada nasib,nak buat macam mana..

antara peluang yang paling la saya geram sangat sebab terlepas adalah peluang Safiq Rahim dapat rembat bila pemain Indon buat silap terhantar kat Safiq..tapi bola melalut lak..aiyo!

tapi ada lak benda yang ganggu game ni..iaitu manusia durjana yang main laser dalam staduim!sengal la ko!

laser tu punya pasal game terbantut 5 minit,tapi sebab laser tu gak,skrip permainan jadi lain..kita asyik skor je dari tadi!hahaha

ok,ini gambaran macam mana gol2 tersebut terhasil:

gol pertama:kesilapan pertahanan Indon di tepi kotak penalti,Norshahrul terus ambil bola tu,gelecek seorang pertahanan lalu hantar ke Safee Sali,Safee lalu merembat tenang ke dalam gol.

gol kedua:hampir serupa dengan gol pertama,cuma kali ini pertahanan Indon di bahagian tengah dapat keluar kan sebentar sebelum Ashaari Samsudin merembat kencang ke sudut kanan gol.

gol ketiga:hasil hantaran lintang awal dari Mahali Jasuli dari belah kanan sebelum ditanduk kencang oleh Safee Sali.

itu dia,ringkasan nya,saya harap 29 disember ini,Malaysia main steady je tau!

lagi satu,saya puji sikap penyokong Malaysia di stadium yang menghormati lagu kebangsaan Indonesia walaupun kita haritu kena kow2 dengan diaorang masa lagu negaraku dimain kan semasa di Jakarta.

jadi semua,terus sokong Harimau Malaya!Tanah Tumpahnya Darahku!:D

ok,jumpa lagi!:)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.