Wednesday, December 29, 2010

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia :D




Hyep semua!:D

harini saya gembira kerana pasukan Malaysia juara Piala AFF!

apa yang saya lihat adalah Malaysia ibarat Sepanyol di Piala Dunia yang lalu,hee~

ok,keputusan game tadi,kita kalah 2-1 dengan indonesia,ulasannya:

gol Malaysia:hasil satu assist kepada Safee Sali,beliau terus merembat kencang ke gawang Garuda,hampir serupa dengan gol Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan mereka menentang Mexico.

gol indonesia:(gol 1)..hasil tampanan muntah Khairul Fahmi,gol hasil rembatan susulan
(gol 2)..hasil rembatan kencang tetapi terkena kepala Muslim Ahmad (kalau tak silap),masuk dalam gol.

tapi indon tetap kalah sebab tak dapat samakan jumlah jaringan dengan hanya mampu jaringkan 2 gol sahaja,..

apa yang saya nak kongsi kan kepada anda semua,saya gembira sambut kemenangan Malaysia dengan rakan2 dan penduduk setempat di sebuah kedai mamak di kawasan perumahan saya ni..hehe~syok wey!





then,saya pun ada gak ambil dengan kawan2 saya gak,terima kasih kepada Amirul Izwan kerana tolong tangkapkan gambar,Faizie kerana menaja kamera dan Farizal kerana memuat naik gambar2 di facebook..

harapan saya agar Malaysia terus berjaya dalam bola sepak tak kira di arena mana pun,Asean,Asia dan lagi best Dunia!haha

ok,jumpa lagi,Tanah Tumpahnya Darahku!:D

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.