Saturday, August 30, 2014

Negaraku.

assalammualaikum dan hai semua :)

haa harini 30 Ogos, esok pula berapa? 31 Ogos. Ada apa dengan 31 Ogos? Hari Merdeka!!

jadi aku membuat keputusan untuk menulis, bacalah seronok atau tak tu pandai2 la ya..hehe


Negaraku.

Negaraku,
di sini aku dilahrikan,
di sini aku membesar,
di sini aku belajar erti semuanya.

Negaraku,
di sini lahirnya sebuah cinta,
di sini kita belajar ilmu dan segalanya,
tapi........

kami seolah tidak tahu apa itu negara kami,
kami seolah tidak berpuas hati dengan identiti kami,
kami seolah tidak bersyukur dengan apa yang dikurnia sejak azali,
kami seolah tidak dapat terima dengan lebih dan kurang kami.

maafkan kami negaraku,
kami tidak suka akan bahasa kami,
kami tidak suka dengan identiti kami,
maafkan kami kerana jadi begini.

maafkan kami negaraku,
kami lebih sayangkan liga inggeris dari liga sendiri,
kami lebih suka bahasa penjajah dari bahasa kami,
kami lebih dambakan hiburan luar dari hiburan sendiri,
kami lebih agungkan segalanya yang dari luar dari hasil sendiri,
sehinggakan ada antara kami tidak reti menulis jawi,
tidak tahun berapa sudah ulang tahun merdeka pertiwi,
tidak tahun tema merdeka tahun ini.

tapi,
disebalik semua itu,
tetap juga terselit walau sedikit,
rasa sayang padamu,
kerana kau adalah negaraku,
di sini lahirnya sebuh cinta.

selamat hari kebangsaan ke 57.

baiklah, jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.