Friday, August 8, 2014

Ramadhan 2014.

assalammualaikum dan hai semua :)

syawal kini sudah di fasa pertengahan, agak lewat untuk aku ucapkan tapi biarlah.

selamat hari raya aidilfitri buat semua, harap dimaafkan semua dosa.

telah lama aku tinggalkan diari aku ini, kini aku kembali dengan pelbagai kisah suka dan duka kuasa dua yang tersimpan dalam hati untuk berhari hari.

namun aku ingin simpan sebahagian dari cerita pedih itu, aku ingin khususkan penceritaanku hari ini. tiada puisi untuk kali ini cuma penulisan biasa gaya ala awal2 aku cuba menulis blog.

kali ini aku akan menglipur mengenai bulan 9 dalam dunia islam iaitu Ramadhan. kenapa dengan Ramadhan? ia adalah bulan puasa, ya aku tahu ia bulan puasa namun kenapa?kerana Ramadhan 2014 punyai cerita, bukan cerita biasa tapi kisah yang aku sendiri tidak jangka dari permulaan, plot, klimaks dan peleraian.

secara jujur, Ramadhan kali ini adalah yang pertama dalam hidupku berpuasa jauh dari keluarga. dalam hati aku agak tertanya bagaimana rupanya aku berpuasa jauh dari keluarga. adakah aku akan sedih? atauapun biasa? atau apa2 saja?

Ramadhan 2014 adalah yang paling pedih buatku, yang paling gagal pernah aku lalu. Ujian Ramadhan ku bermula seawal malam pertama yakni sehari sebelum kita mula berpuasa. Dia datangkan padaku 4 malaikat yang membawa lari selera makan, kesihatan, kecantikan wajah dan juga dosaku. aku ditmpa sakit yang tidak tertahan dan boleh dikira 10 hari pertama aku agak berhempas pulas dalam mendapatkan sihat ku semula. iya la puasa jadual makan ubat kau terhad, kena lah tahan badan tu sebab lambat baik. namun selepas beberapa lama, Allah pulangkan rasa makanku, kecantikan wajahku serta kesihatanku namun bukan dosaku. aku pulih setelah beberapa ketika jatuh sakit.

namun, duga Allah padaku tidak berakhir disitu. aku diuji dengan dugaan sesama insan. perang dingin aku dan temanku menuju ke puncaknya. aku cuba untuk hentikan perang ini namun tidak pernah ku berjaya dek kerana terlalu bertahanya dia dalam peperangan ini. semua pintu rundingan ditutupnya sehinggakan aku hanya bertentang mata sahaja bila bertemu. aku dan temanku ditemukan dalam satu majlis iftar, dan kemudiaanya rakannya memberi isyarat bahawa dirinya sudah boleh memaafkanku. namun sampai disitu saja ceritanya, perang dingin sehingga kini berterusan.

dan yang paling aku kesalkan sepanjang bulan Ramadhan, hubunganku dengan Dia tidak seperti yang aku idamkan, semuanya nampak baik pada mulanya tapi hujungnya punah. terasa yang Ramadhan ku tahun ini kosong dan sifar sahaja. namun apa boleh buat, kini aku sudah di syawal semuanya terlepas. hanya harap dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang sahaja. dan syawal ini aku agak lain, tiada baju melayu atau jubah hanya pakaian ala munsyid saja. haha

hmm itula coretan Ramadhan ku kali ini, harap yang baca (ada ke?) jadikan ia pengajaran. tahniah pada yang berjaya pada Ramadhan yang lalu, semoga ibadah kita diterimaNya, dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

baiklah, jumpa lagi!

p/s : aku ada satu perasaan, tapi kau ada tak perasaan tu macam aku?

1 comment:

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.