Monday, September 8, 2014

Cerpen Kehidupan.

Assalammualaikum dan hai semua :)

Semester ku hampir tamat. Kini aku menuju ke penghujung semester. Sibuk tidak terkata. Mujur badan ku kuat. Alhamdulillah.

Tiba2 aku terfikir. Aku ingin menulis di blog. Namun aku ingin yang lain selain dari menulis puisi atau menterjemah. Jadi aku memilih untuk menulis cerpen.

Cerpen Kehidupan.

Aku seorang lelaki. Namaku Faris, Faris Aidil untuk penuh. Aku remaja, remaja yang entahlah, kadang nampak seperti iman penuh di dada kadang seperti durjana. Aku kini menuntut di sebuah menara gading jauh dari kesibukan kota. Selama ini hidupku senang, hidup ku hanya berkata sahaja dan apa yang aku katakan itu akan menjadi kota. Tapi disini, aku perlu bertindak semua dari alif sehingga ya. Namun dari kemewahan hidupku, aku tiada satu benda yang paling penting dalam nurani manusia. Iaitu kebahgiaan.

Apabila di kampus, aku bersua dengan pelbagai manusia disertakan dengan ragamnya. Aku teringat pesan abah ku sebelum ke sini, "berbaiklah dengan semua, pasti kau akan dimulia." Aku dengar dan patuh akan katanya. Disini aku cuba belajar dan menuntut segala macam ilmu tidak kira ilmu formal universiti ku ataupun ilmu kehidupan. Saban semester aku punyai rekod pencapaian yang amatlah gemilang sehingga aku dianggap wira di fakulti dan kolej kediaman ku. Namun disebalik kejayaan itu aku punyai pertualangan yang ada secara sembunyi.

Walaupun aku gembira dengan pencapaian akedemik ku, aku punyai sejuta masalah. Aku dibenci manusia sekilingku, orang yang paling aku sayang. Lebih tepat rakan sejurusan. Hal ini kerana aku jatuh hati pada seseorang dari mereka namun aku gagal menceritakan hal sebenar. Itu cerita semester sulung. Cerita semester kedua aku ditugas mengkepalai sebuah projek besar. Namun aku ditikam dari belakang, kiri, kanan dan juga secara depan oleh ahli jawatankuasa ku. Bidang kuasa ku seolah dirampas oleh mereka yang dahagakan kuasa namun bersembunyi di jawatan yang rendah untuk menunjuk belang. Aku hadapi tekanan yang cukup tinggi sehingga pintu bilikku di kolej hampir retak kerana bengang. Dalam masa yang sama juga aku diuji dengan barang ku sering hilang, kerap juga aku menjerit kerana mencari barangku yang hilang. Hampir beberapa kali hendak terjadi kejadian berdarah kerana ku tidak dapat kawal emosiku. Duit ku juga kerap habis dengan laju bak air sungai yang deras. Entah apa ku belanjakan aku tidak tahu. Aku tidak isi semula telefonku, aku tidak beli rokok kerana aku bukan merokok. Entah la apa lah nasib.

Dan apabila tiba waktu, aku tidak dapat bendung kesakitan ku ini. Aku kuncikan diriku dalam bilik dan aku ambil bola futsal milik kawanku, Hairi untuk ku tendang sekuat hati. Kawan2 ku yang lain rasa kan biasa saja namun mereka terasa agak berbeza tendangan ku ini. Lalu rakanku seorang lagi merangkap teman sebilikku Putra masuk membuka pintu. Malang buatnya sedangku merembat bola itu tekena perutnya. Ia mensentakkan ku, lalu ku berhenti untuk melihat keadaannya. Dia tidak marah, malah menyuruh ku duduk. Dan bermulalah satu perbualan yang sungguh mendalam.

"Faris, apa masalahmu? Ceritlah padaku." Putra memulakan bicara.
"Aku ada masalah, banyak masalah!"balasku.
"Khabarkan padaku, aku ingin tahu."
"Macam ni lah, kau pun tahu kan yang aku punya banyak masalah."
"Masalah apa?kau pelajar terbilang mana mungkin kau ada masalah."
"Tu la kau tak tahu, cemerlang pun aku tidak disenang teman. Kau tahu sakit aku nak hadap mereka setiap hari? Dengan dia ni sibuk nak rampas tempat aku pasal projek ni. Dia ingat aku ni tunggul ke apa?!" Jeritku pada Putra.
"Tenang Faris, biasalah itu mereka tidak senang lihat apa yang kau punyai. Jangan kau fikirkan mereka sepanjang masa kelak kau binasa kawan. Mengenai hal kau dibenci itu jangan kau sedih. Benci mereka namun kau tidak hilang sayang dari kami ini. Kami sentiasa ada dengan kau." Balas Putra menjawab luahanku.
"Tapi Putra, hal ni tak habis lagi. Kau tahu kan barang aku asyik hilang sekarang. Aku tak tahan lagi lah. Dah la duit aku habis je aku bukan beli apa pun. Haihh." rintih ku lagi.
"Aku ingin tanya kau sesuatu." Putra cuba mendugaku.
"Apakah?" Balasku penuh tanda tanya di minda.
"Pernah kau sedekah?"
"pernah dahulu saja sekarang tak ada dah." Balas ku.
"Dan sebab itu rezeki kau kurang. Kau tidak berminat lagi untuk beri hartamu ke jalan Allah dan Allah mula tidak berminat memberi kepada kau lagi." Putra memberi jawapan yang amat menyentuh. Aku kini sentap.
"Pulanglah." Kata Putra.
"Pulang ke mana? Rumah aku?" Tanya ku kurang pasti.
"Tidak. Pulang ke jalan Allah. Carilah balik cintaNya." Balas Putra penuh lembut.
Airmata kini jatuh. Tiada lagi dapat ku tahan. Akhirnya selama ini kebahgiaan yang seringku canang tidak pernah ku miliki adalah kerana hubungan ku dengan penciptaku amat rapuh. Aku hanya mampu memeluk Putra meluahkan segala airmatanya. Basah baju dia aku kerjakan.

Kini, aku kini lebih gembira. Hubungan ku lebih baik dengan pencipta, rakan2 dan juga ibu bapa ku. "Alhamdulillah." Kata hatiku. Aku mampi tersenyum. Walaupun masa lalu penuh dengan hitam, masa depan penuh dengan warna terang. Aku yang dulu bukan yang sekarang.

Tamat sudah percubaan pertama menulis cerpen. Maaf jika tidak hebat.

Baiklah, jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.