Wednesday, June 20, 2012

Sejarah : Biografi Aku Semasa Menjadi Ketua Pengawas SMKST

assalammualaikum dan hai semua :)

hari ini,aku sudah rasmi bergelar mantan ketua pengawas SMKST selepas menandatangani perjanjian penyerahan tugas kepada muhd rashdan bin isa.tahniah anak buah. :D

baiklah,mari cerita mengenai sejarah.

21 jun 2011 (selasa),aku mengangkat sumpah sebagai ketua pengawas SMKST 2011/2012 dihadapan semua pelajar dan guru2.aku terkesima kerana pada 20 jun 2011 aku dikejutkan oleh mr.K kerana aku akan menjadi ketua pengawas.oh impian jadi kenyataan!aku diplih hasil undian guru,aku dan 2 calon lain,menurut lagenda aku menang majoriti masa undian,majoriti besar.ya amat besar.tapi yang malangkan aku ialah aku waktu itu tiada AJK lagi,jadi aku terpaksa bergerak sendiri kerana AJK tak dipilih lagi,yang bantu hanya bakal penolong aku,cik rosmiza,terima kasih ya. :D

selepas dalam seminggu aku barulah dapat AJK,memang kejutan sebab geng2 aku ramai tak ada,ada 2,3 je yang lain aku jarang bekerja bersama.tak apalah.aku sebenarnya dikira sebagai ketua pengawas paling malang dalam sejarah kerana aku lambat menerima AJK dan AJK aku banyak yang lelaki,semua stok malas buat kerja,aku ada musuh dalam selimut dalam pengawas,marahkan aku kerana tewas waktu pemilihan ketua.tak apa lah kawan,ni cerita lama,kita tutup je tau! :D

aku masa awal2 jadi ketua aku teruk ditekan oleh cikgu2 aku,aku dimarah setiap hari kerana segala silap,ada sampai satu masa cikgu aku nak lempang aku kerana terlalu teruk.aku sangat tertekan kerana cikgu asyik tekan aku sampai aku merasa aku tak nak datang sekolah.aku ingin jauh dari tanggungjawab,tapi akhirnya aku berjaya mengatasi masalah tu dan selepas itu semua selamat.

tahun aku juga banyak perubahan,aku kena tukar bnedahari sebab masalah,aku kena tukar ketua disiplin sebab ketua asal tak sesuai.aku kena deal dengan kawan2 aku yang amat susah,ada yang marahkan aku sebab aku halang mereka,geng kalau aku tak halang sebab nak bantu kau,kalau dalam kubur malaikat sebat aku kau nak datang tolong aku?harap kau faham bidang tugas aku.

ok lah,aku rasa aku tak nak cerita semua,banyak sangat lah sejarah aku,nanti aku buat buku macam Dr. M buat,nak tak?hahaha

baiklah jumpa lagi! :)

lagu hari ini : keliru - ac mizal,pernah dengar dia nyanyi?hhhhhhhhaaaaaaaaaaaa tu dia lagunya,lagu masa dia dekat gerak khas.inspektor mazlan!haha,lagu ni aku terjumpa kat youtube dan aku pun suka.

p/s : tahniah kepada AMT yang baru,buat kerja elok2 ya,aku sokong korang,kepada dia tahniah juga atas perlantikan sebagai penolong ketua PSS. :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.