Friday, June 22, 2012

Sorotan : Peperiksaan Pertengahan Tahun

assalammualaikum dan hai semua :)

hari ini,mostly antara hari paling seram buat kira2 1000 pelajar SMK Seri Tasik kerana hari ini ambil report card,alaa hari bicara ilmu meh.

tapi tahun ni,aku pergi dengan perasaan tenang,dah la siap jadi hantu waktu mula2 sekolah,kawan2 aku jadi misteri dengan waktu kedatangan aku,haha geng biar je la,aku datang tadi awal tapi lambat.hahaha LOL!

ok,untuk kelas aku,aku orang pertama jumpa dengan cikgu,dan aku bukan buat kat kelas,buat kat meja mcdonald dekat bilik guru,haha EPIC gila meh.hahaha

cikgu aku pun cakap2 dengan aku,dia bongkar segala,yang baik dan buruk,result aku overall jatuh merudum,aku just naik math dengan BI je (BI??,keseluruhan aku dapat nombor 9 dari 30 orang,dan 23 dari 185 calon SPM tahun ni,jadi aku masih lagi berjaya kekal dalam top 10 untuk sekian lama selepas hanya sekali terkeluar masa ujian ogos 2011,cuma sekarang aku dah tak alone kat top 10,aku ada kamarul!!!!!!!yeah!!!!!!! tak ada la aku je laki dalam tu,1 laki kena apit dengan 9 perempuan,ai yai yai yai,cuma kamarul ni lagi terer dari aku,ni yang boring.hahaha

jadi natijahnya (ceeehhhhh!) aku nak improve gila2 untuk trial,aku nak skor paling koman 4A untuk trial,then terus maju dan maju dan maju untuk diri,keluarga,agama bangsa dan negara!hahahaha selamanya harimau malaya.

baiklah,jumpa lagi :)

lagu hari ni : bangun harimau bangun - malique,lagu ni boleh bakar semangat aku,bolah bakar sampai terbakar hangus lalu jadi arang je,apa pun aku tak dapat nanti.hahaha :)

p/s : aku nak tahu result dia,dia just kata result dia drop gak mcm aku,tak apa awak,saya faham awak segan nak cerita,tak apa usaha lagi ya,kelak berjayalah awak,dan juga saya. :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.