Monday, November 21, 2011

Misi Emas : Berjaya

hai semua ! :D

harini aku sangat gembira,kerana negara kebangaanku,lebih khusus lagi pasukan kegemaranku di peringkat negara,Malaysia ataupun Harimau Malaya takpun Harimau Muda dah membuatkan seluruh negara berbunga2 kerana kemenangan semalam,tahniah Harimau!

ketika aku sedang update blog ni,aku sedang pakai baju HM,kuning hitam tu,hehe..
semalam,aku dengan jiran aku tengok bola,siap tukar2 channel,kejap tv3,kejap tv1,bila boring,tukarlah..hehe,pengulas dua2 tv memang best,hoho..

mula2 aku tengok kat tv3,lepas dah bolos,tukar tv1,dapat gol,terpokik satu rumah!haha..then aku layan tv1 sampai extra time,masa extra time,indon dapat gol,aku terpaku,aku terus tukar tv3,tengok2 gol tu batal,hohoh..bahagia~,lepas tu aku stick tengok kat tv3 sampai akhir game..

ok,semalam game memang seram,kaki aku sejuk,jantung berdegup kencang,aku asyik terbayang jikalau kita kalah,mesti sedih gila,tapi nasib kita menang,aku tersenyum..hehe

baiklah,sebagai ringkasan,game semalam berakhir 1-1,gol oleh gunawan (indon) dan asrarudin putra omar (mas),penalti pula dijaringkan oleh mahali jasuli,fandi othman,fadhli shas,dan kapten baddrol bakhtiar,aku ingat yang malaysia je..hehe

apapun,sebagai konklusinya,tahniah buat semua pemain malaysia,tahniah buat jurulatih dan bahagian pengurusan,tahniah semua,anda telah memberikan sesuatu untuk kami senyumkan untuk beberapa hari ini,harap lepas ini bola sepak malaysia akan terus gemilang menuju puncak tertinggi :)

ok,jumpa lagi! :) (Tanah Tumpahnya Darahku)

lagu hari ini : selamanya - ultras malaya,joe flizzow,carleed khaza dan altimet,lagu yang dibuat oleh artis rap dan team penyokong bola sepak malaysia yang paling gempak sekarang ni,lagu yang sedap juga~hehe

rakaman khas : penalti (malaysia vs indonesia),rakaman khas sempena kemenangan kita semalam,aksi2 yang mendebarkan dipaprkan sekali lagi untuk semua..

p/s:ingat!jangan kutuk lebih2 si fakri tu,kalau tak kerana dia,kita tak ke final tau,lagi satu,kalau budak2 indon attack kita kat internet,rilek je,kerana kita adalah manusia yang mindanya kelas pertama,bukan macam mereka minda kelas ketiga.. :D

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.