Thursday, November 24, 2011

cuti sekolah : pelan tindakan

hai semua :')

nampaknya,cuti sekolah dah nak selesai minggu pertama dah,tapi aku merasa,kebosanan yang gila..

sebelum cuti lagi aku sudah merasakan yang cuti 6 minggu ni memang akan menjadi cuti yang agaklah tidak best,kerana tiada apa2 perancangan dibuat..

jadi,aku disini sudah menyiapkan kertas kerja untuk cuti sekolah ni,aku ingin membuat persiapan awal untuk SPM 2012,dulu mati2 aku ingat intervensi pertama bulan satu,alih2 cikgu cakap bulan tiga,bahaya ni,boleh buat aku leka kalau tak dikawal rapi..

pelan lain,apa lagi,nak asah skil aku main tenis la,tapi nampaknya gelanggang tenis kat rumah aku tu,guard dia tak bagi,guard tak bagi sebab management dia tak bagi..huu~,sayang,kena la main jauh sikit,kat titiwangsa,kat sana kena tempah dulu,insyaallah,tak ada aral melintang,aku main la kat sana minggu depan,dengan partner aku dan rakan yang lain..hoho

tapi malang,sekarang ni aku ditimpa kecederaan,petang tadi waktu main bola,boleh lak aku dihimpit 3 orang kot,nak gelecek,terjatuh ke bumi lak,yang jatuh dulu kaki aku,memang terduduk la kat situ tahan sakit,tapi buat masa sekarang ni,kaki ok sikit,cuma rasa ringan je kaki,nak terajang orang pun boleh :D

untuk musim 2012,aku terpaksa on kan mode "ketua pengawas" aku seawal 29 disember 2011,sebab nanti ada mesyuarat agung pengawas (gila lah~),esoknya aku kena uruskan pelajar form 1 yang baru,jadi adik2,siap la korang :D

dan rasanya yang terakhir kot,misi menunggu jawapan dari dia akan diteruskan,aku masih lagi tunggu jawapan dari dia..

baiklah,jumpa lagi :')

lagu hari ini : penerang hati - saujana dan sixth sense,again lagu berunsur ketuhanan gaya milineum menambat hatiku,memang best rentak yang dibawakan oleh mereka,begitu juga dengan liriknya sekali..

p/s : sebona ea,aku tak ada niat nak post benda ni,aku nak tulis benda lain,tapi dah lupa la..hehe,maaf2 :')

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.