Monday, October 13, 2014

Hitam dan Putih.

assalammualaikum dan hai semua :)

alhamdulillah hari ini aku kembali, cuti sudah. gembira ada banyak masa terluang untuk buat segala benda yang terpaksa dibuang demi mencari masa depan yang gemilang.

baiklah, aku harus mengaku. yang aku amat suka menulis puisi, jiwaku lembut dan kadang2 mudah tersentuh. nak kata jiwang? aku pilih untuk menjadi romantis haha..kadang2 orang geli nak berteman denganku sebabkan karakter aku yang sebegini rupa.

setiap manusia punyai duka yang, ada duka yang dalam ada yang sekejap dan ada juga yang sekejap tapi muncul semula di masa yang depan. tapi untuk duka yang ini, aku tak tahu lah. mungkin duka yang tiada ubat? tapi bukankah semua penyakit ada penawar? jadi aku percaya duka ini akan terubat, tapi mungkin lambat.

Hitam dan Putih.

hitam dan putih,
apa kena dengan warna ini?
ia adalah dua warna yang berbeda,
jika dicampur akan menjadi kelabu,
kelabu maknanya apa?
tidak ceria.

begitulah gambaran kasar,
kepada sebuah lagenda,
yang amat menyayatkan,
tapi bukanlah pada si pembaca atau pendengar,
tapi kepada yang mengalaminya,
iaitu aku.

ya harus aku mengaku kau adalah orangnya,
walaupun tampak sederhana tapi amat sempurna,
iyalah siapalah aku untuk mendamba puteri seindah syurga?
diri pun tidak lah sehebat mana.

dan sampai waktu,
aku tidak dapat bendung rasaku,
namun jauh dalam hati,
aku sudah jangka apa yang akan berlaku,
dan semuanya tepat,
tiada satu pun yang salah,
nasib bukan ada disebelah,
sebelahku.

jadi apa lagi yang aku boleh bicarakan lagi?
semuanya dah terbukti,
yang warna ku hitam sedangkan kamu putih,
tidak sama lagi setara,
tidak mampu masuk jika diadun bersama.

aku sering bayangkan kita bersua bertentang mata,
aku lihat kau sebagai puteri hati,
manakala kau pandangku hanya sebagai teman,
ahh tidak perlu aku bayangkan,
kerana ianya realiti.

baiklah, jumpa lagi!

p/s : zahirnya, aku sudah mengalah.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.