Saturday, May 19, 2012

Piala FA Malaysia 2012 : Sime Darby lawan Kelantan

assalammualaikum dan hai semua :)

nampaknya dalam beberapa detik je lagi,perlawanan akhir piala FA Malaysia akan berlangsung,perlawanan diantara kelantan dan sime darby.

di atas kertas,kelatan 95% akan juara benda ni,tapi kita tak boleh nafikan yang sime darby juga boleh menang kerana sebelum mereka ke akhir,mereka sudah menewaskan 3 pasukan liga super sebelum ke akhir,kelantan agak mudah laluannya ke akhir,mana tidaknya jumpa KL SPA,team dari liga FAM di suku akhir,haha.

perlawanan ni juga menunjukkan liga mana yang lebih baik,sama ada liga super dan perdana,ia ibaratkan carling cup final antara liverpool dan cardiff city,ia diantara EPL dan Championship.

ok lah,bagi aku,aku secara peribadi sokong sime darby,sebab dia ada patrcik ronaldhino yang terror gila tu!hahaha,lagipun aku kurang dengan kelantan,aku sokong red warriors ni pun bila AFC Cup,sebab kelantan team malaysia,hehe.

jadi aku harap sime darby boleh menang,buat kejutan sikit,bagi kelantan kecewa gila sebab dah 2 kali pergi akhir tapi kalah memanjang,kepada penonton kedua2 pasukan jaga adab di stadium,jangan gaduh2,kepada pengadil buatlah keputusan yang tepat dan adil,jangan berat sebelah!kepada semua,enjoy the match!

baiklah,itu sahaja,semoga bola sepak kita terus maju,jumpa lagi!

lagu (video) hari ini - kelatan lawan terengganu,piala FA Malaysia 2011,terengganu datang dari belakang untuk juara piala ni musim lepas.beberapa hari lepas tu,kawan aku dok ajak debat,dia kata daudsu gol sendiri sebab nak bagi sultan terengganu happy sebab baginda ada waktu tu,aku cakaplah yang tu memang own goal sebab daudsu susah nak keluarkan bola tu,bola tu dah sampai hujung garisan,dekat2 je,huu kenangan~

p/s : awak,saya minta maaf,saya sayang awak.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.