Friday, March 16, 2012

oh!English team..

assalammualaikum dan hai semua :)

yeah,minggu ni banyak betul perlawanan bola yang melibatkan team2 besar di eropah,yeah chelsea,man u,man city,barca,real dan banyak2 lagi..

cuma yang mengejutkan aku,musim ni dalam saingan tertinggi dan kedua tertinggi eropah,semua team inggeris dah out kecuali chelsea..wow~~

aku kalau part europe cup ni,aku memang nak semua team inggeris out awal,sebab apa nanti dorang bajet2 lak,padahal yang dok skor untuk team dorang tu orang spain,portugal la,kaau england pun rooney je,kalau dia injured,tak ada orang england yang skor..huu~

aku bukan apa,musim ni prestasi team england teruk bukan main,aku macam tak puas hati bukan apa,sebab orang england selalu claim yang EPL tu the best league in the world,tapi sekarang team mereka main teruk,layakkah nak panggil best league in the world?

sekarang ni,5 team sepanyol dalam saingan eropah,untuk dua2 cup,2 UCL,3 europa,err..team spain?
dari liga spain?aku tahu liga sepanyol tu tak kompetitif untuk 2,3 tahun ni sebab penguasaan barcelona dan real madrid,ye la,jarak RM dengan barca dekat 10 mata,jarak barca dengan team tempat ketiga?20 mata?belum lagi bila barca jumpa valencia misalnya,valencia kena tibai 5-0,tapi dorang dapat gak pergi jauh dalam europe cup..

bukan apa,aku tengok semua team english musim ni beli semua rising star dari liga2 sekitar eropah yang lain tapi still kantoi,aduhai..haha

aku bukannya sedih team english tak ada,aku lagi suka sebab biarkan EPL itu turun dulu standardnya biar mereka rasa sikit yang team2 lain dari liga lain pun bukannya teruk,mereka pun hebat,malah setaraf dengan mereka aku rasa,sepatutnya MU berdiri teguh kerana rooney,bukan hernandez,chelsea patut berdiri kerana sturridge,bukan mata,arsenal kena berdiri kerana wilshere,bukan van persie,city kena berdiri kerana budak2 england dia,bukan player2 mahal dorang tu..

lagi satu,bila team2 EPL ni banyak sangat import,team england lemah,sekarang ni england tak ada striker,nak harapkan rooney je,kalau rooney patah kaki?nak heskey main?hoo~~,england tak ada playmaker,sanggup nak tawarkan arteta kerakyatan england,arteta tak nak,sekarang dorang harapkan gerrard,lampard,tapi bila dorang dah pergi?nak harapakan playmaker kat liga divisyen 4?kalau bagus tak apa,aku tak kisah,lagi bagus,biar england lemah,aku benci england..wakaka,hidup harimau malaya!

dah la,penat aku rant pasal team england ni,harap RM menang UCL,aku malas nak tengok barca menang,nanti bapa aku bahan aku,ceh!

ok,jumpa lagi :)

lagu hari ini : blues is the colour - lagu tema chelsea,lagu ni tribute sebab chelsea satu2nya team england yang survive,harap kalah dengan benfica ya,hehe..lagu liverpool lagi best~

p/s : typical fanatik MU fans : kena jentik sikit dah meradang,aduhai..

aku rindu dia :')

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.