Tuesday, December 20, 2011

Ulasan : Format Baru LIiga-M 2013

assalammualaikum dan hai semua :)

tulisan kali agak formal,ia umum untuk semua kerana ia pasal bola la,haha,ia mengenai format baru liga malaysia untuk musim 2013,baiklah,kat bawah ni ada ciri format dia :

Liga Super 2013 :

a)12 pasukan bertanding berbanding 14 sekarang
b)9 terbaik kekal
c)pasukan jemputan,Lions 12 (aku tak tahu nombor roman sangat,hehe) kekal dan tidak terkeluar walaupun duduk ditangga terakhir
d)juara Liga Perdana layak secara automatik ke Liga Super
e)pasukan tangga terakhir Liga Super terkeluar terus ke Liga Perdana
f)naib juara Liga Perdana,tempat ke 10,11,12 Liga Super beraksi di play-off untuk tempat kedua ke Liga Super

baiklah,aku akan ulas satu2,aku ulas ikut huruf ya :

a)nampaknya makin kecil liga kita ni,dah macam liga kat scotland lak,tapi aku tak kisah,asalkan jadual perlawanan dia tersusun dan tidak ada percanggahan waktu perlawanan persahabatan antarabangsa

b)nampaknya,saingan kompetitif hanya akan tertumpu dekat part top 9 ni je la,dorang akan compete untuk jadi juara je,sebab duit untuk juara dah naik sekarang..hehe

c)oh tuhan!ni yang tak best,team yang dijangka akan beri saingan padu ni juga la yang tak akan terkeluar walau apapun terjadi,aku tak rasa kehadiran dorang ni buat liga kita tak best,tapi aku lagi suka dorang ada,boleh tengok selangor dengan kelatan kalahkan dorang..hahaah,tapi disebabkan dorang takkan tersingkir,jadi mungkin peminat akan tak suka dengan keputusan ni,dan mungkin Lions 12 akan main sambil lewa je,jadi tunggu je la hasil dia

d)ni aku setuju,aku tak perlu komen panjang2,juara liga bawah berhak naik senang ke liga atas :D

e)ha ni memang perlu,tapi kurang setuju dengan kouta 1 pasukan je,patutnya 2 pasukan automatik terkeluar,manakala play-off untuk tempat di Liga Super adalah untuk pasukan tangga ke 2 hingga 5 di Liga Perdana,macam dekat Liga Kejuaraan dekat England

f)ha,ini ulasan dia sama dekat (e),hhaha :D

lagi satu,Piala Malaysia yang diadakan pada hujung musim akan ditambah pasukan dari 16 kepada 24,wow..panjanglah cup tu nanti ya,hehe..

jadi,ini hanyalah ulasan dari pandangan aku sahaja,aku bukanlah pakar bola sepak macam annuar musa dan yang lain2,aku cuma peminat yang inginkan liga negaraku terbaik di rantau asia ini,dan tak mustahil di dunia,so no offence :)

baiklah,jumpa lagi :)

lagu hari ini : Tan Sri Annuar Musa dan Zainal Abidin Rawop (Formasi) - ini cerita pasal isu jadual perlawanan padat dalam Liga M,ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan perubahan format Liga M 2013 :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.