Saturday, December 31, 2011

2012

assalammualaikum dan hai semua :)

nampaknya,ini adalah penulisan pertamaku di 2012,jadi selamat tahun baru semua! :D

jadi,tahun baru,azam baru bukan?itu lumrah dunia,walau azam tahun lepas tak berjaya tapi tetap diteruskan dengan azam baru sambil azam lama dibiar usang ditepi..

jadi azam ku untuk 2012 ialah untuk mendapatkan 7A dalam SPM,aku tahu ramai akan tanya kat aku "kenapa tak target 9A?",jawapan aku "ia adalah target realistik aku,aku tak mampu nak dapat 9,tapi aku merasa aku mampu dapat 7,insyaallah"

yang lain,majukan badan pengawas aku agar lagi kuat sebelum aku bersara agar pada masa akan datang ia terus utuh..

yang lain,aku ingin mencadangkan kepada guru sukan sekolahku untuk wujudkan persatuan tenis kat sekolahku,aku tahu ia sukar untuk dilaksana atas kekurangan segalanya,tapi tak salahkan kita cuba?tak apa,aku akan cuba,untuk realisasikan impian aku dan juga membuka hati kawan2 lain untuk bermain tenis..

yang lain2,biarkan ia disimpan dalam hati,aku tak mahu cerita semua,kerana ada 1,2 azam 2012 aku terlalu peribadi untuk ditulis di blog ini..

jadi,aku harap 2012 akan jadi lebih baik dari 2011 untuk aku,tak lupa untuk korang juga..

baiklah,jumpa lagi dan selamat tahun baru 2012!

lagu hari ini : sesaat kau datang - ramlah ram dan sleeq,dulu main dengar kat radio dengar ok gak,lepas tu cari kat youtube,soalan aku,dia ada 2 versi ka?melayu dan inggeris?sila jawab di ruangan komen bagi sesiapa yang tahu.. :)

p/s : man u kalah dengan blackburn di malam tahun baru,hadiah paling indah buat aku untuk permulaan 2012,jangan lupa undi kat poll tau :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.