Saturday, October 22, 2011

Misi 33 : Tidak Berjaya

hai semua :')

nampaknya,piala malaysia masuk ke fasa akhir minggu depan selepas separuh akhir berakhir tadi,aku berasa sangat kecewa kerana selangor tak pergi akhir,tapi tak apa lah,terengganu lebih layak,better team won..

tapi aku suka kerana aksi akhir idaman antara t-team dan ganu tak jadi gak,nasib second team aku,NS layak ke akhir,bagus jang!

ok,selanngor out,jadi misi 33 tak berjaya,apa punca?ini teori aku :

a)amri yahyah tak ada,dia mr selangor,ibarat gerrard di liverpool,moral teammate jatuh kerana amri tak ada.

b)tiada penanduk tajam,selangor adalah "the best dead ball team play in malaysia" kerana gol2 selangor selalu datang dari free kick,corner kick dan sebagainya,bagi aku,amri sorang je boleh tanduk baik tak kisah glancing,free or back header,dia memang boleh,masa first leg lawan ganu,selangor main cross,tapi tak ada penanduk tajam.

c)mental koyak lepas bolos gol cantik manaf mamat pada minit pertama,gol macam tu terus buat moral team jatuh mendadak apatah lagi hadir pada minit awal permainan.

d)tiada penyerang mantap,red giant,please search who can be as good as safee sali or even better than him,our attacking force is really weak right now!

ni semua jelas,selangor memang lemah lepas ketiadaan safee,safiq juga mungkin akan pergi untuk musim 2012,amri makin tua,tak lama lagi bersara,jadi tiada sandaran sudah :(

jadi,impian selangor nak dapat kejuaraan piala malaysia musnah untuk musim ini,mungkin hajat tu dibawa ke tahun depan,aku sebenarnya sedih kerana selangor tewas,tapi prestasi tahun ini lebih baik kerana tahun lepas tewas di suku akhir.

ok,keputusan penuh,terengganu layak dengan 4-1,negeri sembilan layak dengan 6-3..

final piala malaysia akan diadakan pada 29 oktober di stadium shah alam,jadi aku secara automatik menyokong negeri sembilan kerana NS adalah team kedua aku selepas selangor,aku naik menyampah dengan terengganu and t-team ni,ingat!stadium shah alam tu akan jadi tempat hitam untuk kau penyu nanti!hahah (jahat betul)

baiklah,sampai di sini sahaja,kau memang sedih sekarang ni,aku tak nak jadi lalang,bila menang sanjung tinggi,bila kalah dok memaki sahaja..

ok,jumpa lagi :)

lagu hari ini : viva selangor - KRU,lagu dicipta khas oleh KRU kerana dorang sokong selangor,dicipta pada zaman azman adnan,zainal abidin hassan dan lain2,tapi bukan KRU yang nyanyi,entah siapa yang nyanyi,aku nak post lagu ni hari tu,tapi tak sempat,hehe..kepada semua,jangan lupa vote siapa juara piala malaysia 2011 di poll tau,jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.