Friday, October 28, 2011

Negeri Sembilan lawan Terengganu

hai semua :)

nampaknya esok,penutup aksi liga malaysia akan ditamatkan,perlawanan akhir piala malaysia akan tiba esok di shah alam!

perlawanan esok antara negeri sembilan (rusa) dan terengganu (penyu) di gelanggang merah kuning (stadium shah alam) selepas bukit jalil sedang diselenggara sekarang ini.

jadi,lupakan isu tiket yang sedang kecoh,biarkan,kita cerita pasal pasukan yang nak lawan esok :

negeri sembilan :

jurulatih : azrai khor abdullah
kapten : shukor adan
tonggak : farizal marlias (gk),zamani nisbah (df),shukor adan (mf),sharulrain abu samah (fw)

NS adalah satu pasukan yang agak mantap dari segi serangan,dari belah tepi atau tengah,mereka sesuai guna formasi 4-4-2 kerana perancang mereka bukan sahaja di tengah tapi di depan juga.

terengganu :

jurulatih : irfan bakti
kapten : marzuki yusuf
tonggak : sharbinee allawi (gk),marzuki yusuf (df),joseph kalang (mf),abdul manaf mamat (fw)

mereka tidak dinafikan antara pasukan paling berjaya ketika ini,permainan passing mereka memang cantik,lagi2 bila mereka seri dengan kelantan di kota bahru,semua gol mereka dihasilkan oleh proses hantaran yang baik.


jadi,NS dengan reputasi layak ke akhir buat 3 kali berturut2 sejak 2009 ingin mengulangi pencapaian 2009 dimana menjadi juara tetapi pada 2010 tidak,manakala terengganu cuba menamatkan penantian 10 tahun tanpa piala malaysia selepas kali terakhir juara pada 2001 menewaskan perak 2-1.

jadi,esok bakal jadi penentu,saksikan siaran langsung akhir piala malaysia di tv1 dan astro arena saluran 180 pada jam 8.40 malam.

ok,jumpa lagi :)

lagu hari ini - hobin jang hobin,lagu bola NS,aku tak sanggup nak tengok jiran sebelah rumah aku dok gembira dengan kejayaan terengganu,dah la beat selangor,tak pe kau,tungg esok,haha :P

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.