Saturday, June 11, 2011

Piala FA Malaysia 2011

hai semua.. :)

yeah,piala FA Malaysia sudah sampai ke edisi ke 22,jauh lagi kalau nak kejar Piala Malaysia,piala tu dah nak dekat seabad dah umurnya.

kita tak nak cerita pasal sejarah kejohanan,tapi nak cerita pasal aksi akhir malam ni,keputusannya:Terengganu 2-1 Kelantan..hehe

ok,ni info sedikit pasal kedua2 pasukan:

Kelantan:

jurulatih:M.Karathu
ketua pasukan:badri radzi
penjaga gol:khairul fahmi
pemain bahaya:norshahrul idlan,badri radzi,shakir shaari,nurul azwan roya

Terangganu:

jurulatih:irfan bakti
ketua pasukan:marzuki yusuf
penjaga gol:sharbinee allawi
pemain bahaya:ashari shamsuddin,manaf mamat,hadi yahya,joseph kalang

hmm,sebenarnya saya tak dapat tengok game ni betul2 sebab keluar tadi,tapi gol dapat la kecuali gol pertama terengganu,ini ulasan separuh masa:

separuh masa 1:

seimbang,terengganu pegang bola lebih banyak dari kelantan,ada satu dua percubaan bahaya dari kedua2 pasukan.

separuh masa 2:

masih lagi seimbang tetapi nurul azwan roya menjaringkan gol pertama untuk kelantan pada minit ke 75 hasil satu sepakan "chip" yang melepasi sharbinee,mati2 ingat kelantan menang tetapi pada minit akhir permainan,daudsu jamaluddin menjaringkan gol sendiri selepas cuba untuk menyelamatkan rembatan manaf mamat yang sebelumnya telah ditewaskan sedikit oleh khairul fahmi tapi bola berpotensi masuk ke dalam gol kerana jarak antara manaf,fahmi dan bola terlalu dekat dengan gol.

masa tambahan 1:

pemain kelihatan keletihan akibat bertarung gila2 pada masa sebenar,terengganu ada cuba mendapat gol menerusi rembatan jarak jauh,tapi percubaan mereka lemah.

masa tambahan 2:

masa tambahan ini digunakan oleh terengganu sepenuhnya kerana keletihan pemain kelantan,terengganu mendapat sepakan sudut pada minit ke 110 kalau tak silap,ashari mengambilnya lalu menghantar ke sudut "far post" kepada reesyafiq alwi,reesyafiq melakukan tandukan dan bola tiba2 sahaja sampai ke nordin alias,nordin terus merembat baik ke penjuru bawah gol kelantan yang hanya mampu disaksikan oleh khairul fahmi.

sebenarnya kelantan yang keletihan cuba untuk bertahan kerana mereka mungkin hanya mampu untuk bermain pada sepakan penalti sahaja,tapi nasib menyebelahi terengganu kerana dapat gol pada masa tambahan.

apa2 pun tahniah kepada terengganu kerana juara,tahniah kepada kelantan kerana mara ke pusingan akhir,saya ni penyokong selangor,jadi kira berkecuali la,hehe..

ok,jumpa lagi,bye :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.