Friday, May 9, 2014

Baran.

assalammualaikum dan hai semua.

angin kembali menulis,tajuknya agak kasar tapi hakikatnya...
biar kalian saja yang baca tahu.


Baran.

apakah itu baran?
ia adalah satu kebenaran,
yang amat menakutkan semua umat yang mengaku mereka anak jantan,
kerana ia akan menjadi kerugian,
bagi yang mempunyai kesedaran,
mengenai baran.

satu kejujuran,
yang aku seorang baran,
orang sekelilingku juga baran,
aku dilamun ketakutan,
bukan kerana baran kalian,
tapi baran di dalam badan,
akan membunuh si tuan,
andai ia diluar kawalan.

lalu aku mandapat akal,
jika ingin membuang baran,
carilah Tuhan,
Dia maha mendengar,
Dia maha memahami akan hati,
dikala semua tidak mengerti mengapa aku lakukan itu dan ini,
dan kenapa baran ini hadirkan diri.

maafkan aku kerana terlalu mengikut perasaan,
maafkan aku kerana tidak bergantung pada Kau,
terima kasih atas peraasan yang kini menjengah,
aku rasa lebih bahagia dari sebelumnya.

Era baharu dalam kamus hidupku bermula.

baiklah,jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.