Tuesday, February 7, 2012

Ulasan : Grand Slam Tennis 2

assalammualikum dan hai semua!!

akhirnya,kembali juga aku menulis di blog aku yang loser ni,setelah sekian lama,ini pun atas permintaan orang,kalau tak,tak de nya aku nak tulis~~

ya,aku dah dapat benda apa nak aku tulis,jadi harini pasal game!!!!!

haha,baiklah,jika korang main game tenis,game tenis yang popular adalah top spin,virtua tennis dan smash court tennis bukan?tapi pernah dengar grand slam tennis?tu game tennis yang baru siri kedua,yang lain2 dah sampai 4 dah..hehe

ok,grand slam tennis merupakan game keluaran EA Sports,untuk edisi pertama dia keluarkan untuk Wii sahaja pada 2009,tapi pada 2012,EA telah keluarkan Grand Slam Tennis 2 untuk versi PS3 dan Xbox 360,kira next-gen platform la..mwa ha ha

ok,GST2 ni merupakan game tenis paling hebat dari segi perlesenan kerana ada semua 4 grand slam termasuk wimbledon di england,konsep GST2 ialah membariskan wira2 tenis pada waktu sekarang dan pada waktu lepas,jadi jangan la bising kalau terjumpa pat cash dalam tu..hohoh

oklah,aku ringkas cerita pasal GST2 dalam bentuk isi,tulis panjang lah..

nama : grand slam tennis 2
pengeluar : EA Sports (EA Canada)
kategori : sukan
untuk : PS3,Xbox 360
tarikh keluar : 10 februari (eropah) 14 februari (amerika utara)

senarai pemain :

lelaki :

-roger federer
-rafael nadal
-novak djokovic
-andy murray
-jo-wilfried tsonga
-kei nishikori
-lleyton hewitt
-andy roddick

perempuan :

-maria sharapova
-venus williams
-serena williams
-ana ivanovic

lagenda :

-pat cash
-john mcenroe
-boris becker
-stefan edberg
-pete sampras
-michael stich
-bjorn borg
-martina navratilova
-chris evert
-justin henin
-lindsay davenport

kebaikan :

-grafik yang cantik
-ada pengulas,john mcenroe dan pat cash
-jeritan pemain sama seperti sebenar

keburukan :

-animasi pergerakan tidak sama dengan pemain sebenar
-suara chair umpire tidak jelas,tenggelam apabila suara pengulas dan umpire keluar serentak

jadi,hasil pemerhatian aku dari video2 di youtube,demo yang dikeluarkan mendapat ulasan yang teruk dari peminat,ini memberi persoalan kepada kepada EA yang terkenal dengan penciptaan permainan2 yang hebat2 belaka,lagi satu aku frust game tu tak ada dalam bentuk PC,jadi aku tak boleh main~ huargh~~~ :(

jadi sebagai markah permulaan,aku beri 5/10 untuk grand slam tennis 2

baiklah,sampai sini sahaja ulasan aku,maaf kalau terkurang,kita jumpa lagi ya lain masa :)

lagu hari ini : jo-wilfried tsonga vs rafael nadal,grand slam tennis 2- ni adalah contoh permainan yang dibuat berdasarkan gelanggang philippe chaterier di paris,ni sikit je dia tunjuk,dia tak tunjuk habis,korang nilaikan ea.. :)

p/s : harap game ni mantop la..harap nanti satu hari nanti muka aku ada dalam tu,bukan sebagai custom characther tapi sebagai roster dalam game tu..hoho :D

1 comment:

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.