assalammualaikum dan hai semua.
malam berpuisi kini kembali,adakalanya ada yang berkata aku sungguh puitis bila berbahasa jadi aku memilih untuk menulis sebuah lirik mungkin..... huuu
Tika Sujud.
setelah jauh aku berjalan,
mengharungi onak dan cabaran,
aku dengan megah mengatakan,
aku hebat tanpa bantuan.
dan satu ketika,
aku rasa lelah dan keletihan,
dan tiada datangnya satu bantuan,
dan kini aku kelemasan.
tibanya satu cahaya di dari arah sebelah sana,
datang memberi harapan bahagia,
dan ia datang dari yang Esa,
untuk semua hamba-hambaNya.
telah ku sedari,
diriku siapa tanpa Ilahi,
dengan kuasaNya aku kuat kembali,
mengharungi dunia yang penuh duri.
akan ku sampaikan syukur,
di dalam setiap sujudku,
agar aku peroleh kasihMu,
sepanjang hidupku.
tiada lain ku harapkan,
selain dari kasihMu Tuhan,
untuk aku terus berjalan,
di jalan kehidupan ini.
telah ku sedari,
siapa aku tanpa Ilahi,
kuasaNya membuat aku kembali berani,
menghadapai fitnah duniawi.
tiada lain yang lebih hebat,
selain ku ucapakan kesyukuran,
buatMu ya Tuhan,
di dalam sujudku.
di dalam sujudku..
baiklah,jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.