Friday, May 30, 2014

Selamat Hari Jadi.

assalammualaikum dan hai semua.

malam menulis kembali setelah segala tekanan mula hilang,kecuali menati waktu untuk peperiksaan akhir,doakan aku berjaya!


oleh kerana banyak orang2 yang aku kenal menyambut hari jadi (secara kebetulan) hmm timbul satu idea untuk menulis..


Selamat Hari Jadi.

duhai teman,
dari riak wajahmu,
aku tahu kau bertanya sesuatu kepadaku,
"apakah kau tidak kisah padaku?"

duhai teman,
aku tahu kau sering tidak keruan,
dengan segala ujian yang dihidangkan,
buat dirimu yang tidak tertahan.

hari demi hari,
usia makin meninggi,
kau tiada kuat lagi,
untuk hadapi semua ini,

hari bahagiamu makin hampir,
motivasimu makin kering,
peluangku untuk buat kau bangkit,
jadikan harimu sebagai pemangkin.

selamat hari jadi teman,
semoga sentiasa dirahmati Tuhan,
semoga sihat berpanjangan,
semoga bahagia hadir sebagai dampingan.

selamat hari jadi teman,
semoga kuat hadapi cabaran,
semoga tidak lekang dengan senyuman,
semoga sentiasa di jalan Tuhan.

selamat hari jadi teman,
teman seperjuangan sepanjang zaman.

baiklah,jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.