Wednesday, May 21, 2014

Puisi Rindu.

assalammualaikum dan hai semua.

malam berpuisi kembali lagi,awan kelam sentiasa ikut pergerakan ku kemana aku pergi.tapi sayang,aku tidak mempunyai payung untuk bertahan.


Puisi Rindu.


ini adalah satu coretan,
yang lama aku simpan,
kerana aku tidak mahu siapa pun berpengetahuan,
yang aku menyimpan satu kerinduan.

jiwaku kosong,
jiwaku lemah tidak bertahan,
jiwaku rapuh,
jiwaku mudah runtuh seawal kau datang menjentik.

jiwaku kesakitan,
menyimpan satu perasaan,
bukan perasaan cinta waima sayang,
tapi kerinduan.

aku rindu pada diriku yang ampuh,
kuat hadapi segala ujian,
benar dalam diri itu perlu sentiasa redha akan takdir,
namun kini aku bukan lagi redha,
tapi pasrah,
pasrah apa yang dimahukan pergi kerana yang dimahukan tidak setara denganku.

aku bukan saja rindu pada diriku,
aku rindu pada sekumpulan,
mungkin bukan sekumpulan,
ataupun seseorang,
tapi yang pasti,
aku rindu pada yang kisahkan aku,
walaupun diri tidak seberapa,
ataupun bukanlah mampu untuk digelar sebagai sandaran.

aku rindu pada yang ambil berat padaku,
aku rindu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.