assalammualaikum dan hai semua :)
pertama sekali,selamat hari guru 2012 kepada semua insan yang bergelar "cikgu" tikda kira sepenuh masa ataupun sambilan,formal ataupun tidak,lama mahupun sekejap.
lazimnya,16 mei tarikh dimana cikgu akan diangkat setinggi dari tempat asalnya,itu kalau nak kira perkiraan sekarang,kerana guru pada masa kini seperti dipandang remeh,malah profesion guru pun pada masa sekarang bukannya pilihan utama,tapi sudah menjadi pilihan terakhir,dulu kalau nak cari calon suuami kalau dia kerja guru terus dijadikan menantu,tapi sekarang tidak lagi.tapi ingat cikgu2ku semua,islam sentiasa menangkat tinggi profesion guru ini.kata pepatah "guru pewaris nabi"
hihi,jasa guru ni memang tak boleh dibalas,paling hebat pun hadiahkan guru dengan result exam kita yang meletup!hahah,tapi aku ingat lagi kat cikgu aku yang dah tak ada kat muka bumi ini,cikgu wikiam~~huu aku rindu dia
kenapa aku masih ingat lagi kat dia?sebab aku ini mungkin antara anak murid dia yang ternakal dalam sejarah dia,guru sejarah aku dan geografi masa kelas nadi,aku adalah penolong tetap dia ketika itu (back to 2010),apa2 aku kena buat macam bawa beg akedemi fantasia dia,waktu tu aku ada geng nak bagi dia geram dengan aku waktu dalam kelas iaitu adii (ahmad mawardi bin s**d) aku punya bising lagi teruk dari budak kelas aku yang selalu masuk bilik disiplin,haha dah la aku dengan adii tu pengawas,hohoh..sudahnya dia gelar aku dan adii gitar dan botol,hohoh aku tak faham sampai sekarang kenapa dia panggil dia begitu.
akhirnya,tahun lepas,masa dia cuti bersalin,sekolah aku digempar kan dengan berita pemergian beliau,aku duduk di tapak perhimpunan ketika itu terdiam kaku,dunia aku berhenti sebentar,aku masa tu tak merasa apa2,lepas dah dalam kelas,fikiran melayang baru aku terasa sedih pasal pemergian dia,hmmm :"(
aku bukan apa,dia sangat special kerana dia buatkan aku dari bodoh geografi sampai dapat B masa PMR (even dia marah kat aku sebab tak dapat A),dari aku terer sejarah dalam kelas sampai dah jadi pesaing yang hebat dalam tingkatan aku,kisah2 yang dia cerita waktu dalam kelas memang best,dia selalu kata kat aku "cari lah awek,tapi jangan yang form 4,3 cari yang form 1,2 takpun yang senyap sikit,sebab kau ni bising confirm bila kau cakap dengan dia,kau cakap sikit je sebab dia tak nak layan kau sangat"..hoho makan dalam ayat tu.
hakikatnya aku sudah di tingkatan 5,aku ingin katakan kepada dia sedikit :
kepada cikgu wikiam,saya kini sudah di tingkatan 5,kelas perakaunan,saya masih lagi kuat dalam sejarah tapi kadang2 goyah juga.cikgu,saya dah jadi ketua pengawas di sekolah,semua memang tak sangka saya akan jadi tapi itu adalah hakikatnya.cikgu,saya bercadang untuk sambung belajar dalam jurusan undang2,ok tak cikgu?hmm..lagi satu,saya harap saya dapat jadi berst student kat seri tasik,tak dapat seri tasik dala kelas pun jadilah.cikgu,terima kasih diatas segalanya cikgu,terima kasih kerana didik saya jadi antara orang yang bakal berguna pada masa akan datang,cikgu rehatlah dengan aman di sana.saya sayang cikgu.
baiklah,itu sahaja,jumpa lagi :')
lagu hari ini : kami guru malaysia - lagu rasmi hari guru,wajib nyanyi taip2 tahu disamping lagu tema tahunan,aku suka lagu ni (nasionalisme aku kuat),bila hari guru aku suka usha cikgu lelaki,cikgu lelaki yang kat depan akan nyanyi lagu ni dengan semangat,tapi cikgu lelaki yang kat belakang akan cakap2 lah,ada dulu aku tengok dia tengah on the phone time tu,wakaka. :)
selamat hari guru,
terima kasih cikgu.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.