Sunday, May 27, 2012

Ulasan : Hari Keluarga LPS SMKST 2012

assalammualaikum dan hai semua! :D

oh yeah!aku sudah selamat pulang dari hari keluarga untuk pengawas sekolah aku.serius aku cakap hari keluarga ni..hahah,tak tahu nak cakap macam mana.aku ulas di bawah.

hari keluarga : 25-26 mei 2012

tempat tidur : ok,aku tidur kat surau,form 5 ada kawasan takluk sendiri,memang best,malangnya acara COLGATE tak dapat nak buat sebab semua ngantuk dan seram.hohoh.

makan minum : overall makanan sedap,lagi sarapan dan tengah hari.TAPI! aku tak puas hati part air,bukan aku je,semua peserta sebab air kurang.ustaz pun ngaku air perlu diatasi,macam mana lepas dah all out main bola minum air seteguk je?pengsan aku meh.tapi nice try semua :D

aktiviti : ada yang seronok,macam perang dunia ke-3 tu.aku have part main lumpur tu sebab team aku last!hahaha.yang bosan gila ada gak,main mesin basuh guna kain pelikat tu.bukan apa,kemenangan team aku dinafikan dengan perubahan peraturan yang dicipta waktu tu.aku harap lepas ni peraturan permainan perlulah dicipta dengan lebih kukuh dan tidak ditukar pada saat2 akhir.

fasilitator : semua ok,tapi kebanyakkan tak suka ketua fasi.itupun hasil aku terdengar cakap2 peserta.aku tengok fasilitator tidak bekerjasama lagi2 bila nak pastikan pelajar senyap,aku tengok ketua je yang macam nak rak handle,yang lain buat taik je,tiada keserasian disitu.lagi satu,saya tahu fasi2 semua marah dengan peserta yang bising,tapi janganlah guna bahasa yang kasar seperti "kau" "aku".kami datang bukan sebagai kawan2 atau sesama pengawas tetapi antara peserta dan fasilitator,jadi bahasa yang sopan boleh digunakan,memberi arahan seperti ketika sedang kawad kaki juga tidak sesuai.ini hari keluarga bukan kem bina insa or jati diri.apa2 pun,aku puas hati lah,mungkin sebab korang tak ada pengalaman sebab tu jadi macam tu jadi aku maafkan.

solat : modul untuk meletakkan form 5 sebagai imam adalah wajar.aku dari tak pernah jadi imam subuh terus boleh jadi,haha ok tak aku jadi imam?first time cuak meh.

kumpulan dan pembentangan : jangan bagi acara ni dekat aku.ni la lubuk aku!hahah,aku suka team THE SEVEN'S aku sebab semua ahlinya bagus2,lagi2 leader dia,hahaha,sejak dari tu muncullah benda2 pelik sepeti ME GUSTA dan LOL!HAHAHAHAHAHAHA :D

futsal : aku suka,tapi team aku mati kat saringan separuh akhir,aku tak ada rekod baik pun,cuma satu umpanan cantik yang disudah kan oleh azam melalui tandukkan,ah cantik dari azam!dua kali aku gagal penalti,satu cubaab tepat yang ditepis ramadhan,terer pulok adan tu jadi keeper,hahaha.

keseluruhan : hari keluarga yang first time ada ni,kira bagus untuk percubaan pertama,memang banyak yang kurang tapi boleh diperbaiki,aku harap semua bahagia lepas ni.budak form 4,ustaz kata form 5 adalah ancaman tu ya,tapi ancaman tu ada 2,yang betul2 dan main2,aku betul2 dan main2,yang lain tu memang tidak dirancang dengan ustaz,semua memang angin pagi jumaat tu,tapi aku datang sebab aku nak support korang supaya tak down masa hari keluarga tu,lagipun aku memang tak take part pun masa gaduh pagi jumaat tu kan?jadi aku dikecualikan,haha.terima kasih kepada syamim dan fariha sebab tolong aku time mata kena tutup dan terima kasih kepada semualah yang menjayakan acara ni secara langsung dan tidak langsung,yang live waima tertunda punya siaran.jumpa lagi tahun hadapan.jika diizinkan :D

baiklah,jumpa lagi! :D

lagu hari ini : what makes you beautiful - one direction,aku dulu tak suka lagu dan band ni,tapi sebab dekat hari keluarga tu asyik main lagu ni,aku dah terhafal sikit lagu ni.hahaha :D

p/s : aku ditawarkan kontrak selama 3 tahun oleh ustaz untuk jadi fasilitator jemputan pada hari keluarga akan datang.aku on je,aku nak bawa team aku sekali la nanti join,terima kasih ustaz.ME GUSTA!

kepada nadia,luqman,azri,haswan,afiq dan wani.aku sayang korang semua.

The Seven's , LOL !!

2 comments:

  1. abg yin ...
    ulasan pasal ice breaking tidak ada ke ???
    dan ulasan untuk aina ???
    tolonglah comment sikit pasal kerja aina ...
    please please please ...

    ReplyDelete
  2. ok,nanti senang saya tulis ya :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.