assalammualaikum dan hai semua :)
harini,keputusan SPM dah keluar,tahniah bagi yang berjaya dan semoga kembali bangkit bagi yang jatuh..aku punya giliran bakal menyusul,jadi aku sedang menghitung..
baiklah,aku tak nak cakap pasal tu,aku nak cakap pasal chants,chants?apa tu?chants ialah lagu2 yang dinyanyikan oleh peminat bola di stadium ketika perlawanan berlangsung,mereka menyanyi untuk bagi semangat kepada pemain2 kesayangan mereka..
apa yang buat aku marah ialah dimalaysia,dahulu kita ada lagu2 sorak bola dan sering dinyanyi dan dimainkan di stadium,tapi kini..hanyalah bunyi vuvuzela dan airhorn yang memekak kat stadium,aku mengaku aku tak pernah pergi stadium tengok bola,tapi dalam tv dah cukup nak cerita semua,hanya bunyi airhorn dan gendang2 je,lagu sorak memang ada,tapi tak kuat,kalah dengan bunyi gendang..
tapi bagi aku lagu tu tak cukup,mereka tidak kembali ke daratan sebenar,mereka menciplak lagu2 dari team2 hebat dari luar negara dan gunakannya,kenapa ultras2 negeri dan negara tidak gunakan lagu tasdisi negeri mereka?yang ada loghat negeri mereka.kenapa peminat MU boleh kekal dengan glory2 man united,liverpool dengan you'll never walk alone tetapi kenapa ultras kedah tidak berdiri dengan lagu biar jasa jadi kenangan?merah kuning untuk selangor dan hobin jang hobin untuk negeri sembilan?kenapa nak guna lagu luar?tak salah sebenarnya,tapi guna yang sudah dicipta dari dulu lagi kerana dia beri kelainan dan ada kekuatan yang lain..
jadi aku harap dorang nyanyi lagu2 sorak yang lama2,dia bukan apa,lagu2 tu semua seronok,kalau nyanyi kat stadium,pemain mesti suka,tak kan nak nyanyi lagu "ole ole ole" je?sampai bila?buat perubahan,untuk keseronokan..
ok,jumpa lagi,selamanya merah kuning dan harimau malaya :D
lagu hari ini - biar jasa jadi kenangan,lagu sorak kedah,aku dah tersuka lagu ni,haha,aku suka gak kedah ni,boleh tahan gak teamnya,aku sokong bila dia lawan kelantan,hehe..fans kelate,jangan marah,semngat kesukanan ya :)
p/s : aku nak lari,untuk duniaku,doakan aku berjaya :')
ikut twitter aku : nazreen izahar
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.