assalammualaikum dan hai semua :)
ha!harini semua orang kecoh pasal esok keputusan PMR 2011 akan dikeluarkan,rasakanlah korang..hoho,rasalah apa yang aku rasa sehari sebelum ambil result,cuak macam nak apa..
baiklah,aku cerita secara kronologi masa aku nak ambil result,bagi bukan pelajar SMK Seri Tasik,anda mungkin akan rasa susah nak faham cerita ni sebab ada diselitkan nama2 individu yang warga seri tasik je kenal..
baiklah,alkisah~
bermula pada suatu hari,sehari sebelum keputusan PMR 2010 diumumkan,aku dalam keadaan cuak semacam,pada waktu tu,aku hanya mengharap aku akan dapat 6a kerana aku pasti aku tak akan dapat semua A kerana aku sedar potensi aku waktu itu,tapi pada waktu itu juga,andai aku tidak dapat 6a,aku hanya berharap,aku dapat keputusan yang memuaskan semua pihak terutama ibu bapa serta guru2 aku..
pagi itu,sekitar pukul 9 aku tiba disekolah,aku bersama ibu aku,aku pada waktu itu berpakaian uniform sekolah kerana rakan2 ku yang lain telah berpakat bersama2 untuk pakai uniform sekolah walaupun waktu itu pelajar dibenarkan untuk berpakaian bebas..
sampai dekat dewan terbilang,aku dan yang lain beratur ikut kelas untuk ambil result,aku di barisan 3 Arif waktu itu,classmate aku yang perempuan dah ambil,lalu classmate aku nama muazzam jadi lelaki kelas 3 arif pertama yang ambil result,lepas dia ambil,dia cakap dekat aku "yin,pergilah ambil",lalu aku pergi dengan kadar cuak gila2,aku pun memberi salam dekat ustazah tasnim,guru kelasku waktu itu,aku berkata "ustazah,saya nak ambil result saya",lepas tu dia pun bagi dengan ucapan "tahniah ya nazreen" sambil senyuman terukir,aku pun tengok perlahan2 dekat slip keputusan aku tu,dan hasilnya :
BAHASA MELAYU A
BAHASA INGGERIS A
MATHEMATICS C
SCIENCE C
SEJARAH A
GEOGRAFI B
KHB-PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWAN B
PENDIDIKAN ISLAM A
lepas aku tengok tu,aku hanya mampu ucap syukur dan senyum kerana aku dapat keputusan yang elok,aku dapatkan ibu ku lalu memeluknya kerana aku berjaya buat dia gembira walaupun keputusan tu sebenarnya tidak cukup hebat untuk membuat dia girang bukan kepalang,tapi asalkan semua gembira :D
aku lepas tu bagitahu ayah dan kakakku,semua happy,begitu juga dengan kawan2 aku yang rata keputusan hampir sama dengan aku,cuma mereka agak terkejut bila aku dapat BI "A" masa tu,aku pun terkejut juga,lagipun dorang masa tu ramai yang dapat "B",tak apa,rezeki masing2..
jadi,tamatlah kisah PMR 2010 aku,aku tak cerita semua kerana part2 yang lain telah ditapis oleh lembaga penapisan filem malaysia..hehe
baiklah,bagi calon PMR 2011,aku doakan korang semua dapat result yang setimpal dengan usaha korang tau,semoga berjaya..eh,jangan lupa,ada poll kat tepi,undi tau!
baiklah,jumpa lagi! :D
lagu hari ini : wreckin' bar (ra ra ra) - the vaccines,lagu ni aku suka tapi dia pendek gila,seminit lebih je,aku jumpa lagu ni dekat FIFA12,memang best lah,pretty girl wreckin bar ra ra ra ra :D
p/s : kepada "dia",semoga awak dapat keputusan yang elok,untuk masa depan awak,andai tak cantik result tu,tak apa SPM akan ubat result tu :')
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.