assalammualaikum dan hai semua :)
semalam,hari terakhir bulan november,aku telah berjaya melaksanakan impian untuk membuat batu lonjakan,i'm faced a real court tennis yesterday! :D
aku dan beberapa kawanku yang lain,telah ke gelanggang tenis dbkl kat titiwangsa dan main kat sana,aku bayar rm 10 je untuk 2 jam (rm 5 sejam),tapi aku dan geng aku dok bantai main sampai 2 jam lebih,akak yang jaga tu tak bising pun..haha
walaupun main bawah panas terik (nyesal aku tak bawa topi sekali),tapi aku dan yang lain have fun,seronok walaupun semua bukanlah jagoan dalam tenis ni,tapi aku masih lagi di depan mereka yang lain..hoho (berlagak jap)
jadi,akhirnya,aku dapat main kat gelanggang sebenar,berhadapan jaring dia yang tinggi,mula2 aku tak yakin yang servis aku lepas,tapi akhrinya lepas gak,walaupun perlahan..aku nak laju!
selepas dah ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebenar,aku dah sedia untuk menjadi pemain tenis professional,tapi lepas SPM la..hehe,aku harap ada la coach yang sudi turunkan ilmu dia kat aku,serius,aku memang sudah jatuh hati dengan sukan ni,tak pernah aku rasai perasaan ni sebelum ni dengan sukan lain,aku pemain bola keranjang sekolah tapi tak pernah terasa nak jadi NBA star,tapi aku suka main bola,tapi aku tak sehebat yang lain untuk main bola di tahap yang lebih tinggi..
jadi,aku harap lepas ni,aku boleh la jadi rafael nadal malaysia..hihi
baiklah,jumpa lagi :)
lagu hari ini : goran ivanisevic vs patrick rafter,wimbledon 2001 final - bukan lagu lagi,tapi video,orang yang asyik servis ni juara dia,dia kidal macam aku,dia ukir sejarah sebagai satu2nya pemain wild card yang sampai ke wimbledon final dan menjadi pemain yang menang grand slam pada rankingnya di nombor 125 dunia..
p/s : aku masih rindukan dia,aku sayang dia :)
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.