assalammualaikum dan hai semua :)
ha,selepas lepaskan geram semalam,harini kita kembali kepada asal,cerita lagi la,pasal diriku ini..
baiklah,harini aku nak cerita pasal pelan untuk 2012,yang perkataan "belanjawan" tu saja2 je nak kasi gempak sikit,hihih..
nampaknya,2012 adalah tahun terakhir aku di seri tasik,aku akan jadi senior dan aku akan ambil SPM,wow!!cuak gila~,tapi dengan pelan yang aku buat dan rangkakan ni,harap ia berjalan seperti yang dirancang..
baiklah,pelan aku,untuk pra-2012,barang2 sekolah seperti buku telah aku beli kecuali buku latih tubi,baju sekolah tak beli kerana besar,rasanya untuk baki 5 tahun lagi pun aku masih mampu nak pakai,cuma aku nak gantikan tanda namaku yang agak usang dengan yang baru,dan nak beli baju melayu untuk dipakai pada hari jumaat walaupun tak wajib,serta nak beli kasut gantian sekiranya kasut utama aku buat hal,dan tinggal alat tulis je lagi yang belum dibeli,cadang nak beli bila keluar dengan kawan2 nanti,harap dapat laksanakan..
untuk 2012,aku akan dapatkan tempat untuk program skor A,senang sikit tak perlu masuk kelas kat luar,aku akan masuk kelas nadi,untuk kelas luar,aku akan cuba ambil juga walaupun hati agak tak rela,ini kerana ia berkait dengan masa depan aku,jadi kenalah masuk juga..
yang lain,aku nak kekalkan tempat aku dalam skuad bola keranjang sekolah walaupun aku merasa aku sudah semakin jauh dengan sukan tu,tapi sukan tu je yang boleh bagi aku tiket "wakil sekolah",aku dah lama tak berlatih,nanti kena turun main balik,aduhai..
tak tinggal,aku tak mahu bersara sebagai ketua pengawas dengan kadar "ketua yang teruk",aku akan cuba untuk menjadikan badan pengawas sekolah zaman aku adalah yang terbaik berbanding zaman2 ketua yang lepas2,jadi aku harap anak2 buah aku bagi la sokongan dekat aku,korang tak boleh buat kerja tanpa aku,aku pun tak boleh buat kerja tanpa korang gak :)
dan yang terkhir kot,lepas SPM aku nak kerja,yang biasa2 cukup la,janji dapat duit sikit dan pengalaman,time tu juga aku nak ambil lesen,tahun ni tak dapat sebab mak aku tak bagi dulu,dan yang terakhir kot,haha,aku nak masuk kelas tenis,aku merasa aku mahu jadi pemain tenis tetap atau professional,pergi jelajah dunia,jadi aku akan minta bapa aku carikan cikgu tenis untuk ajar aku,hihi..
hmm..dengan apa yang aku rancang ni,aku harap 2012 adalah tahun yang gemilang buat aku,bukan takat akedemik,tetapi dalam segala aspek,kerana aku ingin jadi all-rounder person walaupun aku tahun aku tidak sempurna.. :)
baiklah,jumpa lagi :)
lagu hari ini : setanggi syurga - In-Team,masa aku post blog ni,aku dalam keadaan tidak keruan,jadi aku suka dengar lagu ni bila ada masalah,lagu ni memang best,tenang,aku suka dengar lagu ni bila happy dan sedih,lagu nasyid memang antara genre muzik yang aku suka,tapi sayang genre ni makin tenggelam dek arus muzik yang lain,tapi aku berharap genre ni akan kembali bermaharajalela satu hari nanti dan ia sedang berlaku sekarang walau ia agak perlahan.. :)
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.