Thursday, April 10, 2014

Jauhi Aku.

assalammualaikum dan hai semua.

kini, rasa menulis kembali lagi.


Jauhi Aku.

semakin hari semakin lama,
semaki banyak khilaf aku lakukan,
sedangkan kau sudah tidak tahan,
dengan apa yang aku lakukan.

dan aku tersentak dari lamunan,
yang khilaf ini semakin membebankan,
aku dan juga di teman,
nampak gaya perlu diadakan satu tindakan.

dan aku temui satu jalan,
jalan yang dirasakan berkesan,
untuk akhiri kesakitan,
yang lama diciptakan.

aku mula rasa diri ini tidak seperti yang diidamkan,
lalu aku membuat keputusan,
kembali pada jalan,
jalan yang benarnya tiada tandingan.

aku rasa sayang pada kau,
tapi ada garisan yang halang sayang aku pada kau,
garisan ketakutan,
yang memedihkan.

aku jauh bukan kerana benci,
tapi takut kau disakiti lagi,
rasa benci tak pernah hadir walau sekali,
kepada kau sang puteri.

aku dan kau dipisahkan oleh garisan,
garisan ketakutan,
kau rapat sungguh dengan garisan itu,
dengan alasan tidak mahu jauh dari aku,
tapi aku semakin jauh dari garisan itu,
kerana takutkan kau terus sakit,
sikit demi sikit aku berundur,
walaupun aku tidak rela,
undur dengan airmata,
dengan harapkan masih ada harapan,
aku mampu bergerak ke depan,
menghancurkan garisan ketakutan itu,
dan kembali bersama.

namun berbalik pada realiti,
kau di sempadan garisan,
aku semakin undur jauh dari garisan,
dari jauh aku jeritkan,.

"jauhi aku,
aku tidak seperti yang kau sangkakan."

baiklah,jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.