assalammualaikum dan hai semua.
dan kini,telah terjadi satu tragedi dalam hidup ku.dan kini aku terpaksa telan cuka yang aku cipta sendiri.
Biarpun Aku Redha.
hari yang indah sudahpun bermula,
aku dan engkau pergi melihat dunia bersama,
berjalan bersama,
melihat keindahan dunia,
sambil dengan hasrat,
ingin mengubah landskap hubungan,
namun dalam kala suka,
terdetik satu petir,
yang mendentum,
perasaan dikau,
dan panahan itu,
memusnahkan rasa dan perasaan,
yang selama ini ditanam.
Kirana yang aku damba sejak 2 tahun lepas,
secara tiba hilang perasaan,
terhadap aku,
namun aku sedar,
ia berpunca dari aku,
aku sedar segala silap aku,
dan kini aku menyesal.
dan kini,
aku perlu redha,
yang kini,
aku telah kehilangan,
rasa sayang,
rindu,
perlunya aku,
terhadap engkau.
ingin sekali aku katakan,
perasaan itu tidak pernah aku minta ia datang,
tetapi ia datang secara sendiri,
aku luahkan kerana aku ingin buang jauh rasa itu,
agar aku ingin terus bersamamu.
biarpun aku redha,
hatiku tetap menanti,
agar engkau kembali,
biarpun aku redha,
aku tetap mengharapkan,
harapan dan impian,
menjadi kenyataan.
biarpun aku redha.
baiklah,jumpa lagi.
p/s : maafkan aku.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.