Sunday, November 24, 2013

HC : Satu Penghormatan.

assalammualaikum dan hai semua :)

haa sudah lama aku tidak menulis,aku saja biarkan kerana aku malas.haha

alhamdulillah,aku akhirnya menyambung pelajaran di satu institusi yang tertua barangkali di malaysia.iaitu universiti pendidikan sultan idris.aku memilih bahasa inggeris sebagai pilihan dalam pengajian diploma kali ini.ahh bukan itu aku nak cerita,aku nak cerita mengenai satu komuniti,komuniti yang amat kuat assbiahnya,bukan kerana ingin mememcil diri dari orang lain,tapi kerana ingin menjaga rapi ahli2 nya dari dicela oleh orang lain.nama komuniti itu adalaaaaaahhhhhh HC ataupun HanCock.

HC ini jika diikutkan (kalau tak silap lah) ditubuhkan secara rasmi pada lewat 2010 dimana waktu itu malaysia sedang gasak menjuarai piala AFF.dengan ketua umumnya ada lah khairul ataupun keyo,farizal atau jaa hadir dari belakang sebagai naib ketua.dan yang lain2 lagi sebagai orang2 besar dan seterusnya ahli2 kecil yang lain.aku dikira ahli kecil saja tidak seperti rakan2 yang berpengkalan di penara dimana HC itu wujud.

manakala PBSHC iaitu pasukan bola sepak fantasi wujud pada 2011 dimana aku menjadi teraju utama dalam membikin segala aspek PBSHC,dari baju,stadium,skuad dan sebagai nya.untuk rekod PBSHC mempunyai rekod yang sangat hebat.oleh kerana hebat itulah aku selalu berangan,aku ingin wujudkan PBSHC yang nyata yang bersaing di liga tempatan.namun angan itu tak pernah aku beritahu kepada sesiapa.fuhhh sedih..

kadang kala,HC juga pernah terlibat dengan siri2 di mana daulat HC itu perlu di tegak kan,terlalu banyak dan aku tidak mahu sentuh perkara itu.cuma aku ingin jelas kan di sini,HC mempunyai satu semangat setia kawan yang sangat kuat,demi menjaga ahli2nya.aku pernah merasakan yang bayang aku tidak disedari mereka sampai satu masa aku diuji (kes ni tak lama baru je jadi) dan ahli2 HC datang menyelamatkan aku dimana pada waktu itu aku tidak boleh beraksi kerana internet tak ada (sedih betul).namun pada waktu itu aku merasakan yang hadir aku dihargai juga dalam komuniti ini.terima kasih farizal,mawardi,izzery dan yang lain2 dari komuniti HC yang melawan balik demi aku.jasamu dikenang. :)

dan kini,masanya sudah tiba,zaman sudah berubah,majoriti warga HC sudah keluar dari KL untuk membawa diri menyambung pelajaran,paling jauh setakat ini najib (perlis),dan yang lain2 ada di perak,negeri sembilan dan segelintir terus di kuala lumpur mengambil STPM.aku rasakan ini waktu yang getir kerana komuniti ini tidak pernah berpisah untuk tempoh yang lama.tidak mengapa,kita beruntung hidup dizaman moden masih boleh berhubung dengan mudah tanpa gangguan

jadi waktu ini,kepada semua warga HC,aku ucapkan kepada diri aku dan kalian semua,semoga berjaya di IPT masing2.diharap kita sama berjaya menjadi manusia yang dingin oleh diri kita sendiri.ayuh HC,berjuang!

baiklah,jumpa lagi! :D

p/s : aku boleh kira ini adalah waktu dimana HC berada di bawah,semuanya pergi mencari kejayaan masing2 dan pada waktunya akan kembali bersatu untuk memacu HC lebih tinggi daripada tinggi yang mereka duduki sekarang.insyaallah.

Friday, October 4, 2013

Rindu.

assalammualaikum dan hai semua :)

nampaknya,
jiwa ini semakin serasi,
dengan apa yang dilakukan sekarang,
diharap jangan dihalang.

Rindu.

rindu,
semakin berakar umbi,
yang ku rasai,
saat aku tinggalkan tempat ini.

rindu,
aku amat rindu,
waktu itu,
aku sedang menanti,
waktu akhir tahun,
tapi dikala menanti waktu itu,
fikiran ku disentap,
aku dibawa ke waktu dahulu,
yang selalu membuatkan aku,
rindu terkedu diam membisu,
menangis dalam hati.

aku rindu,
aku amat rindu,
waktu aku segak berseragam biru,
bersama gelap seluar hitam,
aku amat rindu,
waktu aku digelar PPU,
aku amat rindu,
waktu dimana,
setiap pagi aku akan bersemuka,
dengan bala tenteraku,
memberi kata kata,
sebelum mereka melakukan gerak kerja.

aku rindu,
waktu dimana aku dan teman teman berbahagia,
walaupun tekanan peperiksaan itu ada dimana mana,
namun tetap diharungi bersama,
dengan penuh senyuman,
kami komuniti kecil,
sangat bahagia,
walaupun kadang kala asyik ada masam muka,
namun ukhwah itu tetap kuat,
tetap padu.

ahh rindu menjadi pengawas,
rindu sama zaman PPUku.

itu saja kali ini,
baiklah,jumpa lagi!

Friday, September 27, 2013

Wajah.

assalammualaikum dan hai semua :)

tulisan ini mengenai diri,
kerana diri akan hadapi,
satu titik tolak,
yang akan mengubah dunia.

Wajah.

wajah,
wajah ini,
menyorok ekspresi yang gundah,
dilapik dengan ekspresi indah,
untuk menjadi pemudah,
kepada yang melihat,
agar mereka berpendapat,
aku ni jauh dari masalah.

wajah,
wajah ini,
menyorokkan semua masalah,
rasa gelisah,
rasa ketidakpastiaan.
dengan apa yang aku buat.

wajah,
wajah ini,
menyorokkan segala kebutaan,
kebutaan dalam melakukan segala tindakan,
aku tidak pasti apa yang aku buat.
Ya Allah.

Ya Rabb,
semoga selepas ini,
wajah yang ku tampil ini,
adalah yang yang asli,
asli kepada hati,
agar tidak perlu lagi,
wajah berkata gembiralah,
sedangkan hati sedang berduka lara.

itu saja kali ini.

baiklah,jumpa lagi!

Monday, September 9, 2013

PES2014 : kebangkitan yang dicantas

assalammualaikum dan hai semua!

setelah dua kali menulis puisi,kini kembali untuk ulasan mengenai permainan video yang aku memang gilakan sejak zaman berzaman.PES.

Pro Evolution Soccer 2014 :

kini,siri PES kembali lagi,dengan lebih mantap dan sentap.namun disebalik kemantapan ini ada unsur2 yang membuatkan PES2014 akan nampak cacat.cacat yang sudah biasa mereka ada.

ENJIN :

umum telah menegetahui PES2014 akan menggunakan enjin musang (fox engine).enjin ini digunakan untuk siri PES setelah menyaksikan kejayaan enjin ini dalam siri metal gear solid.enjin ini menampakkan kesannya yang begitu baik apabila pengiraan semula dari segi terikan matahari,kesan pada tarikan apabila baju ditarik,kesan kotoran bila terjatuh dan paling penting adalah muka.secara keseluruhannya,enjin fox ini sangat menarik dan membawa PES ke satu tahap yang lebih tinggi.untuk pengetahuan,enjin ini adalah untuk versi "current-gen" dan bukan "next-gen" seperti enjin ingnite yang EA buat untuk FIFA 14.hasil dari enjin fox ini,muka pemain2 dalam PES lebih mantap dan lebih padu.cuma muka CR7 nampak macam gemuk je aku tengok ke aku yang rabun?dan hasil enjin fox juga,baju pemain2 seolah2 menjadi besar saling tak tumpah ketika PES2010.namun ia hanya merencatkan sedikit sahaja,keseluruhannya padu.

PERGERAKAN PERMAINAN :

untuk pergerakan permainan atau "gameflow/gameplay".aku tidak mencuba lagi jadi aku tidak boleh menyatakan secara mendalam mengenai ini.namun,hasil pemerhatianku pada video2 demo yang dimuatnaik ke laman youtube,semuanya nampak terbaik!kerana anda perlu bermain banyak kali untuk menang dan perlu dengan cara yang tersendiri.dan kemajuan yang paling diminta selama ini adalah "manual crossing" seperti dalam FIFA.ya kita memang ada hantaran lintang secara manual dengan menekan butang L2.namun kali ini kita boleh tekan bulat sahaja tanpa L2,ya benar kawalan manual L2 tu masih ada tapi kali ini sudah dipermudahkan.dan pada sudut yang lain,mod liga kini kembali!aku sangat suka yang ini,serta mod "become a legend" diperbesarkan dengan kita boleh menjadi penjaga gol serta di bahagian "master league" kita boleh memimpin kelab dan negara serentak.

PERLESENAN :

seperti yang aku tulis pada tajuk entri kali ini.dan ini lah dia kebangkitan yang dicantas yang aku maksudkan.seperti biasa setiap tahun,PES tidak akan mendapat hak penuh untuk EPL hanya manchester united sahaja yang berlesen,yang lain tidak dek kerana EA telah membayar harga tinggi kepada EPL dan kelab2 di EPL begitu juga dengan bundesliga kerana PES hanya berjaya mendapatkan lesen untuk bayern munich,schalke 04 dan bayer leverkusen.dan yang paling mengejutkan adalah kehilangan hak stadium untuk SEMUA stadium la liga dek kerana perjanjian liga dan kelab sepanyol dengan EA.pada PES2013 kita dapat bermain di 20 stadium la liga dan untuk kali ini TIADA satu pun stadium la liga untuk edisi 2014.dalam pada itu Serie A serta Ligue 1 dan Eredivisie masih kekal.jadi untuk menampung kehilangan 20 stadium la liga,PES perlu membina banyak "generic stadium" ataupun stadium rekaan kerana untuk 2014 "stadium edit mode" juga dimansuhkan dek kerana perlesenan FIFA.jadi ini adalah satu tamparan hebat buat PES kerana perlu memastikan pemain tidak bermain pada stadium yang sama sahaja.namun dalam pada itu,PES telah mendapatkan hak untuk liga juara2 asia disamping liga juara2 eropah dan amerika selatan.tahniah!nanti ambil sekali AFC Cup,ada selangor.heheh

KELEMAHAN KECIL :

dan kini dibahagian kelemahan kecil,mungkin bagi sesetengah pihak ia tak perlu ambil berat tapi yang kecil ini yang mencantikkan lagi permainannya.antara kelemahan kecil yang perlu diubah ialah :

- fizikal jaring gol : hasil dari pemerhatian demo,kita rembat la kuat mana,jaring tak bergegar seperti dalam dunia sebenar.ini perlu diubah untuk berikan kepuasan kepada pemain.

- sistem audio : sistem audio PES sejak 2008 memang mengecewakan aku,mereka perlu mengubahnya seperti audio mereka pada zaman PS2 ataupun seperti FIFA.sistem audio FIFA memang terbaik,tidak dapat dinafikan.

- pengumum awam : pengumum awam atau "public announcer" ini perlu diubah terutama pada versi inggeris kerana terlalu sopan dan tidak menarik perhatian.sejak 2011 langsung aku tak suka.

- pengadil : pengadil pada edisi PES yang lalu memang teruk,kerana keputusan yang dibuat tidak logik.dan keputusan ketika ofsaid memang tak boleh diterima kadang kala.baik juga sekiranya mereka buat seperti waktu PS2 mereka letakkan nama pada pengadil.rindu kazuki ito dan martin o'brien hahaha

- sorakan : sorakan untuk pasukan tidak berlesen semua sama.jadi perlu dipelbagaikan agar tidak bosan.

- pengulas : sudah tiba masa untuk jon champion dan jim beglin berundur.mungkin ian darke boleh suara dia pun sedap.ataupun jika nak kekalkan jon champion juga kembalikan mark lawrenson kerana suara dia agak kasar berbanding jim beglin yang lembut ayu hahaha.

baiklah itu saja ulasa mengenai PES2014,dah nak keluar dah pun bendanya.semoga PES mengatasi FIFA kali ini walaupun tempang tanpa lesen yang banyak.viva PES!

baiklah,jumpa lagi!

Sunday, September 8, 2013

Jalan Ini.

assalammualaikum dan hai semua :)

aku kembali lagi,
dalam masa yang begitu singkat,
hebat bukan?
kerana aku sedang semangat.

kini hadir lagi,dengan penulisan yang penuh persoalan.seronok pula berbahasa.

Jalan Ini.


jalan ini,
aku masih disini,
di pentas yang sama,
masih dipermulaan.

jalan ini,
masih lagi panjang,
penuh dengan cabang,
dan rintangan yang mendatang.

namun aku,
masih di jalan ini,
di awal permulaan,
sedangkan teman-teman,
sudah jauh di hadapan,
walaupun masih di pentas yang setara,
namun aku jauh ketinggalan.

tapi aku terfikir,
adakah ini pengajaran?
kerana selama ini bersenang,
kini aku terduduk,
jadi aku perlu bangun,
dan terpaksa lalu satu jalan yang panjang,
sedangkan yang lain sudah laju tinggalkan aku dibelakang.

namun aku tidak boleh diam,
kerana ini saja jalannya,
untuk aku kembali,
kembali dari fantasi yang mengaburi,
dan kembali hadapi realiti,
agar fantasi yang selama ini dimimpi,
menjadi realiti.

esok,
adalah penentu,
kepada jalan ini,
adakah aku pilih jalan disana atau disini,
semoga kali ini,
pilihan ku semua merestui,
agar selepas ini,
aku berjaya menikmati,
kejayaan yang selama ini dimimpi.

semoga urusanku dipermudahkan,itu saja untuk kali ini.

baiklah,jumpa lagi!

Wednesday, September 4, 2013

Aku Tahu.

assalammualaikum dan hai semua.

lama aku tidak menaip panjang,kini aku kembali.
aku kembali,kali ini dengan puisi.

Aku Tahu.

aku tahu,
rasa kau terhadapku tidak seperti dahulu,
namun aku masih menaruh,
agar rasa itu kembali padamu.

aku tahu,
aku banyak bersalah denganmu,
sehinggakan kau ingin memenjarakan aku berzaman beribu,
tapi aku sedar akan khilafku,
aku ingin menjadi diriku yang baru.

aku tahu,
walaupun kita hanya terpisah hanya beberapa batu,
namun harap sekali ingin kau tahu,
bahawa setiap malam aku menangis kerana rindukanmu,
sebelum aku beradu.

aku tahu,
hujung tahun kita akan berjauhan beribu batu,
kerana aku pergi menuntut ilmu,
tapi aku bukan sekadar ingin menutut ilmu,
aku ingin mencari diriku yang baharu,
kerana aku ingin menjadi seorang yang mampu,
membuatkan kau tersenyum tanpa jemu.

aku tahu,
mungkin ini peluang terakhir buatku,
untuk membuktikan sesuatu padamu,
tapi aku harap berikan aku peluang itu,
kerana hati aku masih terpaut padamu.

aku tahu,
rasa kau padaku tidak seperti dulu,
namun bagi aku sedikit waktu,
untuk mencuri semula hatimu,
untuk mengubah diriku,
untuk bawa kau ke lembaran baru,
untuk menjadi seorang yang mempunyai sesuatu,
untuk menjadi lelaki yang mampu membuatkan kau senyum tiap waktu,
untuk menjadi lelaki yang terbaik dalam hidupmu,
bukan hidupmu saja,
tapi hidup mereka juga.

maafkan aku kerana terlalu teruk,namun disebalik terukku,aku tetap cinta padamu.
maafkan aku kerana terlalu kompleks,aku cinta padamu.

puisi ini untuk kamu,ya kamu yang menjadi teman hatiku selama ini.

baiklah,jumpa lagi!

Friday, July 19, 2013

Aku Dan Dia

assalammualaikum dan hai semua.

hari ini,sudah 10 ramadhan,1/3 dari fasa ramadhan sudah dilalui.alhamdulillah.


 hari ini,hari yang penuh dengan emosi,jiwa kecamuk.ada saja yang tak kena padaku,ada saja yang salah bagiku.tak apa lah,redha saja.

hari ini,aku ingin tulis.tulis mengenai dia.dia yang aku gelar cinta.kerana diriku sudah lama tidak mahu menulis di ruangan ini,cinta telah terasa hati aku tidak menulis.maaf,aku malu untuk dedahkan siapa yang aku cinta kepada khayalak.tapi kini aku sudah berani,sedikit.

hari ini,jiwa telah kecamuk,kecamuk sangat hebat.sampai hari aku mendung walaupun sekarang sedang cerah.aku sudah tersilap,aku sudah tersilap,aku sudah tersilap.itu saja yang aku mampu kata.

aku tidak tahu,kenapa aku sering begini.aku selalu silap,selalu bukan kadang2,selalu!sampai aku rasa aku tidak berguna buat dia.entah lah..

aku sering tersilap,aku selalu lakukan silap yang sehingga aku rasa aku tidak pernah buat dia bahagia.aku rasa diri aku tidak romantik bijak mengambil hatinya seperti yang lain,aku kadang2 rasa apa yang aku buat kepadanya tidak membuatkan dia kagum kepadaku....

kadang kala,aku merasa yang aku bukan seorang yang bijak membuatkan dia ketawa.bukan apa,kerana setiap kali mereka yang lain berjenaka bersamanya,dia tentu ketawa basah gusinya,tapi apabila aku cuba berbuat sedemikian,sambutannya dingin.kadang2 dia tak ketawa,jarang aku lihat dia gembira kerana jenakaku......

itulah yang aku rasa,sejak lamanya.kadang kala aku rasa aku gagal buat dia gembira,seperti apa yang perempuan sering idamkan.

maafkan aku cinta,aku tidak berniat.maafkan aku cinta,aku cuma tertekan dengan tekanan hidupku.maafkan aku cinta,kerana selalu mengguris.maafkan aku cinta,kerana aku menaip ini sambil mataku basah.

sekian,jumpa lagi.

lagu hari ini : maaf tiada lagu untuk penulisan kali ini.kerana ruang untuk meletakkan lagu mengalami masalah teknikal.

p/s : maaf cinta kerana aku terlalu kompleks,aku cinta padamu.

Sunday, July 14, 2013

Rapuh

assalammualaikum dan hai semua :)

salam ramadhan buat semua.


dah lama aku tak menulis,kali ini aku ingin tulis.bukan apa,aku sudah lama ingin tulis perkara ini,tapi waktu selalu tidak benarkan aku menulisnya.

dan kali ini,aku mengambil keputusan untuk menulis apa saja yang aku mahu di laman ini asalkan jujur dari hati.aku curi sedikit masa untuk mencoret apa yang dirasa,biar semua tahu.

kini aku 18,dugaan hidup memang mencabar.dari pelbagai arah ia datang.tanpa amaran awal ia terus menyerang diri.sampai kadangkala aku berasa aku terlalu lemah.lemah tidak mampu untuk bangun.

namun,aku telah dihantarkan oleh Yang Satu individu2 yang menarik tangan aku semula ke atas untuk bangun dan kuat hadapi dunia.

alhamdulillah,aku kini bahagia bersama si dia yang selalu bersamaku,selalu gembira tapi kadang kala bercakar juga,tapi itu biasa,untuk matangkan lagi hubungan walaupun aku ini agak kebudak budakan,dia masih lagi terima.terima kasih cinta.

kali ini,aku lagi dekat dengan rakan2 ku,dulu terpisah kerana kelas berasingan,kali ini dalam satu bumbung.selalu bersama membuat pelbagai aktiviti termasuk belajar.kami meningkat dewasa,kesedaran untuk maju dalam akedemik semakin menebal,alhamdulillah.kerana ujian dihadapan ini perlu dihadapi dengan diri yang sudah siap siaga.

aku kini dari SPM ke STPM,semua risaukan aku kerana ambil jalan sukar.ya aku tahu,aku perlukan usaha kuat untuk maju ke menara gading.ya berita terbaharu mengatakan aku perlu keputusan yang mantap untuk ke sana.walaupun berita ini aku dapat pada minit akhir sebelum berbuka dan itu membuatkan aku rasa terjatuh,aku perlu postifkan diri aku,sampai bila aku perlu negatif?

hmm,penulisan ini ditulis dikala aku sedang rapuh,teramat rapuh.aku perlu semangat.aku perlu motivasi.dan ya aku perlukan itu,aku perlukan doa.

sampai disini saja cerita kali ini,jumpa lagi :')

lagu hari ini : rapuh - pesawat,lagu rasmi filem KIL.sangat sesuai dengan keadaan ku sekarang,aku terlalu ikutkan mimpi anganku yang indah sehingga aku lupa realiti yang begitu sukar.namun,apa saja yang datang aku perlu kuat.aku perlu hadapi,bukan seorang,tetapi bersama yang ada disekelilingku,semoga terus kuat.

p/s : kepada cinta,maaf jika aku terlalu kompleks.aku cinta padamu.

Sunday, May 19, 2013

ahhhh minggu orientasi PPU SMKSP 2013/14

assalammualaikum dah hai semua! :D

ahhhhh setelah lama aku tidak menulis di ruangan diari elektronik ini,aku akhirnya kembali kerana dah lama tak tulis blog.hahaha

baiklah,setelah menjangkau usia 18 tahun ini,pelbagai pancaroba aku terpaksa harungi,pelbagai masalah dari pelbagai sudut hadir menyerangku yang lemah ni.tetapi sikit demi sikit aku cuba lalu walaupun kadang kala rasa ingin putus asa itu ada,tapi dengan doa sahaja menjadi perisai supaya aku tidak mudah jatuh.semoga aku dah kalian semua tabah hadapi masalah masing2.

ahhhh sudah dengan layan perasaan,haha mari ke tajuk sebenar.pada 8 mei 2013 bersamaan hari rabu,aku dengan rasminya telah melapor diri sebagai pelajar PPU di SMK Seri Permaisuri,tak jauh pun dengan SMK Seri Tasik ternama~ aku tu.PPU adalah singkatan kepada program pra-universiti ataupun tingkatan 6.jadi ia setaraf dengan prgram matrikulasi atau asasi ataupun foundation.banyak yang salah anggap pasal tingkatan 6 atau PPU ni,aku naik lemah nak terangkan pasal PPU ni dekat mereka yang masih jahil pasal PPU ni.

jadi,selaras dengan tempoh pengajian PPU itu sendiri iaitu 1 tahun setengah,orientasi dia pun 1 minggu setengah.lebih kurang je.hahaha banyak benda yang aku belajar antaranya pengenalan subjek2nya.taklimat disiplin paling mengantuk,bukan apa sebab dah selalu dengar je.heeh jangan marah cikgu khai.

dan antara aktiviti lain tak lain adalah aktiviti untuk menghapuskan ukhwah assabiah antara PPU atas dan PPU bawah.pelbagai acara di buat,ada pelajar PPU atas ni memang aku dah kenal dari dulu,ada yang tak.jadi aku tak tegur sangat dorang,segan la dah la kat tempat baru.haha banyak permainan yang best lagi2 main tarik2 kertas tu.pertembungan keyo dan faizul sungguh heavyweight tak ubah seperti el clasico di sepanyol.hahaha

tapi yang paling aku frust apa bila kata nak main futsal...tapi main benda lain,nasib baik team aku power,hidup capang!hahaha kalau ada futsal baru nak ole si zul.hahaah dan acara yang paling hebat adalah persembahan dikir barat untuk hari guru.menurut manuskrip asal,aku adalah tukang karutnya.tapi masa latihan terserlah kegugupanku untuk berada di atas pentas.ya lah selama ni aku atas pentas berucap,ni nak kena nyanyi.haha akibat aku takut aku pengsan atas pentas atau tercakap lighat jerman.aku bagi akak PPU atas yang ganti tempat aku.overall semuannya best walaupun agak kelakar,kredit kepada khairul dengan gerak dikir yang percaya sehingga abe PPU atas percaya keyo pergi khusus dikir.hahaha!!

hahah jadi pada esok,semuanya akan bermula,dengan cabaran baru yang lebih mencabar.aku juga dipilih sebagai pengawas percubaan,tapi tak mahu jadi ketua lagi,sudah penat dengan seksa dahulu masa di seri tasik.aku pilih PPU bawah 1,kelas yang belajar sejarah,pengajian am,bahasa melayu,ekonomi dan MUET.diharap semuanya berjalan lancar,insyaallah.

baiklah,sampai sini saja tulisan ku kali ini,ada rezeki kita jumpa lagi.

baiklah,jumpa lagi! :D

lagu hari ini : terima kasih - iamneeta,lagu yang seirng diputar pada minggu orientasi,disamping lagu laskar pelangi dan pelbagai lagi.diharap kali ini tiada lagi zaman gelap dalam akedemik ku,aku merayu. :'(

p/s : esok aku mula kuliah,insyaallah.dengan nama allah,kita mulakan.

Monday, April 8, 2013

Dimensi Baharu

assalammualaikum dah hai semua! :D

baiklah,setelah sekian lama aku mendiamkan diri,aku kembali lagi menulis di kancah ini.sekarang musim pilihan raya,semua bendera parti politik yang bertanding ada dimana2 menghiburkan diri aku sepanjang aku berjalan atau menaiki kenderaan,kepada rakyat malaysia yang layak mengundi,tunaikan kewajiban anda sebaik mungkin,pilihalah pemimpin yang terbaik,ingat undi adalah rahsia! :D

haa cukuplah dengan iklan pilihan raya,aku nak cerita pasal aku.seperti yang semua yang rajin layan blog aku,aku adalah calon SPM tahun lepas.jadi,tahun ni aku dapat keputusannya,tidaklah cemerlang mana,hanya 3A saja.bahasa melayu,sejarah dan agama islam.syukur jua untuk diriku,mungkin ada hikmah kenapa aku dapat 3A sahaja,jadi aku dah mohon UPU,aku pilih undang2,sains kemanusiaan,bahasa inggeris dan adalah lagi aku dah lupa!hahahah :D

baiklah,aku tahu aku tidak la sehebat teman2 aku yang cemerlang,tapi aku sudah sorotkan disini sejak sekian lama.aku bukannya gemilang dalam saingan akedemik,aku memang lemah.tapi di satu2 tempat aku amat gemilang.aku mungkin hebat dalam melompat atau pun pandai menangkap ayam,tapi budak 9A tak macam aku kot.hehe

jadi,untuk 2013,aku sudah 18 tahun,cabaran aku amatlah sukar,sejak 1 januari aku terseksa.terseksa kerana aku lemah hadapi semua ini.tahun ini juga banyak situasi yang ajar aku untuk menjadi matang,menajdi seorang yang lebih baik dari sebelum ini.walaupun agak sukar,tapi aku cuba tangani sebaik mungkin.

tahun ini juga emosi aku banyak diuji.aku kadang2 sampai tidak mampu kawal apa yang aku rasa,aku tidak dapat kawal diriku untuk sentiasa rasional,entah la mungkin kerana terlalu banyak dugaan datang serentak.tapi aku akan kuat!kuat kuat kuat!yeah yeah~~

tapi tak apa lah,aku biarkan saja.banyak lagi yang aku mahu cerita,tapi biarkan di dalam hati.hanya yang tertentu saja tahu apa yang aku rasa.

baiklah!jumpa lagi!

lagu hari ini : rembau most wanted - W.A.R.I.S,lagu ini ada rupa yang ajar kita untuk tidak putus asa dalam hidup walaupun kita datang dari pelbagai rencah latar belakang.aku bukan orang N9 tapi aku kesian N9 tak menang satu perlawanan pun dalam liga super.aku suka lagi ni,lagu loghat memang power!!

p/s : aku sentiasa harap hari2 esok ku serta masa depan ku bersinar gemilang bersama semua yang ku sayang.amin.

Tuesday, February 19, 2013

Aku Kembali untuk sekian lamanya!!

asssalammualaikum dan hai semua :)

akhirnya aku kembali semua ke gelanggang penulisan diari elektronik setelah sekian lama hilang.bukan kerana kerja ataupun sibuk dengan satu2 benda.tetapi kerana aku MALAS!HAHAHAHA

ikutkan hati,banyak saja cerita yang ingin aku kongsikan.dari yang peribadi sehingga ke yang mengenai perihal bola sepak,politik dan segalanya.tapi aku terlalu MALAS kerana setiap kali tulis yang serius itu pasti panjang segala.argh!

jadi,aku ambil keputusan untuk kembali tulis ini kerana aku bosan,sebenarnya aku agak bosan sepanjang tunggu keputusan SPM aku keluar.aku tidak kerja,aku kerja hanya bila perlu sahaja.selebihnya aku bermain bola,aku duduk di rumah online,jadi pengurus cemerlang serta jadi penyanyi hebat.hehehe

jadi sementara menunggu "dia" pulang dari sekolah.baik aku tuli blog.eh2 "dia"??hahaha ok kini aku sudah ada topik untuk dikatakan dalam penulisan kali ini.

ya,"dia" bukan lagi "dia" yang dulu yang aku sering ceritakan di blog aku ini.ini "dia" yang baharu.yang tahu akan perasaan aku.tahu untuk menjaga aku,dapat mengesan sama ada aku sedang duka ataupun suka.itu lah "dia".

untuk rekod,aku dan dia belum lama lagi,baru beberapa purnama sahaja.pada asalnya,aku agak teragak2 kerana aku dan dia agak jauh,3 tahun jurang antara kami.kadang2 aku rasa kenapa aku dan dia terlalu jauh,aku kurang selesa dengan jurang itu.tapi aku fikirkan semula,tak apa lah dengan 3 tahun tu,zaman sekolah je rasa jauh,nanti dah besar ok la tu.

ya,biasalah orang kalau tengah bersama,mesti saja ada masalah,kadang2 bergaduh besar,aku juga begitu.tapi aku ajak dia berbincang,ya kadang penuh emosi juga,tapi harap lepas ni tiada lagi,ya lah dia nak periksa tahun ni,dengan tugas pengawas dia lagi.aku harap dia baik2 saja.

hmm..aku harap lepas ni,aku dan dia terus gembira,kalau ada masalah pun dapat diatasi bersama dengan baik.aku harap aku akan terus bersamanya,ikutkan hati ingin selamanya,tapi aku dan dia tak tahu apa yang berlaku lepas ni.tapi aku tetap berharap yang aku dan dia bersama bahagia...selamanya.

hmm rasanya sudah la,banyak dah rasanya aku tulis,cuma aku berharapa pada diri aku yang aku tidak kecewakan dia,kerana dia tak pernah kecewakan aku.dia berjaya tawan hati aku,jadi aku perlu hargai dia,hargai sebaik mungkin. :')

baiklah,jumpa lagi.

lagu hari ini : lagu - bedroom sanctuary,ini adalah lagu rasmi.lagu rasmi antara aku dan dia.dua baris pertama lagu ni sudah cukup terang yang aku perlukan dia kerana aku kadang2 hari2 aku kosong kerana dia terlalu sibuk dengan tugas harianya.aku harap dia tak biarkan aku.

p/s : i love you cinta.

Tuesday, December 18, 2012

SMK Seri Tasik : 2008-2012

assalammualaikum dan hai semua! :D

maaflah sudah lama menyorokkan diri,kini aku sudah kembali!

haish,malaysia sudah tersingkir dari AFF Suzuki,tak apalah aku tak jangka mereka boleh ke akhir.

kini,matlamat perdanaku adalah hendak menulis mengenai zaman persekolahan menegah ku,mungkin pendek atau panjang,aku cuba beri ringkas dan padat untuk semua tidak bosan bila membacanya.

aku secara rasmi menamatkan zaman persekolahanku pada 6 disember 2012 dengan menakhiri kertas ekonomi asas.tiada sambutan atau jeritan selepas periksa EA tetapi yang tak best adalah kami kena susun dewan,menurut cikgu itu adalah "bantuan" terakhir kami.hahaha memang hebat cikgu,tahniah!

baiklah,akanku simpulkan kenangan mengikut tahun,mari kita mula.

2008 :

tahun pertama di seri tasik,pada mulanya aku takut gak,takut kena buli,muekeke,aku agak nerd masa tu,hahaha.aku masuk kelas 1 arif,kelas kedua agak sedih sebab kawan2 aku ramai masuk kelas pertama.bila aku tengok list,budak laki macam tak best je,perempuan apa lagi aku tak kenal semua.tapi lama2 dapat kamcing gak.dan aku rindu dua budak ni,hanafiah dan palvinder,mana la hangpa pergi?lama tak gurau2 meh.

2009 :

tahun kedua,aku masih dikelas yang sama.aku patut dapat ke kelas depan tapi disebabkan aku gagal math,aku tak dapat naik.macam haram tol!kelas aku dapat budak baru,amelia dan ashraf botak.hahaha
amelia yang sering dikaitkan dengan azam memang baik,tapi alih2 dia dah pergi mana ntah.ashraf tu kepala otak dia memang baik punya,kelakar macam nak apa.hahaha tahun '09 ni tak ada apa sangat.biasa je.

2010 :

haaaa tu dia!hahaha tahun PMR,aku mencatat rekod aku pengawas paling nakal dalam kelas aku bersama2 adii.aku masih ingat lagi peristiwa kena pukul dengan ustazah tasnim.dia pukul sebab aku tak siap kerja dia.tapi pukulan seorang guru membawa kesan yang mendalam,aku lepas tu jadi makin baik,tak malas dah,semua kerja dia aku siapkan.haha dan aku ingat lagi aku nangis dalam tandas sebab keputusan mid-year teruk,aku dapat nombor 3,tapi ada gagal.sedih aku kena marah dengan mak masa tu.dalam toilet keyo datang pujuk,tak sempat aku nak tenang dia cakap,"eh aku nak pergi berak jap" hahaha lawak tol!masa trial aku dibanding2kan dengan cikgu sejarah aku dengan kawan aku farid,aku tertekan gila masa tu,sejak dari tu sampai sekarang aku musuh tradisi farid,dah macam real madrid dengan barcelona dah.hehe akhirnya aku dapat juga 4A 2B 2C,aku tak sangka sangat,dan apa yang buat aku macam terer je padahal 4A sebab aku antara 9 orang kot (hehe) calon PMR '10 yang dapat A dalam bahasa inggeris,sekolah aku memang lemah sikit BI,kira aku ni terer la gak walaupun kira2 memang hampeh.hehehe

2011 :

kini,aku berada di satu tahap baru,menengah atas.aku sedih kerana kena masuk kelas akaun padahal tak nak pun,aku nak pindah tapi aku kekal untuk kejar cita2 nak jadi ketua pengawas.yeah masuk kelas akaun,komposisi pelajarnya lain,geng aku semua masuk kelas sains.nak tak nak aku kena bergaul dengan kawan2 baru yang dulu tak rapat sangat.aku geng dengan along,shahrul,ammar ataupun geng naruto (menurut adii),pada permulaan aku bermula sangat baik,aku dapat A woo akaun!hahaha tapi alih2 semua hancur,semua kerana kem peringkat negeri tu!hahaha tak guna kau,apa2 pun aku dapat juga jadi ketua pengawas,walaupun bukan calon pilihan tapi semua cikgu percaya kat aku,tak semua tapi majoriti.

2012 :

akhirnya,ia tiba.tahun terakhir aku di era persekolahan,kelas aku komposisi pelajarnya sekali lagi berubah.masa form 4,amira dengan aisam telah pindah berserta iqbal dan khairil,tapi tahun ni kami dapat zafirah husin!hahah katik kau~hahah yang lagi best bila pelajar kelas aku semuanya 15 laki dan 15 perempuan,jadi kami susun meja ikut macam sekolah agama,laki dan perempuan asing2.bila list pelajar target sekolah dah keluar,aku frust sebab nama aku tak ada,tapi aku fight balik,aku ikut je budak straight A dalam exam ni dari belakang,dan aku mestilah belakang depa 1 tempat.huu memang pandai la depa ni.hahaha dan tahun ni paling banyak masalah,masalah hari usahawan,buka puasa,persembahan graduasi,semuanya ada masalah.aku tak tahu siapa yang salah sama ada aku sebagai orang tengah yang salah ataupun pihak laki atau perempuan,dah macam kahwin je ni.sampai semua luahan perasaan diluahkan dekat ruangan kelas di facebook.akhirnya aku jua yang kecewa kerana niat baik aku disalah ertikan,tapi tidak mengapa semuanya sudah berakhir.aku lega semua bahagia,tapi aku kesia dengan hazim,aku harap dia sihat,bro sorry sebab aku guna tempat kau buat belajar,aku nak duduk depan biar faham.hehe

kesimpulan :

sudahnya,aku kini sudah tamat sekolah.pelbagai warna aku dapat biru,merah,hijau dan sebagainya,begitu juga bentuk,petak bulat,bersegi2 pun ada.aku harap semua kenagan pahit dan manis serta tawar ni aku tak akan lupakan.kini tiada apa lagi,semua pelajar generasi '95 sudahpun bawa haluan sendiri,cabaran sebenar baru nak mula.aku harap aku dapat lalu semua ini.tak lupa aku dapat keputusan yang terbaik untuk SPM ku.hanya pada Allah aku berserah.

baiklah,jumpa lagi! :')

lagu hari ini : muda- hujan,lagu yang ag dan kawan2 5C dia nyanyi masa hari graduasi.memang sesuai untuk situasi ini.aku tak boleh sorok perasaan sedih ni,tapi kita kena terima hakikat yang kini sudah masanya untuk aku dan yang lain ke dunia baru.

p/s : aku cintakan kamu semua generasi '95

Thursday, November 29, 2012

Ultras Malaya

assalammualaikum dan hai semua :)

baiklah,semua dah tahu piala suzuki telah bermula dan kita menjadi tuan rumah bersama thailand.tapi kita tidak bermula baik apabila kita kalah 3-0 di tangan singapura,tapi kita menang balik 4-1 dekat laos.yeah!!

tapi,itu bukan aku nak cakap,aku nak cakap pasal ultras malaya,pasukan sorak paling hebat di malaysia.aku suka mereka sejak suzuki 2010,aku hormat segala tindakan mereka.cuma pada hari lawan singapura..depa salah langkah,mereka terlalu ekstrem dalam mengutuk lawan.dalam hukum berultras,menyanyikan lagu untuk megutuk lawan tidak salah,cuma jangan terlalu teruk sehingga mampu membawa pergaduhan.

pada perlawanan pertama,ultras telah menyorak "singapore anjing".bagi aku itu terlalu kasar.bukan apa,aku memikirkan status kita sebagai tuan rumah,kerana kita tuan rumah kejohanan kita mesti layan dengan baik.ya aku tahu harimau muda dilayan hina dekat liga-s tapi kita dah maki hamun lions xii di liga super itu sudah adil kan?jikalau perlawanan malaysia dengan singapura itu hanya friendly semata2 aku pun tak kisah depa panggil anjing.cuma aku risau lawan indonesi nanti,biasalah derby asean kan,aku harap ultras ada chant mengutuk yang lebih sopan tetapi lebih sentap.yeah!hahaha

jadi keseluruhan,tindakan ultras menganjing singapore macam tu memang tak wajar.buat la time laos,lebih sportmanship.ok next issues,isu ultras tahan bas team malaysia lepas main.haha ramai yang kata tindakan tak wajar,memalukan katanya.bagi aku itu adalah wajar,kalau ultras tak kacau bas tu,RG pasti akan dengan ego nya,sudahlah segala tempelak dari media diperbodohkannya.RG juga sebenarnya betul,dia sedar semua orang risau,jadi dia kena keluarkan statement selamat untuk mepositifkan keadaan.tapi bagus juga,keadaan dah baik,pemain sudah tahu bermain bola semula :D

sudahnya,untuk perlawanan menentang indonesia,safiq and the gang tolong menang,MENANG!!dan penonton di stadium yang dikepalai oleh ultras malaya,kawal diri ya semua,doa untuk kejayaan negara kita juga perlu diiring sekali.

baiklah,jumpa lagi!SELAMANYA HARIMAU MALAYA

lagu hari ini : demi malaysia - ultras malaya,lagu ultras yang paling aku suka,aku nak join depa ni jika ke stadium,tapi lepas SPM katanya,aku 6 disember baru habis.haish :/

p/s : Tanah Tumpahnya Darahku

Wednesday, November 21, 2012

disebalik dugaan..

assalammualaikum dan hai semua :')

hari ini,adalah sehari selepas minggu kedua SPM 2012,hari ini cuti umum di johor kerana hari keputeraan sultan johor,daulat tuanku!

jadi disebabkan cuti,periksa pun tiada,aku terpaksa menanti lebih kurang 5 hari untuk ke kertas seterusnya,iaitu prinsip perakaunan,aku risau sangat pasal akaun ni,aku tak terer sangat pasal ni.haih ;(

minggu ini,minggu terseksa bagi aku,walaupun 3 kertas tetapi aku sungguh sakit,agama,add math dan sains.aku seksa bukan kerana susah,tetapi aku jatuh sakit,apa yang aku jangkakan menjadi realiti.aku jangka aku akan sakit pada hari periksa,dan ia benar,masa periksa agama,waktu kertas 2 sakit aku mula tunjuk belang.aku balik makan ubat dan berharap dapat buat yang terbaik untuk add math.waktu add math demam itu sampai ke kemuncak,aku tak tahan asyik bersin tak berhenti,bising dewan exam sbab aku bersin.kesian depa,dengar cerita pun ada kawan2 aku yang naik selsema sebab aku.maaf ya semua :')

tapi disebalik sakit2 tu,aku dapat senang,aku jawab exam 3 hari ni senang semuanya,seolah semua telah dipermudahkan. :')

lagi2 bila jawab sains,tak tahu la sama ada soalan yang senang ataupun memang ditakdirkan senang.wah best sungguh!

jadi,aku kini tinggal 2 kertas sahaja lagi,rabu depan akaun,khamis minggu depannya ekonomi,jadi aku dah boleh kemas barang dah.buku yang dah tak pakai boleh bagi kepada mereka yang perlukan :)

baiklah,jumpa lagi! :)

lagu hari ini : lagu - bedroom sanctuary,aku pernah dengar lagu ni dalam iklan kat tv3,masa tu aku suka sangat tapi aku tak tahu tajuk2,alih2 lagu ni dapat skor tinggi dalam muzik2 separuh akhir,tapi dia memang berhak,tahniah!

p/s : ustaz follow blog aku,wakaka :P

Saturday, November 17, 2012

Aku : Antara Impian dan Hakikat

assalammualaikum dan hai semua! :D

yeah2,aku lagi 2 hari sahaja lagi untuk menghadapi minggu kedua SPM.ada tiga subjek minggu ni,agama add math dan sains.oh man..harap boleh aku buat elok2.hehe

baiklah,aku hari ini ingin berceritam mengenai apa yang aku impikan dahulu,kemudian ia hilang,namun ia kembali.bukan mengenai si dia atau apa2,ia mengenai antara punca aku tidak mempunyai teman istimewa,iaitu bola sepak.

jika nak diikutkan,aku amat mencintai sukan ini sejak berzaman lamanya,sehinggakan aku dapat bermain di pelbagai posisi,tapi bukanlah semua.lagi2 sayap,aku ni tak kuat lari sejak azali.

kalau tahun lepas,aku secara tiba2 aku minat dengan tenis,namun ia berkurang sudah.rasa terhadap bola itu sudah mula kembali.membuak2 pula tu.

sebab lain,aku tengok sepupu aku kini sudah bermain untuk universiti masing2,sangat seronok melihat mereka ada pasukan sendiri,jersi sendiri bernama mereka.kemudian,bila aku hantar kakak aku pulang ke universiti hujung minngu,mesti ada perlawanan bola sedang berlangsung.wah seronok betul.

terbaru,aku dapat tahu pasukan selangor dan kl membuat uji bakat mencari pemain untuk skuad piala presiden mereka,aku ingin pergi tetapi aku matikan niat itu kerana aku sedang menjalani SPM,aku rasa aku masuk tahun depan,bila mereka buat lagi sekali ujian itu.itupun kalau ada.

itu hanya impian,hakikatnya adalah..apabila aku perlu berpijak di bumi nyata.hakikatnya,aku bukanlah pemain yang bagus,aku tiada skil untuk buat kuisan yang pelbagai,aku tiada larian yang pantas,aku tidak punya tenaga yang cukup.aku cuma ada kemahiran menghantar sahaja.itupun tiada siapa tahu,kawan2 terdekat sahaja yang tahu.lagi2 kawan2 lebih baik dari aku.mereka juga ada rekod wakil sana,wakil sini,bukan macam aku.tiada apa2,jadi mereka labih berhak.tapi,ini bukan penamat,aku ingin bina semula diri aku yang hilang dalam bola sepak.aku ingin berjaya balik dalam sukan ini.

hakikat lain,keluarga aku sangat risau bila aku bermain bola sepak,risau apa bila aku cedera.ya lah bola sepak adalah sukan kedua tak silap paling kasar di dunia.tambahan lagi,sepupu aku baru sahaja menjalani pembedahan kecederaan di buku lali,akibat bermain bola.keluarga aku risau dengan ini,dan semestinya aku adalah sasaran bagi risau itu.

kesudahannya,aku kena lalui semua ini,aku kena hadapi ini,aku perlu terbalikkan semula situasi ini,dari tidak hebat menjadi hebat,dari risau kepada tenang.aku perlu buat untuk diri aku dan impianku.ya betul aku mahu jadi peguam,ini impian sampingan :)

baiklah jumpa lagi.

lagu hari ini : realiti dan fantasi - crossfire,agak tak kena pun,tapi tajuknya kena.hehe

p/s : aku nak main untuk pasukan yang aku suka!

Wednesday, November 14, 2012

Menjelang : Piala AFF Suzuki 2012

assalammualaikum dan hai semua :)

baiklah,masa untuk lari dari norma penulisan,jika selalu tulis mengenai diri ini,jadi aku beralih angin untuk menulis mengenai salah satu dari variasi perkara yang menjadi kerisauan aku sehari2.kali ini mengenai harimau malaya.pasukan kebangsaan kita la..hehe

baiklah,semalam mereka baru saja seri dengan hong kong 1-1 hasil jaringan safee sali dan kesilapan aidil serta khairul fahmi.aku tulis ini untuk cerita mengenai falsafah jurulatih serta reaksi peminat.

ini adalah definisi bagi :

peminat : cirinya lalang,kutuk bila kalah,sorak bila menang.komennya tidak professional serta tidak fikir panjang.merekalah duri dalam daging pasukan kita.

penyokong : menang,seri dan kalah tetap bersama.komennya professional,jika puji tidak melangit,jika kritik kritikkannya membina.

hampir 80% rakyat malaysia adalah peminat harimau malaya dan bukannya penyokong,lihat saja sewaktu malaysia tewas pada aksi persahabatan yang lepas,semua mengkeji HM.mereka menpermainkan ayat rajagobal "saya tahu pemain saya".

bagi aku,falsafah RG untuk sengaja tewaskan HM pada aksi persahabatan adalah langkah baik,mengaburi pengintip pihak lawan yang ingin tahu gaya permainan kita.mengaburi dengan menyembunyikan kesebelasan utama adalah tindakan yang baik.tapi untuk perlawanan yang terakhir menentang bangladesh,seeloknya RG senaraikan 50-60% skuad utama pada perlawanan itu.serta menanglah dengan bangladesh,kalau boleh 4-0 ke untuk naikkan moral pemain serta keyakinan peminat.aku berharap sangat.

seterusnya,tanggungjawab kita pula,menurut safiq mereka sudah biasa dengan tekanan,kita jangalah ambil kesempatan dari itu,mereka kali ini ada dua tekanan besar,nak pertahan kejuaraan serta beraksi depan kita semua,dalam kumpulan kita bukan ayam2,indonesia dan singapura yang kuat naturalisasi orang,ingat ni jus soli ke apa?tapi kepada rakyat semua,jangan risau,kita guna jalan baik,kita guna seluruh anak tempatan,jadi jika kita tewas,tiada apa yang perlu dimalukan atau dikejikan.kita bawa perwira asli kita.

konklusinya,aku berharap malaysia mengekalkan kejuaraan kita,bukan apa,aku tak pernah tengok kita menang kejuaraan bola di tempat kita,cuma pestabola merdeka 07 je,aku mahu piala ini,bukan selalu kita dapat rasa nikmat juara ditambah di tanah kita sendiri,jadi aku berharap sangat ia menjadi kenyataan.our terrace,our rules.

baiklah,jumpa lagi! :D

lagu hari ini : bangun harimau bangun - malique,lagu yang agak sesuai untuk kita ditambah liriknya ada bunyi macam kita di tempat sendiri,jangan tewas harimau,terus mara,demi malaysia!

p/s : Tanah Tumpahnya Darahku

Monday, November 12, 2012

aku kembali.

assalammualaikum dah hai semua :)

ok,aku tulis ni cuma untuk beritahu apa yang berlaku kebelankangan ini je,tak ada yang khusus sangat.

aku sudah pun melalui 4 hari pertama SPM,ya tuhan 4 hari itu sungguh panjang bagiku,semua ada cerita sendiri.BM dengan kesilapan berulangnya,BI dengan senang hatinya,sejarah dengan pecah kepalanya,math dengan tidak yakinnya,semuanya merisaukan,aku risau,aku risau dan aku risau.aku tak kecewa lagi,aku harap tuah kali ini dekat aku.aku mengharap sangat :(

dan minggu ini juga,rahsia aku mengenai siapa gerangan gadis itu telah terbongkar,aku tak tahu kenapa aku begitu mudah lepaskan rahsia itu kepada umum.mungkin kerana aku lepaskan pada kawannya,dan aku percaya padanya.serta aku ingin kurangkan tekanan kerana aku dalam ujian getir.tapi yang abadi kawan2 kelas aku aku tak nak cakap.hahahahaha

lalu,si gadis itu pun sudah tahu siapa lelaki misteri itu,rupanya bukanlah orang lain,bekas ketua dia juga.hmm kini aku masuk lagi satu babak yang baharu,penantian musim dua.penantian musim dua iaitu menanti diri sendiri iaitu aku untuk beranikan diri berhadapan dengan dia.sejak aku mengetahui gayanya yang agak berbeza dari yang lain,aku melalui jalan sukar untuk mendekatinya,huh parah!tak apa lah aku cuba,tapi kalau tidak berjaya,tidak mengapa,kerana mungkin ada yang lebih baik untuk aku akan hadir,seperti yang telah ditetapkan sejak azali.

jadi,aku dalam tempoh cuti sempena awal muharam dan depavali,aku tak suka sangat cuti lama2,nanti momentum aku jatuh.minggu depan aku exam agama,sains dan add math,cuti lagi 7 hari dan exam akaun pada minggu berikutnya.jadi panjang perjalanan aku untuk tamatkan alam persekolahan aku.bukan setakat panjang,tetapi penuh liku dan tidak diduga.hanya pada tuhan aku minta semuanya mudah,yang sudah berakhir aku hanya berharap apa yang aku lakukan itu semuanya benar,tidak ada yang salah.oh tuhan! :'(

baiklah,doakan aku berjaya ya,jumpa lagi.

lagu hari ini : maharku untukmu - alief,apahal la lagu ni buat kat sini?aku bukan nak kahwin pun.haha sebenarnya,aku suka lagu ni sejak aku tengok cerita "maharku untukmu" masa dia dicalonkan untuk anugerah skrin,masa cerekarama aku tak tengok.lagu ni sedih sangat+ketuhanan jadi aku lagi suka.dan aku dapat ingat apa itu mahar.mahar itu mas kahwin ya semua,masuk exam agama tu.

p/s : aku cinta kau gadis.

Friday, November 2, 2012

Menjelang : Perang 9 Hari

assalammualaikum dan hai semua :)

 setelah lama aku menghilangkan diri banyak yang telah terjadi.ada suka,duka,terkilan,dan macam2.tetapi aku rasa yang negatif masih lagi banyak dari positif.

 ok,aku sudah menjadi graduan seri tasik,kelantan pun dah juara piala malaysia,aku mengasingkan diri dari dia untuk tempoh waktu yang tidak pasti.dan sebagainya.

 2,3 hari ini aku sering bersama keluarga pengawas aku.bukan apa,aku cuma masuk bincang pasal jamuan akhir tahun pengawas sahaja.malangnya aku terpaksa buat keputusan,selepas berdemokrasi dan kuasa veto dari aku,aku arahkan semua pengawas form 5 tidak sertai jamuan ini.agak sedih kerana aku ingi sangat pergi kerana terlalu rindu untuk bersama dengan keluarga pengawas aku.tapi jika ramai rakan aku tak mahu pergi,aku perlulah ikut sama.form 5 sehati sejiwa,ceeeehhh!! tapi,aku akan hantar satu surat,surat amanat dari wakil form 5 untuk dibacakan bila majlis jamuan tu,haa pengawas tunggu je lah ya. :DD

 baiklah,hari ni adalah hari restu ilmu dekat sekolah aku,dimana perkataan "maaf" menjadi siulan serta airmata jatuh gugur.hari ini,aku salam dengan guru2 yang aku belajar,tetapi cikgu faezah,shanti dan yang lain2 tak ada,agak tak best la.tapi bila sampai turn cikgu euginie,cikgu mizah.aku minta maaf betul2 kat depa,aku banyak buat dosa dengan mereka,cikgu euginie dengan asyik bising dalam kelas dia,cikgu mizah sebab aku selalu dahulukan kelas tuisyen dari kelas dia.moral untuk ada semua,jangan dahulukan kelas tuisyen dengan kelas cikgu sekolah anda.berkat cikgu sekolah lebih baik.

 bila aku jumpa cikgu norzira iaitu cikgu math aku,dia cakap kat aku :

 cikgu : nazreen!
aku : ya saya?
 cikgu : dapat kredit tau.
 aku : A- cikgu!
 cikgu : ok!

 hahah.tapi aku tak lupa dua orang cikgu,ustaz afiq dan cikgu khatijah,guru pengawas aku.aku datang jumpa cikgu khatijah dulu,dia pun layan je aku,ahah.tu biasa je,aku pergi jumpa ustaz,ramai yang serbu dia lagi2 pengawas form 5,azizi yg banyak dosa dengan ustaz lead rombongan tu.bila aku datang je,ustaz troll aku dia tak bagi aku dulu,dia nak aku last2 je.hahah sabar je dengan dia.

 bila sampai turn aku,aku pun minta maaf dekat dia,tapi masa tu aku dah tak dapat tahan dah perasaan tu,aku cakap lebih kurang macam ni la :

 "ustaz,saya nak minta maaf,saya dah banyak salah dengan ustaz,saya gagal jadi ketua untuk pengawas2 ni semua ustaz.maaf"

 lalu ia dibalas : "tak apa,awak ketua yang baik,biasalah kami marah2 awak tu,tapi ciri kepimpinan tu ada,lepas ni kat universiti tonjolkan diri,tawar diri tu untuk menyertai apa2,bukan nak gila kuasa,tapi untuk yakinkan diri.lagi satu,keputusan peperiksaan itu tidak penting,yang lebih penting adalah adakah awak akan gunakan ilmu itu dijalan yang betul atau tidak,disitu keberkataan ilmu itu ada." lebih kurang lah dia cakap macam tu.

 masa UPSR,aku minta maaf biasa2 je,masa PMR aku menangis,tapi waktu SPM ni aku nak menangis,tapi aku tak dapat keluarkan,bila aku minta maaf kat cikgu aku,suara aku tersekat2,aku terlalu sedih,bila minta maaf dekat kawan juga aku begitu,tersekat.aku sedih sangat.hmmm..

 kepada yang membaca penulisan ini,aku minta maaf ya,doakan kita dan bukan aku sahaja supaya berjaya didunia dan akhirat.doakan aku berjaya dalam SPM ya,ini sahaja peluang aku untuk membahagiakan hati kedua ibu bapa ku. :')

 baiklah,maafkan aku kerana ada banyak entri yang tertangguh,ada rezeki aku lunaskan semua.jumpa lagi.

 lagu hari ini : you'll never walk alone - gerry and the pacemakers,lagu rasmi liverpool,lagu ni slow tetapi bersifat patriotik.ingat ya semua,kalau kita jatuh dan bangun,kita tidak keseorangan.Yang Maha Esa akan sentiasa menemani perjalanan kita. :)

 p/s : dalam hidup,jadilah seperti aston villa yang sentiasa "prepared",jadi juga seperti arsenal yang sentiasa "forward",tetapi kita kena sentiasa "belive" kepada Yang Satu seperti machester united.tetapi jika kita melihat kawan kita jatuh,capailah tangan dia dan katakan padanya "you'll never walk alone"

Saturday, September 22, 2012

MSL Ultimate Team #1 : Best Team 2012

assalammualaikum and hello to all of you! :D

probably,this is my first ever entry using 100% of english language,i hope my first try will be producing a grat result.so,comments and thoughts from everbody are accept :D

today,i would like to talk about the MSL ( Malaysian Super League) or known as a Liga Super in Bahasa Melayu,i glad to say that i already build up my unique squad.i mix up all players from the team in MSL (only perform well) into the Ultimate Team.which is we can say it as a best eleven of the season.the reason why i make this because in malaysia,there is no best eleven of the year just like in europe.and the 'Ultimate Team' mode in FIFA series inspired me to do this.ok let's go!

using formation 4-42,here it is :

Khairul Fahmi Che Mat : Kelantan (GK)

this guy probably the best keeper in malaysia yet,alongside with farizal marlias.but his consistency and vision also reflexes make him one level up with farizal.nothing much to say about him,but right now struggling to hold his forst place in national team.he said that he not afraid with challenge that came from farizal and norazlan razali,but it's good for national sake.

Ashri Chuchu : Sarawak (RB)

not easy for a player from borneo's team to get in to this squad,despite both of them a relegated into the Liga Perdana next season.but Ashri shows to me that he can win the place.his performance was great in the league until ong kim swee called for a national duty with Harimau Muda.congrats man!

Ramez Dayoub : Selangor (CB)

this year,most of the team in MSL full their import player qouta with picking player in central defender.ramez dayoub is the one of the import that shine brightly in MSL this year,his calmness while another selangor defender's getting rubbish sometimes shows him he is a great defender.his goal against t-team also great.yeah!

Obinna Nwaneri : Kelantan (CB)

second player from kelantan.his arrival for red warrios give so much impact,the striker can't to beat him,his strength give kelantan's defence a boost power.his partner,s subramaniam also get cover by him because sometimes subra done so many silly mistake.good job blackman.

Riduwan Ma'on : Johor FC (LB)

a veteran player in MSL.his attacking-minded makes his team can hope something from him.he's attacking intelligence make opponent's defence getting screw off.i wonder why he can't play for HM?maybe DRG policy doesn't want veteran player to play in his team.

Baddrol Bakhtiar : Kedah (RM)

a captain marvel,great vision,shoot like bullet make him getting into this team.he a;ways show his effort to win the match but luck always not in his side.only scored once in MSL but scored a magnificent goal against Terengganu in his home ground.

Alfatah Safi : Kedah (CM)

until now,everbody doesn't know his real name wheter alfatah safi or safi alfatah,wahaha.but what i can say is he is the most relax midfielder in MSL.he doesn't have pace to run,but has a great vision to pass the ball greatly,but Lions XII fans hate him very well on what he have done at Jalan Besar.

Michal Kubala : Perak (CM) (Captain)

in this series,i used to central midfielder but kubala on attcking,safi on defensive.kubal is just a complete midfielder for me.his free kick always save perak in the nick of time.just like when he done during against sabah in the last minute.no wonder why he played for MSL choice against Indoenesian U-22.

Nurul Azwan Roya : Kelantan ( LM)

the scorer for kelantan in FA cup final last year.but this year is year of him,his pace make the defence pissed of wiht him,he scored many goals this year because of his run.now it's time to him to play for national team.

Jean Emmanuel Effa Owona : Negeri Sembilan (CF)

"effa owona mengamuk lagi!".the pharse always said by the commentator when he scored.probably the tallest player in the league with height 1.9 metre.his body strengh,shot power and aggresion make him so powerful in of goal.his free kick so powerful,just can make the net getting broken.

Bosko Balaban : Selangor (CF)

selangor fans said he is the replacement for safee sali and the no 10 shirt.his finishing always great even selangor lose that time.but actually i doesn't like him so well because he's now 34,and quite slow.how many years he can contribute for red giants?2 or 3?i hope for longer time but his age limits that.

now absolutely everbosy ask,where is mat yo?forkey doe or piya?there is because another reason i didn't choose them.but in the next series,probaly they will in the squad.

so,here is the sub : and the reason i pick them (7 only)

-Norazlan Razali (Selangor) (mean keeper)
-Renato Agusto (Johor FC) (power house)
-Rizal Fahmi Rosid ( Kelantan) (a boommer)
-Badhri Radzi (Kelantan) (a general)
-Shahril Ishak (Lions XII) (goal poacher)
-Sharurain Abu Samah (Negeri Sembilan) (speedster)
-Francis Forkey Doe (Terengganu) (finisher)

so,that we have it,the Ultimate Team of MSL.this my first trial,don't get mad with me.hehe,just tell your comment and thought about the team and about my english.i wrote on english just wanted to test up my english,whteher on high level or just a regular one.

ok,see you next time,bye2 :D

video for today : aidil zafuan great free kick against taiwan - just a great memory to remembered.hehe ayuh Harimau Malaya!

p/s : norshahrul,safiq rahim not in the team because they not perform really well this season.it's hard to pick the players.ghaddar also the missed one.





Friday, August 3, 2012

Ulasan : Piala Malaysia 2012

assalammualaikum,hai semua dan salam ramadhan :)

macam mana ramadhan semua?ada baik?aku harap aku dan semua baik2 je :D

semalam 2 ogos sudah berlangsung undian untuk Piala Malaysia 2012 (PM2012).dan apa yang aku boleh simpulkan ialah undian agak tidak seimbang.baik aku mulakan satu2.

Kumpulan A : Lions XII,Johor,Johor FC,PKNS

aku jamin lions akan layak dengan mudah kerana bagi mereka ni semua cikai,PKNS dan Johor FC tak stabil dalam liga,johor mungkin mentah2 je dalam PM.jadi saingan akan tertumpu pada tempat kedua sahaja.no wonder shahril ishak sangant happy tengok undian ni.haha

pilihan ke suku akhir : Lions XII dan Johor FC

Kumpulan B : Kelantan,Kedah,Terengganu,ATM

ini lah aku cakap PM tahun ini agak tidak seimbang,juara liga super dan perdana bersama naib juara PM tahun lepas dalam satu kumpulan.manager kelantan pun goyang bila dapat tahu mereka dalam group maut ni.aku kalau boleh nak kedah through jauh api nampak macam susah.ATM memang sukar dijangka.

pilihan ke suku akhir : Kelantan dan Terengganu

Kumpulan C : Perak,Negeri Sembilan,Felda United,Sime Darby

ini agak seimbang,2 power 2 kurang,NS time PM dia akan meletup,jangan risaulah.aku selalu tagih kejutan dari sime darby,yeah!

pilihan ke suku akhir : Perak dan Negeri Sembilan

Kumpulan D : Selangor,T-Team,Sarawak,Pahang

misi 33 siri kedua bermula,ayuh selangor!jangan buat malu aku weyyyyy..agak seimbang kumpulan ini,sama macam kumpulan C.pahang aku tak jamin apa dia boleh buat,jangan t-team meletup letup macam awal musim sudah :D

pilihan ke suku akhir : Selangor dan Pahang

kesimpulannya,kebarangkalian untuk kelantan juara semakin tipis dan itu aku suka,jadi selangor jangan jadi bingai,silalah juara,rozaimi abdul rahman dan amri yahyah sila jaringkan gol banyak.terima kasih :D

baiklah,jumpa lagi. :)

lagu hari ini : Piala Malaysia akhir 2011 - video sorotan,NS menang dramatik,hai-o was very good!yeah!

p/s : sepanjang aku tidak update blog,aku alami pelbagai dugaan dunia.aku sedih,gembira,kecewa,keliru,kesima dan macam2 lagi,tapi aku tetap sod ba roo.sabar.