assalammualaikum dan hai semua :)
setelah lama aku menghilangkan diri banyak yang telah terjadi.ada suka,duka,terkilan,dan macam2.tetapi aku rasa yang negatif masih lagi banyak dari positif.
ok,aku sudah menjadi graduan seri tasik,kelantan pun dah juara piala malaysia,aku mengasingkan diri dari dia untuk tempoh waktu yang tidak pasti.dan sebagainya.
2,3 hari ini aku sering bersama keluarga pengawas aku.bukan apa,aku cuma masuk bincang pasal jamuan akhir tahun pengawas sahaja.malangnya aku terpaksa buat keputusan,selepas berdemokrasi dan kuasa veto dari aku,aku arahkan semua pengawas form 5 tidak sertai jamuan ini.agak sedih kerana aku ingi sangat pergi kerana terlalu rindu untuk bersama dengan keluarga pengawas aku.tapi jika ramai rakan aku tak mahu pergi,aku perlulah ikut sama.form 5 sehati sejiwa,ceeeehhh!!
tapi,aku akan hantar satu surat,surat amanat dari wakil form 5 untuk dibacakan bila majlis jamuan tu,haa pengawas tunggu je lah ya. :DD
baiklah,hari ni adalah hari restu ilmu dekat sekolah aku,dimana perkataan "maaf" menjadi siulan serta airmata jatuh gugur.hari ini,aku salam dengan guru2 yang aku belajar,tetapi cikgu faezah,shanti dan yang lain2 tak ada,agak tak best la.tapi bila sampai turn cikgu euginie,cikgu mizah.aku minta maaf betul2 kat depa,aku banyak buat dosa dengan mereka,cikgu euginie dengan asyik bising dalam kelas dia,cikgu mizah sebab aku selalu dahulukan kelas tuisyen dari kelas dia.moral untuk ada semua,jangan dahulukan kelas tuisyen dengan kelas cikgu sekolah anda.berkat cikgu sekolah lebih baik.
bila aku jumpa cikgu norzira iaitu cikgu math aku,dia cakap kat aku :
cikgu : nazreen!
aku : ya saya?
cikgu : dapat kredit tau.
aku : A- cikgu!
cikgu : ok!
hahah.tapi aku tak lupa dua orang cikgu,ustaz afiq dan cikgu khatijah,guru pengawas aku.aku datang jumpa cikgu khatijah dulu,dia pun layan je aku,ahah.tu biasa je,aku pergi jumpa ustaz,ramai yang serbu dia lagi2 pengawas form 5,azizi yg banyak dosa dengan ustaz lead rombongan tu.bila aku datang je,ustaz troll aku dia tak bagi aku dulu,dia nak aku last2 je.hahah sabar je dengan dia.
bila sampai turn aku,aku pun minta maaf dekat dia,tapi masa tu aku dah tak dapat tahan dah perasaan tu,aku cakap lebih kurang macam ni la :
"ustaz,saya nak minta maaf,saya dah banyak salah dengan ustaz,saya gagal jadi ketua untuk pengawas2 ni semua ustaz.maaf"
lalu ia dibalas :
"tak apa,awak ketua yang baik,biasalah kami marah2 awak tu,tapi ciri kepimpinan tu ada,lepas ni kat universiti tonjolkan diri,tawar diri tu untuk menyertai apa2,bukan nak gila kuasa,tapi untuk yakinkan diri.lagi satu,keputusan peperiksaan itu tidak penting,yang lebih penting adalah adakah awak akan gunakan ilmu itu dijalan yang betul atau tidak,disitu keberkataan ilmu itu ada." lebih kurang lah dia cakap macam tu.
masa UPSR,aku minta maaf biasa2 je,masa PMR aku menangis,tapi waktu SPM ni aku nak menangis,tapi aku tak dapat keluarkan,bila aku minta maaf kat cikgu aku,suara aku tersekat2,aku terlalu sedih,bila minta maaf dekat kawan juga aku begitu,tersekat.aku sedih sangat.hmmm..
kepada yang membaca penulisan ini,aku minta maaf ya,doakan kita dan bukan aku sahaja supaya berjaya didunia dan akhirat.doakan aku berjaya dalam SPM ya,ini sahaja peluang aku untuk membahagiakan hati kedua ibu bapa ku. :')
baiklah,maafkan aku kerana ada banyak entri yang tertangguh,ada rezeki aku lunaskan semua.jumpa lagi.
lagu hari ini : you'll never walk alone - gerry and the pacemakers,lagu rasmi liverpool,lagu ni slow tetapi bersifat patriotik.ingat ya semua,kalau kita jatuh dan bangun,kita tidak keseorangan.Yang Maha Esa akan sentiasa menemani perjalanan kita. :)
p/s : dalam hidup,jadilah seperti aston villa yang sentiasa "prepared",jadi juga seperti arsenal yang sentiasa "forward",tetapi kita kena sentiasa "belive" kepada Yang Satu seperti machester united.tetapi jika kita melihat kawan kita jatuh,capailah tangan dia dan katakan padanya "you'll never walk alone"
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.