Saturday, August 27, 2011

konklusi : ramadhan dan aidilfitri 2011

hai semua :)

nampaknya raya tahun ni dah nak dekat,jadi aku buatlah entri pasal raya,saja je aku nak post awal takut korang dah nak balik kampung (awal la sangat..hehe)

sebelum ke perihal raya,aku nak simpulkan ramadhanku pada tahun ni,antaranya:

a)aku diuji dengan macam2 dugaan..perit gak rasanya
b)waktu 10 hari pertama aku rasa lama gila,10 kedua kejap gila 10 ktiga biasa2 je..
c)10 kedua aku paling banyak tak turun terawih dek kerana banyak kerja dan keadaan badan yang tak berapa elok
d)birthday aku jatuh time bulan puasa,hehe..birthday dia pun sama..hehe
e)masalah ekonomi melanda aku time bulan puasa..aduyai~

ha,cukuplah tu,banyak dah tu..hehe,jadi tahun ni,ramadhanku tak semudah ramadhan tahun lepas,time ni juga lah aku demam,emosi diuji,segala2nya diuji,tak apa,aku lalu je dengan sebaik yang boleh.

baiklah,aidilfitri tahun ni aku memang low profile gila sebab aku hanya beli songkok dan dua pasang baju melayu je,tak ada seluar slack atau pun t-shirt yang baru serta kasut mahupun sandal untuk diperagakan pada pagi raya,ditambah lagi dengan aku meneruskan tradisi hanya beraya di kuala lumpur je,mungkin aku boleh katakan raya tahun ni hanya sederhana sahaja bagi aku.

tak apa,aku harap tahun ni dapat duit raya banyak sikit,nak guna banyaklah duit tahun ni..hehe

jadi,akhir kalam,selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir dan batin,maaf andai pernah tersalah kata,tersilap pergerakan sama ada bahasa badan mahupun mimik muka,jangan risau semua,dosa2 anda telahku maafkan.selamat hari raya aidilfitri! :)

lagu hari ini: salam aidilfitri ayah bonda - hujan dan raihan,lagu ni mungkin sedih sikit,tapi ingatlah,kita banyak buat dosan dengan mak ayah kita,mintaaf maaf dekat dorang nanti tau,aku pun ada buat salah dengan dorang jadi aku juga akan berbuat demikian. :)

Friday, June 24, 2011

Menjelang Gelanggang Akhir Maharaja Lawak 2011

hye semua!

malam ni,malam yang ditunggu2 kerana Maharaja Lawak (ML) 2011 akan melabuhkan tirainya,dan semestinya ramai akan kesedihan kerana ML telah memberi impak yang sangat besar,kalau nak kata raing dorang lagi tinggi dari AF9 rasanya..

jadi,selepas 13 minggu dari,9 dari 13 kumpulan dah terkeluar,antaranya:

XN3,WAI (RL2 dan RL4,minggu 2)
R2(RL5,minggu 3,diundi masuk pada minggu 8 tapi terkeluar pada minggu 12)
Alex(RL4,minggu 4)
Jihan(RL3,minggu 5)
Amir(RL3,minggu 7)
Man(RL5,minggu 8)
Balas(RL5,minggu 9)

jadi,sekarang tinggal JOZAN,JAMBU,NABIL dan SEPAH je dalam perlumbaan nk jadi Maharaja Lawak,ni sedikit profile dorang:

-JOZAN:Raja Lawak 1

hasil gabungan tempat kedua dan ketiga finalis RL1 iaitu johan dan zizan,mereka pertama kali digabungkan pada minggu di RL1 yang dimana setiap peserta mesti brgabung dengan peserta lain,maka mereka bergabung dan membentuk kumpulan YoYo,jadi apabila mereka hadir ke ML,mereka tidak gugup atau kekok kerana mereka telah dipadankan sejak RL,then jadi pengacara RL2-5,jadi keserasian itu telah kuat antara mereka..

persembahan terbaik di ML (tidak kira di jelajah ML):minggu 2,4,5
persembahan terburuk di ML :minggu 1,6

-JAMBU:Raja Lawak 1

juga tergabung sejak tugasan berkumpulan di RL1,yus dan tauke bergabung lalu menjadi JoPer (Johor dan Perlis),ia dikatakan gabungan yang menjadi kerana mereka ni boleh dikatakan mempunyai genre lawak yang hampir sama iaitu lawak kasar dan lawak yang lebih menggunakan bahasa badan dari bercakap..

persembahan terbaik di ML:minggu 1,4,5,9
persembahan terburuk di ML:minggu 2

-NABIL:Raja Lawak 2

satu2 nya peserta solo dalam ML akhir ni,beliau mempunyai kreativiti yang tersendiri dan berjaya membuat lawak yang kita tak sangka dia akan pergi ke arah mana,tapi sejak akhir2 ni,dia agak turun dan sekarang cuba bangun balik,harap2 malam ni ok la ye..hehe

persembahan terbaik di ML:minggu 1,2,3,4,5
persembahan terburuk di ML:minggu 6,7,9

-SEPAH:Raja Lawak 3

trio dari johor ni saya boleh katakan kalau tak juara ni payahlah kerana dari pemerhatian saya,mereka adalah kumpulan paling konsisten dalam ML ni,kalau turun2 pun,turun sikit je,dengar kahbar malam ni kena buat muzikal komedi,rasanya sepah akan sapu punya kerana dorang memang power bab ni,masa final RL3 pun dia buat muzikal..

persembahan terbaik di ML:minggu 3,5,7,9
persembahan terburuk di ML:bukan la terburuk,tapi kuang sikit dari yang best(minggu 1)

jadi,secara peribadi saya nak sepah menang,takpun jambu,kalau jozan or nabil menang tak best,dorang ni memang dah dikenali ramai..hehe,jadi saya harap malam ni finalis semua akan buat yang terbaik dan memecahkan perut kitaorang semua..hehe

ok,jumpa lagi,bye! :)

Wednesday, June 15, 2011

Wikiam Eh Pot :'((

hai semua.. ;'(

maaf ya,harini entrinya ringkas dan amat sedih,kerana cikgu yang pernah berbakti kepada saya dan pelajar lain telah tinggalakan kami untuk selamanya..

cikgu wikiam telah meninggal ketika mengalami sesak nafas ketika hendak bersalin anak kedua.

jadi,saya sebagai salah satu dari anak muridnya,amat sedih dengan perkhabaran ini,jadi saya ingin berkata sesuatu untuk beliau..

kepada cikgu wikiam eh pot,saya ingin ucapkan terima kasih kerana:

a)ajar saya sampai terer sejarah dan geografi
b)belanja saya air jambu dekat lori tepi van polis
c)panggil saya "gitar" dan "botol" untuk adii
d)bagi peluang kat saya untuk bawa beg AF cikgu

tapi cikgu,maaf kan saya kerana:

a)tak dapatkan A untuk geografi masa PMR,tak pasal2 rosak graf cikgu
b)pernah sekali tak panggil cikgu untuk masuk kelas kerana saya terlalu malas nak panggil cikgu,saya mengaku saya sengaja tak panggil cikgu

apapun,tahniah saya ucapkan kepada cikgu kerana dapat anugerah perkhidmatan cemerlang baru2 ini,walaupun cikgu tak dapat ambil anugerah tu.

jadi,cikgu saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jikalau ada terkasar bahasa,terkasar pergerakan dan segala2 nya,dosa cikgu terhadap saya telah saya maafkan..

cikgu wikiam,semoga dapat berehat dengan aman disana,selamat tinggal.. :'(( <3

Saturday, June 11, 2011

Piala FA Malaysia 2011

hai semua.. :)

yeah,piala FA Malaysia sudah sampai ke edisi ke 22,jauh lagi kalau nak kejar Piala Malaysia,piala tu dah nak dekat seabad dah umurnya.

kita tak nak cerita pasal sejarah kejohanan,tapi nak cerita pasal aksi akhir malam ni,keputusannya:Terengganu 2-1 Kelantan..hehe

ok,ni info sedikit pasal kedua2 pasukan:

Kelantan:

jurulatih:M.Karathu
ketua pasukan:badri radzi
penjaga gol:khairul fahmi
pemain bahaya:norshahrul idlan,badri radzi,shakir shaari,nurul azwan roya

Terangganu:

jurulatih:irfan bakti
ketua pasukan:marzuki yusuf
penjaga gol:sharbinee allawi
pemain bahaya:ashari shamsuddin,manaf mamat,hadi yahya,joseph kalang

hmm,sebenarnya saya tak dapat tengok game ni betul2 sebab keluar tadi,tapi gol dapat la kecuali gol pertama terengganu,ini ulasan separuh masa:

separuh masa 1:

seimbang,terengganu pegang bola lebih banyak dari kelantan,ada satu dua percubaan bahaya dari kedua2 pasukan.

separuh masa 2:

masih lagi seimbang tetapi nurul azwan roya menjaringkan gol pertama untuk kelantan pada minit ke 75 hasil satu sepakan "chip" yang melepasi sharbinee,mati2 ingat kelantan menang tetapi pada minit akhir permainan,daudsu jamaluddin menjaringkan gol sendiri selepas cuba untuk menyelamatkan rembatan manaf mamat yang sebelumnya telah ditewaskan sedikit oleh khairul fahmi tapi bola berpotensi masuk ke dalam gol kerana jarak antara manaf,fahmi dan bola terlalu dekat dengan gol.

masa tambahan 1:

pemain kelihatan keletihan akibat bertarung gila2 pada masa sebenar,terengganu ada cuba mendapat gol menerusi rembatan jarak jauh,tapi percubaan mereka lemah.

masa tambahan 2:

masa tambahan ini digunakan oleh terengganu sepenuhnya kerana keletihan pemain kelantan,terengganu mendapat sepakan sudut pada minit ke 110 kalau tak silap,ashari mengambilnya lalu menghantar ke sudut "far post" kepada reesyafiq alwi,reesyafiq melakukan tandukan dan bola tiba2 sahaja sampai ke nordin alias,nordin terus merembat baik ke penjuru bawah gol kelantan yang hanya mampu disaksikan oleh khairul fahmi.

sebenarnya kelantan yang keletihan cuba untuk bertahan kerana mereka mungkin hanya mampu untuk bermain pada sepakan penalti sahaja,tapi nasib menyebelahi terengganu kerana dapat gol pada masa tambahan.

apa2 pun tahniah kepada terengganu kerana juara,tahniah kepada kelantan kerana mara ke pusingan akhir,saya ni penyokong selangor,jadi kira berkecuali la,hehe..

ok,jumpa lagi,bye :)

Saturday, May 14, 2011

kelantan menang besar,menang sebab pandai main ataupun....??

hai semua.. :)

lme dh x tak update,sebab busy ngn exam dan takde idea nak tulis,bg yg follow,maaf sgt2..hehe

jadi,pada13 mei 2011 muncul juga idea nk tulis apa dekat blog ni,hehe..
tp bg followers prmpuan,mngkn korang tak faham sgt cite ni,tp bg laki mgkn akan faham..sbb bnde ni adelah sbahagian dr idup laki..hehe :D

smlm sperti yg kita thu,piala FA malaysia sudah smpi ke sepruh akhir yg pertama,antara perlawanan yg ade adelah antara selangor dan kelantan n pahang dan terengganu

result dia (kel 5-0 sel) (pah 2-3 ter)..argh!!!!!!

red giant kalah!!apela..sabo je la

sbg peminat selangor,keklahan ni tak boleh diterima lgngs,sbb klah truk sgt,jd dh mcm andaian dikeluarkn utk mncari punca klah,adakah sbb sleangor ni mmg truk mlm tu ataupun disebabkn ade skandal jual beli perlawanan??

khabar angin bertiup knvang dan firasat kuat berkata yg game semalam dibeli oleh orang bodoh ni,aku tak suka betul la!!!!

klau ikut logik,selangor takkan nak hampakan peminat dorang kt tmpt sndiri dan klah n rival dalam liga lak tu (padahal rival setempat selangor is kl,kelantan is in league).klau klah 5-0 ngn sdm kepala batas takpe la,ni ngn musuh gile2 ketat nye..

saya cuab untuk jadi neutral agk tidak slhkan klantan waima selangor shaja,kita pndg dari 2 tmpt,sejak cite yg m'sia jd port utk judi bola ni,rmai org kte yg slenagor klah sbb ade beli game,tp sape gk la yg beli game liga M ni,dh la liga standard D,klau liga jepun takpelah nk beli2..

jadi,seandainya kelantan menang disebabkan jual game,saya amat kecewa sekali kerana saya nak jikalau benar kelantan menang 5-0 ke atas selangor,biarlah kerana kelantan memang menjadi malam tu,kerana judi bola ni memang boleh membunuh industri bola sepak kita dan seluruh dunia.

bagi saya,selangor memang tak kuat macam dulu,bagi saya kelantan lagi mantap tahun ni.

tapi harap selangor akan jadi juara piala malaysia,sebab piala malaysia lagi berprestij dari piala FA kerana piala malaysia lagi tua dari piala FA dan Piala FA ni piala ciplak dari england je..bila piala malaysia datang,semangat yang lain macam akan keluar..hehe

ok,jumpa lagi,bye! :)

Wednesday, March 30, 2011

akhirnya! :D

yeah~

stlah sekian lme tak update blog,akhrnya diriku ini kembali~ :D

maaflah kt semua sbb sjak2 akhr2 ni sbuk memanjang,g tournament basketball la,ni jumaat ni kene g kem lak kt johor,kabo nye peringkat wilayah..hehe

disebabkan tournament gk la..aku tak dapat nk jumpa si dia.. :(

tapi takpela,dia pun sibuk nk exam thun ni,jd aku x nk kcau lbih2..nnt dye x selesa lak..hehe

sebona eh,nk tlis somethng,tp dsbbkn bile dh bkk dashboard blog ni,trus lupa..haha

takpela,once i remind bac,i'll gonna write it up!

okstakat ni je..jumpa lagi! :)

Monday, February 21, 2011

exam dan kerjaya..

hyep semua!

alahai..seronok bila dengar citer budak form 3 dah habis exam,dok seronok pasal dorang,tak sedar lak yang kita lak nak exam..argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kire exam ni cm shit la gk..malas nak duduk exam ni,tapi tak pe la,boleh test power..haha

jadi,sebagai sasaran awal,nak dapt la 9 A tolak..ingat tu!A TOLAK!haha..

tak pe la,a tolak dulu,pasni baru a tambah..hehe

ok,yang lain,ade meeting pengawas..ketua cite pasal pemilihan ketua baru..

nampaknya,saingan makin la sengit..tapi macam ade diskriminasi akan berlaku je,ini kerana ketua sedia ada seolah2 nak fokus kat sorang je calon,yg lain dia buat bodo je dengan alasan calon lain tak berkualiti!:O

sepatut nya,dia perlulah bagi peluang sama rata pada semua calon,ntah2 bdak yg dia tak fokus tu..lagi bgs dr si mamat yg dia dok fokus tu!

tak apa la..harap2 cita2 ku tercapai nak jadi ketua pengawas n lepas tu perdana menteri..haha..(amin)

baiklah,jumpa lagi,bye!:)

Wednesday, February 9, 2011

kembali untuk sekatika..

hyep semua!

maaf sebaba dh lama tak kemaskini bolg,hehe

maklumla,dh jadi form 4 ni,sibuk sikit,kerja banyak~

dh la jadi form 4,budak akaun lagi~

jadi budak akaun,ada lak musuh baru,nama diorang matematik tambahan,ekonomi asas dan prinsip perakaunan..hehe

tak pe2..nanti musuh2 aku ni semua akan aku kalahkan dia sesedap rasa!hahaahahahaha

ok la,harini sikit je,jumpa lagi!:)

Friday, December 31, 2010

2011 :D

Hyep semua!:)

pada permulaan,saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua :D

emm..tahun ada peradaban baru yang tercipta,kerana dalam 10-20 minit sebelum 1 januari 2011,saya dapat teks berupa mohon maaf dari rakan2..tahun baru ni dah macam hari raya lak kan?hee~,tapi saya suka akan cara itu,kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan negatif orang terhadap kita..

memandangkan dah ada tahun baru,mesti ada azam gak kan?apa azam korang?nak tahu gak..hehe

azam saya tahun ni..nak majukan lagi akedemik saya dan sahsiah agar saya dipandang elok oleh segenap lapisan masyarakat di luar sana.

jadi,saya harap tahun 2011 ini akan jadi lebih baik dari 2010 untuk kita semua,dan harap kita dapat kejayaan yang lebih manis lagi di tahun 2011 ini :)

ok semua,jumpa lagi!:)

Wednesday, December 29, 2010

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia :D




Hyep semua!:D

harini saya gembira kerana pasukan Malaysia juara Piala AFF!

apa yang saya lihat adalah Malaysia ibarat Sepanyol di Piala Dunia yang lalu,hee~

ok,keputusan game tadi,kita kalah 2-1 dengan indonesia,ulasannya:

gol Malaysia:hasil satu assist kepada Safee Sali,beliau terus merembat kencang ke gawang Garuda,hampir serupa dengan gol Afrika Selatan pada perlawanan pembukaan mereka menentang Mexico.

gol indonesia:(gol 1)..hasil tampanan muntah Khairul Fahmi,gol hasil rembatan susulan
(gol 2)..hasil rembatan kencang tetapi terkena kepala Muslim Ahmad (kalau tak silap),masuk dalam gol.

tapi indon tetap kalah sebab tak dapat samakan jumlah jaringan dengan hanya mampu jaringkan 2 gol sahaja,..

apa yang saya nak kongsi kan kepada anda semua,saya gembira sambut kemenangan Malaysia dengan rakan2 dan penduduk setempat di sebuah kedai mamak di kawasan perumahan saya ni..hehe~syok wey!





then,saya pun ada gak ambil dengan kawan2 saya gak,terima kasih kepada Amirul Izwan kerana tolong tangkapkan gambar,Faizie kerana menaja kamera dan Farizal kerana memuat naik gambar2 di facebook..

harapan saya agar Malaysia terus berjaya dalam bola sepak tak kira di arena mana pun,Asean,Asia dan lagi best Dunia!haha

ok,jumpa lagi,Tanah Tumpahnya Darahku!:D

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia :D

Sunday, December 26, 2010

3-0 Di Hari Pertama :)

Hyep semua!:)

saya puas sangat selepas menonton perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki antara Malaysia dan Indonesia..sebab Malaysia menang 3-0!hahahahaha

tapi sepatutnya kita boleh menang 6-0,pada separuh masa pertama,kita dapat 3 peluang yang masyuk..tapi tak ada nasib,nak buat macam mana..

antara peluang yang paling la saya geram sangat sebab terlepas adalah peluang Safiq Rahim dapat rembat bila pemain Indon buat silap terhantar kat Safiq..tapi bola melalut lak..aiyo!

tapi ada lak benda yang ganggu game ni..iaitu manusia durjana yang main laser dalam staduim!sengal la ko!

laser tu punya pasal game terbantut 5 minit,tapi sebab laser tu gak,skrip permainan jadi lain..kita asyik skor je dari tadi!hahaha

ok,ini gambaran macam mana gol2 tersebut terhasil:

gol pertama:kesilapan pertahanan Indon di tepi kotak penalti,Norshahrul terus ambil bola tu,gelecek seorang pertahanan lalu hantar ke Safee Sali,Safee lalu merembat tenang ke dalam gol.

gol kedua:hampir serupa dengan gol pertama,cuma kali ini pertahanan Indon di bahagian tengah dapat keluar kan sebentar sebelum Ashaari Samsudin merembat kencang ke sudut kanan gol.

gol ketiga:hasil hantaran lintang awal dari Mahali Jasuli dari belah kanan sebelum ditanduk kencang oleh Safee Sali.

itu dia,ringkasan nya,saya harap 29 disember ini,Malaysia main steady je tau!

lagi satu,saya puji sikap penyokong Malaysia di stadium yang menghormati lagu kebangsaan Indonesia walaupun kita haritu kena kow2 dengan diaorang masa lagu negaraku dimain kan semasa di Jakarta.

jadi semua,terus sokong Harimau Malaya!Tanah Tumpahnya Darahku!:D

ok,jumpa lagi!:)

Friday, December 24, 2010

Menjelang 2011

Hyep semua!:)

nampaknya 2010 ni dah nak habis..apa konklusinya bagi anda semua?adakah tahun ini baik untuk anda atau sebaliknya?

bagi saya,tahun ini biasa sahaja..tapi saya dapat senyum sedikit pada akhir tahun ini kerana keputusan PMR saya..hehe

saya tidaklah seperti mereka yang bijaksana diluar sana dengan memperoleh semua A,saya hanya mampu dapat 4 A sahaja..

yang mengejutkan,saya dapat A untuk english!wow!haha

saya hanya dapat 4 A tapi pujian yang diberi oleh rakan2 sangat la banyak,macam saya dapat 8 A lak..haha

hmm..saya cuba untuk tidak hanyut dengan pujian itu,takut tahun depan dah tak nak belajar lak..hehe

tapi,saya gembira kerana keputusan saya ni memuaskan semua pihak :D

jadi,untuk tahun 2011 ni,saya dah putusakan untuk kekal di seri tasik sebagai seorang pengawas dan penuntut dalam aliran perdagangan..hehe

harap2 la tahun 2011 ni akan menjadi lebih baik dari tahun ini,dan pada 2011 harap saya akan lebih maju dalam bidang akedemik dan kokorikulum :)

ok la,jumpa lagi!:)

Wednesday, December 15, 2010

Inilah Barisan Kita :D

Hyep semua! :D

ya..ya dan ya..akhirnya skuad harimau malaya sudah tunjukkan taring tajam dia,mangsanya..VIETNAM!haahahaha

walaupun saya terlepas 45 minit pertama sebab dekat rumah tak ada stesen tv berbayar (sedih..hehe),lagi2 dengan perlawanan yang berlangsung serentak dengan berita2 di stesen tv tempatan..pada mulanya,rasa macam dah patah semangat,tengok2 buka lagu sekal pukul 9,ada lak..suko den!hahahaah

dah tahu ada live telecast kat tv,apa lagi,tengok la..tengah sedap tengok,tiba2 kita dapat free kick,safiq rahim ditugaskan mengambil sepakan tersebut..dia hantar satu long ball ke safee sali,safee sali tanduk,kena keeper tapi keeper tepis dalam,then GOOOOOOOOLLLLLLLLL~!!!!!!

begegar stadium..dapat rasa gegar tu even tak pergi pun..hehe

lepas tu dorang main balik,then malaysia serang lagi..safiq dapat peluang rembat,dia sepak tekena defend sikit sampai kat keeper,keeper tepis bola muntah..safee sali datang then sepak..then,GOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLL~!!!!!!!!!!!!!!

hahaah..seronok tengok tadi even sebenarnya sedih tak dapat pergi stadium even ada orang ajak dan orang tu sudi nak belanja tiket.. :(

tak pa la..harap2 sabtu ni malaysia kekalkan prestasi mereka sama seperti perlawanan harini dan berharap RTM dapat siarkan lagi..hehe

baiklah,sampai disini saja..

ok,jumpa lagi! :)

Tuesday, December 7, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku :D

Hyep!:)

hari ini,boleh dikatakan masih lagi ada sinar buat bola sepak Malaysia kerana mereka telah layak ke separuh akhir Piala AFF 2010.. :D

tapi bagi sesiapa yang tengok game Malaysia dengan Laos..korang mesti rasa lain macam kejap kan before game tamat..

ya lah,minit ke 4 kita leading,tengok2 tak sampai 10 minit Laos gol balik bagi 1-1,lepas tu,sepanjang separuh masa pertama kita asyik kena serang je..Laos lak pergi perlahankan game,dah tak macam main bola dah dorang,asyik jalan je..

sampai la beberapa minit nak rehat..amri yahyah bagi kita lagi sekali mendahului lawan.. 

bila separuh masa ke-2,nampak la sikit game tu hidup,kita asyik serang dari awal lagi..

bila jaringan dah 4-1,pengulas habullah awang cakap "nampaknya thailand mendahului indonesia 1-0",ini kerana jika thailand menang,kita keluar walaupun kita menang 100-1 dengan Laos!

tapi bila dalam 10 minit nak habis,hasbullah awang cakap "indonesia menyamakan kedudukan menurusi bambang pamungkas hasil sepakan penalti"..masa tu,berbunga2 hati ku ini!haha

lagi ar 2,3 minit nak habis,ada lak ayat "bambang menambah jaringan untuk indonesia untuk bagi mereka mendahului 2-1"..lagi la suko den!hhaha

jadi,kepada bambang pamungkas,terima kasih daun keladi!kami terima kasih sangat dengan kau,tapi jika kita berjumpa lagi..kitaorang terpaksa lupakan apa jasa kau pada kitaorang..hehe

menurut ramalan,kita bakal jumpa filipina di separuh akhir nanti..harap2 kita menang mudah sebab filipina ni tak diberi harapan sangat tapi apapun kita kena berhati2,jangan pandang mudah pada pihak lawan!

apa2 pun,ingat la sang pendekar harmau malaya,kami disini sentiasa menyokong mu..jatuh bangun kita tetap bersama! :D

sekian..jumpa lagi!:)

Wednesday, December 1, 2010

Aku Bosan Dikala Cuti!!

Hyep semua!:)

nampaknya sekarang ni semua pelajar sekolah rendah dan menengah tengah bercuti kecuali pelajar tingkatan 5 sebab dorang ada SPM..hehe

ku kirakan cuti ini tidak membosankan kerana mungkin akan ada aktiviti yang seronok untuk dilakukan namun jangkaan ku meleset..haram jadah takda!X-(

apa yang ke lakukan sehari2 ialah,online,main futsal,tu je la..takda geng datang nak tidur rumah :(

jadi,aku terpaksa membuat pelan kecemasan untuk menyelamat cuti ku ini daripada anasir bosan ini menganggu aku kerana tahun depan dah jadi budak tingkatan 4,kena belajar rajin2..hehe

jadi,harap2 cuti ku ini tidak menjadi cuti yang paling bosan dalam sejarah negara..haha

ok,jumpa lagi!:)


Wednesday, November 17, 2010

Seri Tasik!:'(

Hyep!:)

hmm..nampaknya tahun depan dah jadi budak form 4,dalam hati ni nak tinggalkan seri tasik tapi ada pro dan kontra nya,bila tengok balik,kontra yang banyak!:(

antaranya:

-terpaksa tinggalkan kerjayaku sebagai pengawas

-nak jumpa kawan2 dah susah.. :(

-kenapalah seri tasik tak ada aliran yang aku nak!haish!

-kalau dah duduk asrama,tak boleh nak online..hehe

-dan terpaksa tinggalkan orang itu :(

tapi,setelah dikaji semula,aku tetap akan keuar ke seri tasik,kerana nak carik pendidikan lebih baik,bukan nak kata seri tasik ni tak bagus,tapi nak cari yang benar2 sesuai untuk diriku ini..

baiklah!jumpa lagi!:)

Monday, November 15, 2010

Kemaskini Semula

Hyep!:)

lama dah tak kemaskini blog ni,maklumlah exam PMR dan dicampur dengan rasa malas untuk mengkemaskini kan blog ni..hahaha

baiklah,sekarang ni kalau kita tengok,macam2 berlaku dalam malaysia ni,tak kisahlah dari genre apa pun,politik ke?muzik ke?atau sukan.

tapi saya tak nak cerita pasal politik takut2 tulisan saya diperhatikan dek orang,mana la tahu..heeheh.

tapi,kita ceritalah pasal muzik lah!:D,hehee..

sekarang ni tengah hagat dengan separuh akhir muzik muzik 25,tapi yang tak bestnya,lagu2 yang saya suka semua tak dipilh masuk ke dalam kelompok 6 terbaik yang kononnya ada peluang cerah untuk ke AJL25.hmm...juri ni main kasar dengan aku ni!haish!

antara lagu yang tak lepas ialah:cinta-mohd,manifestasi cinta-mirwana/fiq,tika masanya-hujan/mirwana,nadiku-sabhi saddi

jadi,harap pada minggu terakhir separuh akhir MM25 ni nanti,lagu2 yang saya suka layak ke AJL25!:)

ok,jumpa lagi!:)