hai semua :)
nampaknya raya tahun ni dah nak dekat,jadi aku buatlah entri pasal raya,saja je aku nak post awal takut korang dah nak balik kampung (awal la sangat..hehe)
sebelum ke perihal raya,aku nak simpulkan ramadhanku pada tahun ni,antaranya:
a)aku diuji dengan macam2 dugaan..perit gak rasanya
b)waktu 10 hari pertama aku rasa lama gila,10 kedua kejap gila 10 ktiga biasa2 je..
c)10 kedua aku paling banyak tak turun terawih dek kerana banyak kerja dan keadaan badan yang tak berapa elok
d)birthday aku jatuh time bulan puasa,hehe..birthday dia pun sama..hehe
e)masalah ekonomi melanda aku time bulan puasa..aduyai~
ha,cukuplah tu,banyak dah tu..hehe,jadi tahun ni,ramadhanku tak semudah ramadhan tahun lepas,time ni juga lah aku demam,emosi diuji,segala2nya diuji,tak apa,aku lalu je dengan sebaik yang boleh.
baiklah,aidilfitri tahun ni aku memang low profile gila sebab aku hanya beli songkok dan dua pasang baju melayu je,tak ada seluar slack atau pun t-shirt yang baru serta kasut mahupun sandal untuk diperagakan pada pagi raya,ditambah lagi dengan aku meneruskan tradisi hanya beraya di kuala lumpur je,mungkin aku boleh katakan raya tahun ni hanya sederhana sahaja bagi aku.
tak apa,aku harap tahun ni dapat duit raya banyak sikit,nak guna banyaklah duit tahun ni..hehe
jadi,akhir kalam,selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir dan batin,maaf andai pernah tersalah kata,tersilap pergerakan sama ada bahasa badan mahupun mimik muka,jangan risau semua,dosa2 anda telahku maafkan.selamat hari raya aidilfitri! :)
lagu hari ini: salam aidilfitri ayah bonda - hujan dan raihan,lagu ni mungkin sedih sikit,tapi ingatlah,kita banyak buat dosan dengan mak ayah kita,mintaaf maaf dekat dorang nanti tau,aku pun ada buat salah dengan dorang jadi aku juga akan berbuat demikian. :)
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.