Assalammualaikum dan hai semua :)
Minggu ke 3 cuti, jadi aku sudah mula sunyi. Teman2 semua sibuk dengan hal sendiri jadi aku pun buat la hal sendiri.
Hujan sering turun di kota ini, musim tengkujuh norma bagi negaraku. Tapi tak ku sangka hujan ini membawa fantasiku jauh terbang.
Aku bercakap dengan dia, berbincang hal yang serius, dan kemudian dia sedikit demi sedikit bersuara, dengan harapan ingin aku pergi. Tapi dia nafikan, entah lah kenapa aku dipertemukan dengan manusia sebegini? Adakah Tuhan ingin aku bersabar? Tunggu sehingga waktu nya tiba atau ada perancangan lain yang aku tidak tahu? Allah..
Jika.
Semakin hari aku tempuh,
Semakin aku tidak dapat berutuh,
Aku makin jatuh kerana,
Aku tidak dapat apa yang aku mahu.
Kau tidak habis mengatakan yang kau kosong,
Tapi kau tidak sedar kau adalah berharga bagiku?
Adakah kau ingin aku pergi kerana aku tidak cukup bagus?
Atau aku terlalu bagus untuk kau?
Perasan kejap...
Tapi tidak mengapalah, aku terima semua ini,
Dengan harapan di hari muka kita akan bertemu,
Tapi andai kita tidak bertemu di lain waktu,
Jangan kau seksa aku lagi,
Jangan seksa aku di dunia realiti,
Jangan seksa aku dalam prasedar ku lagi,
Cuma pergi saja dari sini,
Biar aku pulih dengan sendiri,
Walaupun terpaksa tunggu 1000 hari.
Namun terima kasih aku ucapkan,
Kerana sudi mengenal,
Maaf jika mencakar hidupmu,
Terima kasih kerana selalu ada.
Baiklah, jumpa lagi!
p/s : zahirnya aku sudah melepaskan, namun batinnya aku belum merelakan.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.