Wednesday, August 27, 2014

Tersangkut.

Assalammualaikum dan hai semua :)

ini adalah tulisan pertama ku menggunakan aplikasi blogger yang ku muat turun di 'play store'. Dengan ini boleh lah aku selalu tulis supaya pembaca ku (ada ke?) baca. Tapi kalau dah taip kat telefon mesti typo hehe..

Sementara menunggu bas kitaran datang menjemputku untuk pulang ke kolej kediaman, dalam sunyi tiada teman yang menemani hanya orang2 asing di kiri dab kanan ku. Hanya fikiran sahaja yang akan memainkan cerita2 klasik hidupku, setelah aku amati dengan penuh teliti rupanya aku masih tersangkut. Tersangkut?

Tersangkut.

Aku masih tersangkut,
Bukan tersangkut di sesak trafik,
Bukan tersangkut di lautan manusia dia butik,
Tapi dalam kehidupan yang penuh grafik,
Yang lagi hebat dari 3 atau 4 dimensi,
Dan lagi hebat dari gambar HD.

Aku masih tersangkut,
Dengan kehidupan lampauku,
Yang aku tidak sedar,
Dia ikut ku dari belakang,
Dalam diam dia tikam aku,
Kadang2 rasa sakit,
Kadang2 tidak,
tapi yang pasti,
Aku tidak sepenuhnya bebas seperti yang ku sangka,
Bebas dari apa?
Bebas dari hitam luka lama.

Aku masih tersangkut,
Dengan kehidupan lama,
Kadang2 aku bertanya,
Aku tanya aku yang jawab,
Hal ini terjadi kerana balasan,
Balasan atas kesalahan lampau,
Aku terhukum dan masih dihukum,
Tuhan, harap Kau maafkan.

Aku masih tersangkut,
Dengan luka lama,
Hulurkan aku keringat,
Untuk kembali dengan kehidupan,
yang lebih baik dari semalam,
Semalam yang penuh cakaran.

Baiklah, jumpa lagi!

p/s : kau pakai tudung shawl hitam, aku sempat menjengah. Indah.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.