assalammualaikum dan hai semua :)
hari ini keputusan semester 2 sudah keluar, syukur semua di luar dugaan. tahniah diri, teruskan buang bangang tu lagi.
namun disebalik gembira itu, terselit jiwa derita akibat cerita yang entah siapa reka, dan kemudian nya aku menjadi mangsa keadaan. hari2 ku tiada motivasi lagi.
namun aku sedar akan silap aku walaupun ada yang bukan dari aku, tapi biarlah aku tanggung semua. maafkan aku semua.
Maafkan.
aku ini adalah manusia,
yang tiada kuasa,
yang tidak segagah Umar,
atau siapa pun yang jiwanya kental.
lemahnya aku pada semua ini,
sampai tahap aku bukakan kalian,
peluang untuk lemparkan batu kesalahan,
untuk aku tanggung seorang,
tanpa rakan perjuangan.
dan bila aku membawa beban itu,
aku pun tersadung,
jatuh semua beban itu,
dan hati aku pun berkata.
telah ku sedari,
segala silapku,
telah ku amati,
segala dosaku.
maafkanlah diri ini,
kerna terperangkap dalam lembah hina sepi,
yang tiada siapa mengerti.
jika kau,kau dan juga kau,
serta semua yang ada disini,
tahu akan sejarah ku,
mungkin semua akan faham,
apa yang dirasakan.
namun aku yakin,
tiada siapa akan akui,
kerana sudah tersiap rapi permikiran,
mengatakan aku adalah racun yang merosakkan.
berikan segala kesalahan padaku,
aku tanggung seorang.
sediakan pada fikiran,
yang aku bukanlah sebaik yang disangakakan.
baiklah, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.