Friday, July 20, 2012

Rumusan : Liga Super 2012

assalammualaikum dan hai semua!

pertama,aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan,semoga ibadah kita kali ni bertambah maju ya.

baiklah,liga super 2012 telah pun tamat dengan ATM dan Pahang akan ke liga musim depan sementara kedah,Kl,sarawak dan sabah terkeluar (facelpalm to kedah)

jadi,sebagai antara yang mengikuti gila2 liga super,aku ingin rumuskan sedikit mengenai liga kebangsaan kita ni.yang dikatakan sudah semakin baik,tapi tak berapa baik.baiklah.

Persaingan Mudah :

persaingan liga kali ini senang gila.senang untuk kelantan dan lions 12,kerana apa?kerana kelantan ini diibarat sudah satu level lebih tinggi dari team lagi,lions yang mula2 nampak macam ayam2 je tapi mereka dah kalahkan kuasa besar liga seperti NS dan Perak,yang pernah menang dengan lions cuma kelantan dan terengganu serta PKNS je bila mana lions masih lagi kompetitif,selangor dan kedah cuma mampu seri sahaja.

Pengekalan Prestasi :

ini yang paling masalah dalam liga kita.TAK KONSISTEN!! how come selangor ditangga ke-3 tapi jurang mata dengan kelantan 17 mata sementara dengan lions adalah 7,apa ini!!nampak sangat team di liga super tidak konsisten jadi senang je kelantan dan lion jadi superior di liga kita.team besar seperti selangor,perak dan NS perlu la maju untuk bagi goyang sikit dorang.

Kejutan Kedah :

kedah?aduhai kau ni,aku sebenarnya bukanlah sokong gila2 kedah,tapi aku supprot la juga dorang sebab rata2 pemain dia aku minat (lagi2 baddrol dan khyrill) tapi tahun ni mereka tak perform langsung.sudahnya mereka turun ke liga perdana walau dah dapat kejar balik pahang pada palyoff final dan just kalah on penalties.kira kalah bermaruah tu.tak apa la no.BIAR JASA JADI KENANGAN.

Kuala Lumpur :

KL?haha ada apa dengan KL?5 MATA?hahah team yang pernah juara hatrik Piala Malaysia ni berjaya kutip 5 mata je dalam liga,dorang jadi macam ni sebab tak ada duit,TAK ADA DUIT!!ye lah duit habis sebab belanja awek kat pavilion je.malu je orang bandar tengok team KL ni.

Rasuah :

rasuah?yes rasuah,bribe ini sudah kembali ke liga,siapa nak disalahkan,FAM dan lions12 haha,kerana apa?sejak singa tu datang,cerita rasuah kembali hangat,shukri nor,team sabah kalah 9-0,apa ni?!aku benci betul lah dengan rasuah,sampai team selangor pun buat siasatan kat player kenapa team drop,takut2 rasuah je.haaaa hentikan rasuah,integriti itu perlu!

natijahnya,liga kita ni macam2 cerita lah,aku harap musim 2013 ni lebih elok dan bersih serta kompetitif,tahniah kepada kelantan untuk liga super,kelantan dan selangor akan ke piala AFC tahun depan :D

jadi,untuk piala malaysia,aku mengarahkan selangor untuk jadi juara,kamon rozaimi abdul rahman dan juga amri yahyah! :D

liga kita,wajah kita.ok jumpa lagi! :)

lagu hari ini : kelantan juara liga super,aku ambil video masa kelantan juara,nothing to say,tahniah abe.

p/s : rasa lama sudah kembali sedikit,aduhai dunia.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.