Wednesday, March 21, 2012

rant on losses of traditional chants

assalammualaikum dan hai semua :)

harini,keputusan SPM dah keluar,tahniah bagi yang berjaya dan semoga kembali bangkit bagi yang jatuh..aku punya giliran bakal menyusul,jadi aku sedang menghitung..

baiklah,aku tak nak cakap pasal tu,aku nak cakap pasal chants,chants?apa tu?chants ialah lagu2 yang dinyanyikan oleh peminat bola di stadium ketika perlawanan berlangsung,mereka menyanyi untuk bagi semangat kepada pemain2 kesayangan mereka..

apa yang buat aku marah ialah dimalaysia,dahulu kita ada lagu2 sorak bola dan sering dinyanyi dan dimainkan di stadium,tapi kini..hanyalah bunyi vuvuzela dan airhorn yang memekak kat stadium,aku mengaku aku tak pernah pergi stadium tengok bola,tapi dalam tv dah cukup nak cerita semua,hanya bunyi airhorn dan gendang2 je,lagu sorak memang ada,tapi tak kuat,kalah dengan bunyi gendang..

tapi bagi aku lagu tu tak cukup,mereka tidak kembali ke daratan sebenar,mereka menciplak lagu2 dari team2 hebat dari luar negara dan gunakannya,kenapa ultras2 negeri dan negara tidak gunakan lagu tasdisi negeri mereka?yang ada loghat negeri mereka.kenapa peminat MU boleh kekal dengan glory2 man united,liverpool dengan you'll never walk alone tetapi kenapa ultras kedah tidak berdiri dengan lagu biar jasa jadi kenangan?merah kuning untuk selangor dan hobin jang hobin untuk negeri sembilan?kenapa nak guna lagu luar?tak salah sebenarnya,tapi guna yang sudah dicipta dari dulu lagi kerana dia beri kelainan dan ada kekuatan yang lain..

jadi aku harap dorang nyanyi lagu2 sorak yang lama2,dia bukan apa,lagu2 tu semua seronok,kalau nyanyi kat stadium,pemain mesti suka,tak kan nak nyanyi lagu "ole ole ole" je?sampai bila?buat perubahan,untuk keseronokan..

ok,jumpa lagi,selamanya merah kuning dan harimau malaya :D

lagu hari ini - biar jasa jadi kenangan,lagu sorak kedah,aku dah tersuka lagu ni,haha,aku suka gak kedah ni,boleh tahan gak teamnya,aku sokong bila dia lawan kelantan,hehe..fans kelate,jangan marah,semngat kesukanan ya :)

p/s : aku nak lari,untuk duniaku,doakan aku berjaya :')

ikut twitter aku : nazreen izahar

Friday, March 16, 2012

oh!English team..

assalammualaikum dan hai semua :)

yeah,minggu ni banyak betul perlawanan bola yang melibatkan team2 besar di eropah,yeah chelsea,man u,man city,barca,real dan banyak2 lagi..

cuma yang mengejutkan aku,musim ni dalam saingan tertinggi dan kedua tertinggi eropah,semua team inggeris dah out kecuali chelsea..wow~~

aku kalau part europe cup ni,aku memang nak semua team inggeris out awal,sebab apa nanti dorang bajet2 lak,padahal yang dok skor untuk team dorang tu orang spain,portugal la,kaau england pun rooney je,kalau dia injured,tak ada orang england yang skor..huu~

aku bukan apa,musim ni prestasi team england teruk bukan main,aku macam tak puas hati bukan apa,sebab orang england selalu claim yang EPL tu the best league in the world,tapi sekarang team mereka main teruk,layakkah nak panggil best league in the world?

sekarang ni,5 team sepanyol dalam saingan eropah,untuk dua2 cup,2 UCL,3 europa,err..team spain?
dari liga spain?aku tahu liga sepanyol tu tak kompetitif untuk 2,3 tahun ni sebab penguasaan barcelona dan real madrid,ye la,jarak RM dengan barca dekat 10 mata,jarak barca dengan team tempat ketiga?20 mata?belum lagi bila barca jumpa valencia misalnya,valencia kena tibai 5-0,tapi dorang dapat gak pergi jauh dalam europe cup..

bukan apa,aku tengok semua team english musim ni beli semua rising star dari liga2 sekitar eropah yang lain tapi still kantoi,aduhai..haha

aku bukannya sedih team english tak ada,aku lagi suka sebab biarkan EPL itu turun dulu standardnya biar mereka rasa sikit yang team2 lain dari liga lain pun bukannya teruk,mereka pun hebat,malah setaraf dengan mereka aku rasa,sepatutnya MU berdiri teguh kerana rooney,bukan hernandez,chelsea patut berdiri kerana sturridge,bukan mata,arsenal kena berdiri kerana wilshere,bukan van persie,city kena berdiri kerana budak2 england dia,bukan player2 mahal dorang tu..

lagi satu,bila team2 EPL ni banyak sangat import,team england lemah,sekarang ni england tak ada striker,nak harapkan rooney je,kalau rooney patah kaki?nak heskey main?hoo~~,england tak ada playmaker,sanggup nak tawarkan arteta kerakyatan england,arteta tak nak,sekarang dorang harapkan gerrard,lampard,tapi bila dorang dah pergi?nak harapakan playmaker kat liga divisyen 4?kalau bagus tak apa,aku tak kisah,lagi bagus,biar england lemah,aku benci england..wakaka,hidup harimau malaya!

dah la,penat aku rant pasal team england ni,harap RM menang UCL,aku malas nak tengok barca menang,nanti bapa aku bahan aku,ceh!

ok,jumpa lagi :)

lagu hari ini : blues is the colour - lagu tema chelsea,lagu ni tribute sebab chelsea satu2nya team england yang survive,harap kalah dengan benfica ya,hehe..lagu liverpool lagi best~

p/s : typical fanatik MU fans : kena jentik sikit dah meradang,aduhai..

aku rindu dia :')

Monday, March 5, 2012

Le Dernier Service

assalammualikum dan hai semua.. :)

ha,dah lama tak update,macam biasa,alasan sama,busy,tak ada idea,malas..wakaka

harini aku punya tajuk tu dalam bahasa perancis,why french?because i love french,i want to go there,go there and win roland garros,oh my~

Le Dernier Service bermaksud the last service atau khidmat terakhir,khidmat terakhir?ya,khidmat terakhir aku dalam sukan bola keranjang seri tasik,huu..sedih aku~

aku ni bukanlah nak market team aku,team seri tasik ni adalah team paling lemah dalam kejohanan sekolah2 zon pudu,kena tibai,kena gelak dek team lain,tak dapat point, tu semua aku dah lali dalam 2,3 tahun yang lepas ni..

tahun 2012,segalanya adalah yang terakhir buat aku kat sekolah,ya lah,aku dah form 5 kan,semuanya last,jadi tahun ni aku muncul kat kejohanan bola keranjang zon pudu buat 2 tahun berturut turut,aku nak jadikan penampilan aku yang terakhir ni adalah penampilan yang terbaik,mungkin bukan untuk team,tapi untuk diri sendiri cukup..

sudahnya dari 4 kali lawan,aku skor 2 kali,tu pun dari free throw je sebab cina tu gatal foulkan aku,wakaka..tapi aku ada assist 2 kali dalam last game aku lawan ASIS,tu game paling aku sedih,aku nak menang,tapi dah tak ada rezeki,dorang lebih konsisten,kitaorang leading kota sampai third quater,bila masuk third quater mula semua koyak,semua main tak elok termasuk aku,bila dah kalah tu aku sedih sangat,tapi aku tak tunjuk kat dorang semua,tak apalah sudah tiada nasib,aku harap budak2 tahun depan lagi maju..

jadi,aku sudah membuat keputusan aku tak nak main lagi bola keranjang,bukan sudah serik,tapi aku rasa permainan ni tak cukup bagus untuk aku,lagipun aku tak ada keinginan yang tinggi pada permainan ini,baik aku main tenis,aku lagi suka,lagi pun aku ada keinginan yang tinggi dekat game tu..hehe :D

baiklah kepada nizam,firdaus,amirul,amirul hakim,muaz,iqram,asyraf,fitri,zuhairi,shahrul dan semestinya kapten aku syafiq,tahniah semua kerana tunjuk aksi yang terbaik walau teruk gak,hehe,korang terbaik,yang form 4 tu,teruskan legasi ini walaupun baru nak bangun tapi rupa seperti ingin terkubur,aku akan bagi sokongan jika diperlukan,mesti lepas ni korang rindu 3 point aku kan?wakakakaka :P

baiklah,jumpa lagi semua :)

lagu hari ini : i like a lawyer - fall out boy,what a good old days,lagu yang aku suka time tahun 2007 tiba2 kelaur balik dekat minda aku,apa lagi aku cari la lagu ni kat youtube,give me your yeah!

p/s : dia tengah exam,aku tak berani kacau,biarkan dia dahalu..aku rindu dia :)