Tuesday, January 24, 2012

Ulasan : Anugerah Juara Lagu 26

assalammualaikum dan hai semua :)

ha,akhirnya,dapat gak aku update lepas sibuk bulan ni,jadi aku curi masa nak update setelah lama tak update..

baiklah,29 januari nanti,AJL ke 26 akan tiba,12 buat lagu akan bertanding untuk gelaran lagu terbaik di malaysia ini untuk tahun 2011,aku tak suka AJL 2011 tapi buat tahun 2012,entah apa2,sabo jela,jadi aku ingin memberi ulasan dari pandangan nurani aku mengenai lagu2 yang bertanding..(ado rating kat tepi tajuk lagu :) )

Kalau Berpacaran - Altimet,Ana Raffali dan Suhaimi Mior Hassan (7/10) :

lagu ni berentak retro tapi versi maju punya,santai,mesej jelas dan agak catchy,seronok aku dengar,sesuai untuk semua peringkat umur,kalau lagu ni menang,aku tak heran kerana lagu ni memang sesuai dengan mesej dia untuk orang zaman sekarang.

Karma - Faizal Tahir (8/10) :

aku tak pernah dengar lagu ni,tapi aku yakin lagu ni adalah pencabar kuat,sebab penulis dia dan penyanyi dia memang malatop!paling koman,aku merasa lagu ni akan ada dalam top 3 juga nanti.

Penakut - Yuna (7/10) :

lagu boleh tahan gak,tapi aku tak tahu kenapa aku tak berani suka dengan lagu ni walaupun aku dah dengar 2,3 kali,aku tak benci cuma tak dapat lagu ni,adakah aku buta seni?aku merasa dia dapat vokal or persembahan terbaik kot.

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor (menggantikan Anuar Zain) (9/10) :

yeah!lagu ni calon juara bagi aku,aku suka dengar lagu ni walau tak pernah dengar habis,tapi aku suka lagu ni,tapi agak kecewa,aku mungkin skip masa lagu ni perform sebab aku nak tangok anuar zain yang nyanyi!!aku tak nak jac ni yang nyanyi,aku tak tahu mana anuar zain hilang,korang tahu?tolong cakap kat komen ya~~

Awan Nano - Hafiz (8/10) :

the legend are back!m.nasir kembali sebagai peserta di AJL selepas beberapa hanya menjadi juri sahaja,lagu terbaik di anugerah planet muzik 2011 ni adalah calon kuat nak menang,tengok lah APM pun dah dapat,tambah lagi suara hafiz yang best,boleh menang ni,aku harap hafiz lari2 la kat stage masa nyanyi,macam dalam VC..hehe.

Cinta Muka Buka - Najwa Latiff (6/10) :

honest time,aku tak suka lagu ni,bagi aku lagu ni kalau menang AJL,ramai bakar TV3 nanti,juri kata "lagu ni ada kekuatan sendiri",bagi aku ia adalah ciptaan yang biasa sahaja untuk pemuzik baru,aku tak suka najwa ni sebab dia ni sama umur dengan aku,lagu dia biasa je,tu je sebab pangkal aku tak suka najwa ni (tak suka atas alasan sengal..haha),jadi aku label lagu ni hanya "underdog" dalam AJL nanti.

Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (7/10) :

ok,mat rock dah datang!aku suka lagu rock ni ada,aku suka korus dia,dressing dorang,energy dorang,tapi aku tak rasa dorang akan menang dalam AJL ni,agak sukar aku rasa,susah nak cakap lah.

Beribu Sesalan - 3 Suara (9/10) :

tu dia!lagu favourite dah tiba,aku rasa lagu ni akan menang AJL,vokal terbaik sekali,kerana vokal,sususan muzik pun lawa,lirik pun ok la,gabungan ini mantap,dah boleh menang AJL nanti.

Kekanda Adinda - Monoloque dan Atilia (8/10) :

lagu ni santai,tapi aku suka lirik dia walau ada rojak dan pasar sikit dalam bahasa dia,muzik dia yang fun,aku suka lah!hahah,pencabar yang baik,akan buat malam AJL seronok nanti.

Sungai Lui - Aizat (8/10) :

aizat kembali selepas tak ada satu musim,lagu ni agak kuat untuk mencabar gelaran AJL,penuh dengan mesej yang mendalam,jadi aizat ada peluang nak menang kali ni.

Kisah Hati - Alyah (8/10) :

lagu yang dramatik bagi aku,mula2 perlahan lepas tu naik then turun balik,sesuai dengan vokal alyah,aku suka bila alyah nyanyi perlahan sebelum ke part yang lagi tinggi,lagu ni sesuai dengan dia,lagu ni taraf pencabar kuat dalam AJL nanti.

Gadis Semasa - Yuna (7/10) :

sampai pun kat yang akhir,lagu ni aku tak faham sangat tapi aku suka lagunya,seronk gak lagu ni didengar,aku tak berani nak rate lebih2,tapi aku rasa lagu ni boleh menang,dalam nombor 3 macam tu.

baiklah,semua telah selesai,walaupun teruk ulasan aku,aku minta maaf,aku bukan pemuzik handalan,aku cuma cakap dari sudut sebagai pendengar biasa,diharap AJL 26 akan menjadi AJL yang seronok untuk ditonton,dekat top right ada pool,undi ya siapa yang anda rasa layak juara AJL..

baiklah,jumpa lagi! :)

lagu hari ini : beribu sesalan - 3 suara,aku suka lagu ni,memang agak epic lagu,muzik dia memang terbaik!hahaha..

p/s : semoga berjaya kepada semua calon AJL,buatlah yang terbaik,kepada juri,jangan buat keputusan kontroversi lagi!ada faham?! :D

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.