Tuesday, November 15, 2011

Surat Permohonan..

hai semua..

harini,tulisan kali ini untuk seseorang,seseorang yang telah lama ditunggu,harini aku ingin luahkan kepada dunia,sebelum tu,maaf mungkin entri ini akan agak sentimental sedikit,jadi harap bersabar..

lagu hari ini : hatiku milikmu - nera,aku tidak bercadang untuk tulis pasal "lagu hari ini di bahagian akhir tulisan seperti selalu,entahlah,aku rasa nak buat macam tu,ok lagu ni sama macam apa yang aku lalu sekarang,korang mungkin tak faham,tapi lepas baca tulisan ni,mungkin akan dapat gambaran yang lebih jelas./

ehem2,baiklah,untuk dia,ini dia surat permohonannya :

bismillah,assalamualaikum..
awak,maaf kerana saya terpaksa gunakan medium blog saya sebagai cara untuk berterus terang dengan awak,bagi saya,luahkan di sini adalah jalan terakhir untuk saya berterus terang dengan awak,baiklah,sebenarnya dari dulu lagi saya nak cakap dengan awak,tapi disebabkan halangan masa dan situasi menyebabkan hasrat itu tersangkut2,tapi selepas teman2 saya menyarankan saya untuk melaksanakan hasrat itu sekarang,ya!saya akan lakukannya sekarang,baiklah,saya sukakan awak,bagi saya awak berada di tempat istimewa dihati saya,dan awak juga perempuan istimewa bagi saya,tidak seperti rakan perempuan saya yang lain,jadi saya inginkan hubungan yang lebih jauh lagi dengan awak,awak faham kan?kalau tak faham,nanti tanyalah saya,hmm..kalau awak perlukan masa untuk beri jawapan,saya akan beri,berapa lama pun yang awak nak,saya tak mahu awak buat keputusan terburu,saya tunggu jawapan awak,baiklah itu sahaja permohonan saya,sekian terima kasih.

yang benar,

Nazreen Izahar.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.