Monday, November 28, 2011

football atau soccer?

hai semua :)

hai,semalaman ku tak lena~malaysia kalah last minit :(

tapi aku tak nak cerita pasal tu,aku nak cerita pasal sukan yang sama tapi nama dia lain2,pelik betul la..

football,dalam bahasa melayu ialah bola sepak,perkataan "football" digunakan hampir diseluruh dunia,di eropah dan asia dan amerika selantan,tapi "soccer" digunakan di amerika utara dan australia,kenapa dorang nak guna "soccer"?gila ke apa?

sebona ea,dorang buat macam tu,sebab kat amerika ada ragbi amerika atau american football,bila dah ada benda alah tu,bola sepak kena panggil lain,adoi..pelik~

mimpi aku tulis pasal ni sebab haritu surat khabar dok kecoh tulis pasal MLS Cup Final antara LA Galaxy dan Houston Dynamo,tahukan LA Galaxy?alaa..yang ada david beckham tu la..then tak lama lepas tu aku tengok la video dia kat youtube,ok gak la,LA menang 1-0,at least LA ada gak player aku kenal,tapi Houston haram aku tak kenal..haha

MLS ataupun Major League Soccer ni kira macam dihina oleh peminat bola sepak seluruh dunia kerana dorang panggil soccer bukan football,lagi pun kalau tengok dorang main pun macam nak tak nak je..tapi dari segi ultras dia,ok la,tengah membangun macam kat malaysia,dan yang bestnya,padang dia pun ala2 standard padang malaysia gak :D

jadi,aku pun teringin nak ambil tahu pasal MLS ni,aku pun jadi lah manager kat LA Galaxy,kat fifa 12 je,tak larat nak jadi yang betul2 punya..hoho

baiklah,jumpa lagi! :')

lagu hari ini : LA Galaxy vs Houston Dynamo,MLS Cup 2011 Final,"beckham won the header,now keane again,donovan!!,he's done it,london donovan,score in the final,for the third time in his carrer and at last,LA Galaxy have their gol.",bukan lagu,tapi video,LA Galaxy 1-0 Houston Dynamo

p/s : aku rindukan dia :')

Thursday, November 24, 2011

cuti sekolah : pelan tindakan

hai semua :')

nampaknya,cuti sekolah dah nak selesai minggu pertama dah,tapi aku merasa,kebosanan yang gila..

sebelum cuti lagi aku sudah merasakan yang cuti 6 minggu ni memang akan menjadi cuti yang agaklah tidak best,kerana tiada apa2 perancangan dibuat..

jadi,aku disini sudah menyiapkan kertas kerja untuk cuti sekolah ni,aku ingin membuat persiapan awal untuk SPM 2012,dulu mati2 aku ingat intervensi pertama bulan satu,alih2 cikgu cakap bulan tiga,bahaya ni,boleh buat aku leka kalau tak dikawal rapi..

pelan lain,apa lagi,nak asah skil aku main tenis la,tapi nampaknya gelanggang tenis kat rumah aku tu,guard dia tak bagi,guard tak bagi sebab management dia tak bagi..huu~,sayang,kena la main jauh sikit,kat titiwangsa,kat sana kena tempah dulu,insyaallah,tak ada aral melintang,aku main la kat sana minggu depan,dengan partner aku dan rakan yang lain..hoho

tapi malang,sekarang ni aku ditimpa kecederaan,petang tadi waktu main bola,boleh lak aku dihimpit 3 orang kot,nak gelecek,terjatuh ke bumi lak,yang jatuh dulu kaki aku,memang terduduk la kat situ tahan sakit,tapi buat masa sekarang ni,kaki ok sikit,cuma rasa ringan je kaki,nak terajang orang pun boleh :D

untuk musim 2012,aku terpaksa on kan mode "ketua pengawas" aku seawal 29 disember 2011,sebab nanti ada mesyuarat agung pengawas (gila lah~),esoknya aku kena uruskan pelajar form 1 yang baru,jadi adik2,siap la korang :D

dan rasanya yang terakhir kot,misi menunggu jawapan dari dia akan diteruskan,aku masih lagi tunggu jawapan dari dia..

baiklah,jumpa lagi :')

lagu hari ini : penerang hati - saujana dan sixth sense,again lagu berunsur ketuhanan gaya milineum menambat hatiku,memang best rentak yang dibawakan oleh mereka,begitu juga dengan liriknya sekali..

p/s : sebona ea,aku tak ada niat nak post benda ni,aku nak tulis benda lain,tapi dah lupa la..hehe,maaf2 :')

Monday, November 21, 2011

Misi Emas : Berjaya

hai semua ! :D

harini aku sangat gembira,kerana negara kebangaanku,lebih khusus lagi pasukan kegemaranku di peringkat negara,Malaysia ataupun Harimau Malaya takpun Harimau Muda dah membuatkan seluruh negara berbunga2 kerana kemenangan semalam,tahniah Harimau!

ketika aku sedang update blog ni,aku sedang pakai baju HM,kuning hitam tu,hehe..
semalam,aku dengan jiran aku tengok bola,siap tukar2 channel,kejap tv3,kejap tv1,bila boring,tukarlah..hehe,pengulas dua2 tv memang best,hoho..

mula2 aku tengok kat tv3,lepas dah bolos,tukar tv1,dapat gol,terpokik satu rumah!haha..then aku layan tv1 sampai extra time,masa extra time,indon dapat gol,aku terpaku,aku terus tukar tv3,tengok2 gol tu batal,hohoh..bahagia~,lepas tu aku stick tengok kat tv3 sampai akhir game..

ok,semalam game memang seram,kaki aku sejuk,jantung berdegup kencang,aku asyik terbayang jikalau kita kalah,mesti sedih gila,tapi nasib kita menang,aku tersenyum..hehe

baiklah,sebagai ringkasan,game semalam berakhir 1-1,gol oleh gunawan (indon) dan asrarudin putra omar (mas),penalti pula dijaringkan oleh mahali jasuli,fandi othman,fadhli shas,dan kapten baddrol bakhtiar,aku ingat yang malaysia je..hehe

apapun,sebagai konklusinya,tahniah buat semua pemain malaysia,tahniah buat jurulatih dan bahagian pengurusan,tahniah semua,anda telah memberikan sesuatu untuk kami senyumkan untuk beberapa hari ini,harap lepas ini bola sepak malaysia akan terus gemilang menuju puncak tertinggi :)

ok,jumpa lagi! :) (Tanah Tumpahnya Darahku)

lagu hari ini : selamanya - ultras malaya,joe flizzow,carleed khaza dan altimet,lagu yang dibuat oleh artis rap dan team penyokong bola sepak malaysia yang paling gempak sekarang ni,lagu yang sedap juga~hehe

rakaman khas : penalti (malaysia vs indonesia),rakaman khas sempena kemenangan kita semalam,aksi2 yang mendebarkan dipaprkan sekali lagi untuk semua..

p/s:ingat!jangan kutuk lebih2 si fakri tu,kalau tak kerana dia,kita tak ke final tau,lagi satu,kalau budak2 indon attack kita kat internet,rilek je,kerana kita adalah manusia yang mindanya kelas pertama,bukan macam mereka minda kelas ketiga.. :D

Tuesday, November 15, 2011

Surat Permohonan..

hai semua..

harini,tulisan kali ini untuk seseorang,seseorang yang telah lama ditunggu,harini aku ingin luahkan kepada dunia,sebelum tu,maaf mungkin entri ini akan agak sentimental sedikit,jadi harap bersabar..

lagu hari ini : hatiku milikmu - nera,aku tidak bercadang untuk tulis pasal "lagu hari ini di bahagian akhir tulisan seperti selalu,entahlah,aku rasa nak buat macam tu,ok lagu ni sama macam apa yang aku lalu sekarang,korang mungkin tak faham,tapi lepas baca tulisan ni,mungkin akan dapat gambaran yang lebih jelas./

ehem2,baiklah,untuk dia,ini dia surat permohonannya :

bismillah,assalamualaikum..
awak,maaf kerana saya terpaksa gunakan medium blog saya sebagai cara untuk berterus terang dengan awak,bagi saya,luahkan di sini adalah jalan terakhir untuk saya berterus terang dengan awak,baiklah,sebenarnya dari dulu lagi saya nak cakap dengan awak,tapi disebabkan halangan masa dan situasi menyebabkan hasrat itu tersangkut2,tapi selepas teman2 saya menyarankan saya untuk melaksanakan hasrat itu sekarang,ya!saya akan lakukannya sekarang,baiklah,saya sukakan awak,bagi saya awak berada di tempat istimewa dihati saya,dan awak juga perempuan istimewa bagi saya,tidak seperti rakan perempuan saya yang lain,jadi saya inginkan hubungan yang lebih jauh lagi dengan awak,awak faham kan?kalau tak faham,nanti tanyalah saya,hmm..kalau awak perlukan masa untuk beri jawapan,saya akan beri,berapa lama pun yang awak nak,saya tak mahu awak buat keputusan terburu,saya tunggu jawapan awak,baiklah itu sahaja permohonan saya,sekian terima kasih.

yang benar,

Nazreen Izahar.