hai semua :)
agak lama aku tak buat entri,tengah exam akhir tahun la..hehe
jadi,entri kali ni aku nak cerita pasal suku akhir Piala Malaysia yang penuh dengan dramanya,tak kira dari game 1 atau game 2,semuanya drama,tapi dia tak adalah macam drama petang2 tu..
ok,kita mulakan dengan game yang bagi aku tak adalah best sangat,sabah lawan t-team:
t-team,adik kepada terengganu layak ke separuh akhir dengan keputusan timbal balik 4-2,selepas game 2 dorang menang 2-1 hasil jaringan fitri omar dan zaoiro anuar zailani,sabah dapat gol dari mafry balang..
aku tak suka t-team ni,aku harap dia kalah nanti kat separuh akhir,haha :D
negeri sembilan lawan felda untied :
setakat aku post ni,skor 2-0,negeri lead 2-1 hasil kiraan gol dari dua2 game,gol pertama di jaringkan oleh hairuddin omar,gol kedua tak dapat dipastikan la..hehe
aku harap jang ni pergi semi,bantai t-team..haha
kelantan lawan terengganu :
ok,harini terserlah senjata the red warriors tumpul,hanya dapat seri 2-2 sama je,dorang kena tinggal oleh terengganu oleh jaringan ashari shamsuddin,dua2 dia sumbat,gol kelantan dari azamuddin akil dan badri radzi
terengganu,kau nanti kalah dengan selangor!tunggu..haha
selangor lawan perak :
akhrinya,selepas terpaksa bertahan,amri yahyah kena usung keluar,akhirnya rudie ramli menjaringkan gol untuk mematrikan tempat selangor di separuh akhir,keputusan akhir,selangor layak dengan jaringan 4-1
baiklah,separuh akhir pertama akan belangsung selasa depan,dengan perlawan diantara selangor dan terengganu,t-team dan pemenang antara NS dan felda.
jadi diharap,aksi cemerlang selangor diteruskan,terus hidupkan MISI 33 kau!haha..
(maaf,time ni susah nak jadi neutral la..kena gak berat kat selangor..hehe)
ok la,jumpa lagi :)
lagu hari ini - merah kuning,lagu bola rasmi selangor,wujud sejak ayah aku lagi,zaman mokhtar la kot,hehe..dulu selalu main di stadium shah alam lagu ni,kata orang senior,tapi sekarang dah tak ada,harap lagu ni adalah lagi,sebab lagu ni walau slow tapi naikkan semangat,patriotik la katakan..hehe
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi mengulas tulisan saya kali ini.jasamu dikenang.