Monday, January 20, 2014

Janji Khalifah.

assalammualaikum dan hai semua :)

setelah lama,yang amat lama aku kembali menulis tapi tulisan kali ini agak mudah kerana menggunakan inspirasi dari sebuah irama yang sering membuat jiwa yang malap kembali terang.


Janji Khalifah :


ke mana hilang janji dan sumpah setia?
menjadi hamba yang esa walau digoda indah dunia,
mengapa kini tinggal hanya kata-kata?
tenggelam dalam lumpur dosa.

kembalilah,
bernafaslah pada hela syahadah.

tidakkan jatuh langit menimpa kepala,
jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak,
namun cukup sekali seru pemilkNya,
seluruh semesta menyerah.

sessungguhnya di akhir yang nyata,
semua yang bernyawa kan kembali kepadaNya,
dihimpun,
dihitung,
semua.

semat,
utuh,
apa yang diikrar.

tika,
jasad,
dihembuskan nyawa.

hanya satu,
yang disembah.
Allah.

Maha Suci Allah,
Segala Puji Bagi Allah,
Allah,
Allah Maha Besar.

tunduk dan pejamkanlah mata,
rasakan getaran kalimahNya,
jadi nadi dalam diri,
suci.

Maha Suci Allah,
Segala Puji Bagi Allah
Allah,
Allah Maha Besar.

Terima kasih Hijjaz.

baiklah,jumpa lagi!

p/s : maaf kerana hanya mengguna bait lagu,tapi bait lagu ini sudah cukup nak gambarkan apa yang aku ingin cuba sampaikan.