Friday, September 27, 2013

Wajah.

assalammualaikum dan hai semua :)

tulisan ini mengenai diri,
kerana diri akan hadapi,
satu titik tolak,
yang akan mengubah dunia.

Wajah.

wajah,
wajah ini,
menyorok ekspresi yang gundah,
dilapik dengan ekspresi indah,
untuk menjadi pemudah,
kepada yang melihat,
agar mereka berpendapat,
aku ni jauh dari masalah.

wajah,
wajah ini,
menyorokkan semua masalah,
rasa gelisah,
rasa ketidakpastiaan.
dengan apa yang aku buat.

wajah,
wajah ini,
menyorokkan segala kebutaan,
kebutaan dalam melakukan segala tindakan,
aku tidak pasti apa yang aku buat.
Ya Allah.

Ya Rabb,
semoga selepas ini,
wajah yang ku tampil ini,
adalah yang yang asli,
asli kepada hati,
agar tidak perlu lagi,
wajah berkata gembiralah,
sedangkan hati sedang berduka lara.

itu saja kali ini.

baiklah,jumpa lagi!

Monday, September 9, 2013

PES2014 : kebangkitan yang dicantas

assalammualaikum dan hai semua!

setelah dua kali menulis puisi,kini kembali untuk ulasan mengenai permainan video yang aku memang gilakan sejak zaman berzaman.PES.

Pro Evolution Soccer 2014 :

kini,siri PES kembali lagi,dengan lebih mantap dan sentap.namun disebalik kemantapan ini ada unsur2 yang membuatkan PES2014 akan nampak cacat.cacat yang sudah biasa mereka ada.

ENJIN :

umum telah menegetahui PES2014 akan menggunakan enjin musang (fox engine).enjin ini digunakan untuk siri PES setelah menyaksikan kejayaan enjin ini dalam siri metal gear solid.enjin ini menampakkan kesannya yang begitu baik apabila pengiraan semula dari segi terikan matahari,kesan pada tarikan apabila baju ditarik,kesan kotoran bila terjatuh dan paling penting adalah muka.secara keseluruhannya,enjin fox ini sangat menarik dan membawa PES ke satu tahap yang lebih tinggi.untuk pengetahuan,enjin ini adalah untuk versi "current-gen" dan bukan "next-gen" seperti enjin ingnite yang EA buat untuk FIFA 14.hasil dari enjin fox ini,muka pemain2 dalam PES lebih mantap dan lebih padu.cuma muka CR7 nampak macam gemuk je aku tengok ke aku yang rabun?dan hasil enjin fox juga,baju pemain2 seolah2 menjadi besar saling tak tumpah ketika PES2010.namun ia hanya merencatkan sedikit sahaja,keseluruhannya padu.

PERGERAKAN PERMAINAN :

untuk pergerakan permainan atau "gameflow/gameplay".aku tidak mencuba lagi jadi aku tidak boleh menyatakan secara mendalam mengenai ini.namun,hasil pemerhatianku pada video2 demo yang dimuatnaik ke laman youtube,semuanya nampak terbaik!kerana anda perlu bermain banyak kali untuk menang dan perlu dengan cara yang tersendiri.dan kemajuan yang paling diminta selama ini adalah "manual crossing" seperti dalam FIFA.ya kita memang ada hantaran lintang secara manual dengan menekan butang L2.namun kali ini kita boleh tekan bulat sahaja tanpa L2,ya benar kawalan manual L2 tu masih ada tapi kali ini sudah dipermudahkan.dan pada sudut yang lain,mod liga kini kembali!aku sangat suka yang ini,serta mod "become a legend" diperbesarkan dengan kita boleh menjadi penjaga gol serta di bahagian "master league" kita boleh memimpin kelab dan negara serentak.

PERLESENAN :

seperti yang aku tulis pada tajuk entri kali ini.dan ini lah dia kebangkitan yang dicantas yang aku maksudkan.seperti biasa setiap tahun,PES tidak akan mendapat hak penuh untuk EPL hanya manchester united sahaja yang berlesen,yang lain tidak dek kerana EA telah membayar harga tinggi kepada EPL dan kelab2 di EPL begitu juga dengan bundesliga kerana PES hanya berjaya mendapatkan lesen untuk bayern munich,schalke 04 dan bayer leverkusen.dan yang paling mengejutkan adalah kehilangan hak stadium untuk SEMUA stadium la liga dek kerana perjanjian liga dan kelab sepanyol dengan EA.pada PES2013 kita dapat bermain di 20 stadium la liga dan untuk kali ini TIADA satu pun stadium la liga untuk edisi 2014.dalam pada itu Serie A serta Ligue 1 dan Eredivisie masih kekal.jadi untuk menampung kehilangan 20 stadium la liga,PES perlu membina banyak "generic stadium" ataupun stadium rekaan kerana untuk 2014 "stadium edit mode" juga dimansuhkan dek kerana perlesenan FIFA.jadi ini adalah satu tamparan hebat buat PES kerana perlu memastikan pemain tidak bermain pada stadium yang sama sahaja.namun dalam pada itu,PES telah mendapatkan hak untuk liga juara2 asia disamping liga juara2 eropah dan amerika selatan.tahniah!nanti ambil sekali AFC Cup,ada selangor.heheh

KELEMAHAN KECIL :

dan kini dibahagian kelemahan kecil,mungkin bagi sesetengah pihak ia tak perlu ambil berat tapi yang kecil ini yang mencantikkan lagi permainannya.antara kelemahan kecil yang perlu diubah ialah :

- fizikal jaring gol : hasil dari pemerhatian demo,kita rembat la kuat mana,jaring tak bergegar seperti dalam dunia sebenar.ini perlu diubah untuk berikan kepuasan kepada pemain.

- sistem audio : sistem audio PES sejak 2008 memang mengecewakan aku,mereka perlu mengubahnya seperti audio mereka pada zaman PS2 ataupun seperti FIFA.sistem audio FIFA memang terbaik,tidak dapat dinafikan.

- pengumum awam : pengumum awam atau "public announcer" ini perlu diubah terutama pada versi inggeris kerana terlalu sopan dan tidak menarik perhatian.sejak 2011 langsung aku tak suka.

- pengadil : pengadil pada edisi PES yang lalu memang teruk,kerana keputusan yang dibuat tidak logik.dan keputusan ketika ofsaid memang tak boleh diterima kadang kala.baik juga sekiranya mereka buat seperti waktu PS2 mereka letakkan nama pada pengadil.rindu kazuki ito dan martin o'brien hahaha

- sorakan : sorakan untuk pasukan tidak berlesen semua sama.jadi perlu dipelbagaikan agar tidak bosan.

- pengulas : sudah tiba masa untuk jon champion dan jim beglin berundur.mungkin ian darke boleh suara dia pun sedap.ataupun jika nak kekalkan jon champion juga kembalikan mark lawrenson kerana suara dia agak kasar berbanding jim beglin yang lembut ayu hahaha.

baiklah itu saja ulasa mengenai PES2014,dah nak keluar dah pun bendanya.semoga PES mengatasi FIFA kali ini walaupun tempang tanpa lesen yang banyak.viva PES!

baiklah,jumpa lagi!

Sunday, September 8, 2013

Jalan Ini.

assalammualaikum dan hai semua :)

aku kembali lagi,
dalam masa yang begitu singkat,
hebat bukan?
kerana aku sedang semangat.

kini hadir lagi,dengan penulisan yang penuh persoalan.seronok pula berbahasa.

Jalan Ini.


jalan ini,
aku masih disini,
di pentas yang sama,
masih dipermulaan.

jalan ini,
masih lagi panjang,
penuh dengan cabang,
dan rintangan yang mendatang.

namun aku,
masih di jalan ini,
di awal permulaan,
sedangkan teman-teman,
sudah jauh di hadapan,
walaupun masih di pentas yang setara,
namun aku jauh ketinggalan.

tapi aku terfikir,
adakah ini pengajaran?
kerana selama ini bersenang,
kini aku terduduk,
jadi aku perlu bangun,
dan terpaksa lalu satu jalan yang panjang,
sedangkan yang lain sudah laju tinggalkan aku dibelakang.

namun aku tidak boleh diam,
kerana ini saja jalannya,
untuk aku kembali,
kembali dari fantasi yang mengaburi,
dan kembali hadapi realiti,
agar fantasi yang selama ini dimimpi,
menjadi realiti.

esok,
adalah penentu,
kepada jalan ini,
adakah aku pilih jalan disana atau disini,
semoga kali ini,
pilihan ku semua merestui,
agar selepas ini,
aku berjaya menikmati,
kejayaan yang selama ini dimimpi.

semoga urusanku dipermudahkan,itu saja untuk kali ini.

baiklah,jumpa lagi!

Wednesday, September 4, 2013

Aku Tahu.

assalammualaikum dan hai semua.

lama aku tidak menaip panjang,kini aku kembali.
aku kembali,kali ini dengan puisi.

Aku Tahu.

aku tahu,
rasa kau terhadapku tidak seperti dahulu,
namun aku masih menaruh,
agar rasa itu kembali padamu.

aku tahu,
aku banyak bersalah denganmu,
sehinggakan kau ingin memenjarakan aku berzaman beribu,
tapi aku sedar akan khilafku,
aku ingin menjadi diriku yang baru.

aku tahu,
walaupun kita hanya terpisah hanya beberapa batu,
namun harap sekali ingin kau tahu,
bahawa setiap malam aku menangis kerana rindukanmu,
sebelum aku beradu.

aku tahu,
hujung tahun kita akan berjauhan beribu batu,
kerana aku pergi menuntut ilmu,
tapi aku bukan sekadar ingin menutut ilmu,
aku ingin mencari diriku yang baharu,
kerana aku ingin menjadi seorang yang mampu,
membuatkan kau tersenyum tanpa jemu.

aku tahu,
mungkin ini peluang terakhir buatku,
untuk membuktikan sesuatu padamu,
tapi aku harap berikan aku peluang itu,
kerana hati aku masih terpaut padamu.

aku tahu,
rasa kau padaku tidak seperti dulu,
namun bagi aku sedikit waktu,
untuk mencuri semula hatimu,
untuk mengubah diriku,
untuk bawa kau ke lembaran baru,
untuk menjadi seorang yang mempunyai sesuatu,
untuk menjadi lelaki yang mampu membuatkan kau senyum tiap waktu,
untuk menjadi lelaki yang terbaik dalam hidupmu,
bukan hidupmu saja,
tapi hidup mereka juga.

maafkan aku kerana terlalu teruk,namun disebalik terukku,aku tetap cinta padamu.
maafkan aku kerana terlalu kompleks,aku cinta padamu.

puisi ini untuk kamu,ya kamu yang menjadi teman hatiku selama ini.

baiklah,jumpa lagi!